Bila Niat Berblogging Kerana Duit


Ermm..aku nak tanya la pendapat korang. Adakah salah kalau berblogging diletakkan matlamatnya untuk dapat duit? Kalau salah kenapa banyak entri dan ebook yang dikeluarkan menceritakan bagaimana buat duit dengan blog. Dan aku rasa, semua blogger (mungkin tak semua) bermula dengan ada matlamat mengejar duit berblogging termasuklah orang yang menulis entri ni.. hehehe. 

Tapi bila difikirkan balik, terlalu kejarkan duit dan tak dapat capai sasaran, kebosanan mula la melanda. Seminggu baru dapat lebih kurang dalam RM 3. Dan bila tak dapat duit seperti yang diharapkan, mula la hilang semangat untuk blogging. Sebulan…dua bulan earning Nuffnang tak naik-naik pun. Mulalah timbul idea nak klik iklan sendiri. Jangan buat kerja click fraud ni. Kena detect dengan Nuffnang dan sememangnya Nuffnang boleh detect pun, masa nak cashout kena reject.

Tapi sekarang pasal dapat duit atau tak.. letak tepi dulu. Yang penting bagi aku la, aku nak jadikan blog ni sebagai kenangan untuk waris aku nanti. Sekurang-kurangnya bila aku dah tua.. waris aku boleh tahu macam mana susahnya bapak diorang dulu buat duit dengan blog ni. Walaupun dah berbakul-bakul entri aku puji Nuffnang dan sampai sampai sekarang pun masih belum dapat BE lagi, tapi tetap setia dengan Nuffnang.

Apa yang penting, niat berblog tu kena ikhlas..duit tu kat mana-mana ada. Kalau ada rezeki,Tuhan bagi. Kalau Nuffnang bagi BE, kita terima..hehehe..tapi jangan sampai ada yang tak tidur malam, berdamping dengan blog macam bini kedua semata-mata nak kejar duit. So, duit dan trafik bukan segalanya..tu hanya sampingan. Tapi kalau kehidupan korang sebagai student yang memerlukan duit lebih, kadang-kadang terpaksa kejar trafik jugak :) 

 Entri lain yang anda mesti baca : 


Bila Niat Berblogging Kerana Duit Bila Niat Berblogging Kerana Duit Reviewed by Nick Nashram on 11:20:00 Rating: 5

14 comments:

  1. hahaha.. sekarang ramai yang buat blog dgn tujuan itu.. :)

    ReplyDelete
  2. bro.. biarlah nuffnang tu.. nanti paksa2.. dia x ikhlas plak bagi.. :)

    ReplyDelete
  3. Huhu betul betul. Kerana duit boleh buat apa shj :D

    ReplyDelete
  4. yup. mmg kena letak ketepi soal duit.
    nnt diri kita stress....
    yeah..

    ReplyDelete
  5. hetty hernani : sape yang tak nak duit kan..nak buat duit dengan blog kenala usaha lebih :)

    asyraf : heheh..nuffnang tu biar lekat kat situ je la..ade rezeki adela tu.

    emilya: tapi suka suki klik iklan sendiri sudah la kan :)

    leeza : kadang2 tu memang stress bila tengok trafik ngan earning tak naik2..mula la fikir jln belakng nk cepat dapat duit..huhu

    ReplyDelete
  6. biasala.. sape yang taknak duit kan? hehe.. tapi ilek2 je dah la.blog ni just untuk suka-suka n jika ada rezki lebih dari nuffnang, kira alhamdulillah dah.

    ReplyDelete
  7. zarif : hahah..betul, blog ni lebih kurang macam online diari..ade rezeki dari nuffnang kita terima.

    ReplyDelete
  8. hi. thanks sbb byk bagi tips berguna. sy ikut buat backlink pada old post kat blog sendiri. hasilnya?trafik meningkat mendadak. thanks =)

    ReplyDelete
  9. aleya : bagus la kalo banyak buat backlink untuk entri2 lama tu..bertambah tinggi la UV nanti :)

    ReplyDelete
  10. tumpang tanye, SEO tu mende eh?

    ReplyDelete
  11. green applez : seo ni singkatan daripada search engine optimazation..seo ni bnyk.antaranya penggunaan backlink,meta tag,keyword etc..sumenya berkaitan ngan trafik dan camne nak bagi entri mudah di index oleh goggle :)

    ReplyDelete
  12. hehe...betul cakap saudara...semua org berblogging ada niat nak dapatkan sesuatu..sbb tanpa matlamat hidup x bermakna...tetapi janganlah jadikan duit tue sebagai sebab utama...sbb bila xdpt duit mesti moral down..pastu malas nk update blog..macam saya..walaupun blog saya genre informasi..tetapi duit bkn keutamaan..saya jenis yang suka tgk trafik naik..haha..tp x reti nak main seo sangat..

    ReplyDelete
  13. aku pun apa kurangnya , mula2 berblog sbb tebaca FL pernah cashout smpai 2k. start blogging hari2 dok check nuffnang. bila earning tak naik mulalah terfikir nak delete blog . tp skg aku berblog bkn sbb duit tp seronok. lg2 klw entri tu org komen. wuuu terasa dihargai kott

    ReplyDelete
  14. tak salah nak jadikan blog sebagai sumber pendapatan tapi jangan beri harapan yang tinggi sangat la. jadikan side income leh la. ataupun tabung :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.