Friday, 24 May 2013
Thursday, 23 May 2013
Mana Yang Lebih Penting : Kawan Atau Awek?
Aku kalau hari minggu lepak dengan kawan-kawan sampai tak ingat nak update blog dah..hahaha. Buat reunion pun bukan semua kawan-kawan lama boleh datang. Ada kawan aku cakap tak boleh jumpa kawan-kawan lama sebab nanti boyfriend marah.
PENDAPAT AKU :
Bagi aku kalau setakat pakwe/makwe..sila teruskan berkawan..
Pakwe/makwe boleh dicari..
Kawan susah senang..1 dalam sejuta..
Yang pakwe/makwe tu dah kompem ke akan jadi suami/isteri?
Belum kan? so dia takde hak nak halang kawan dengan sesiapa..
Asalkan pandai jaga batas pergaulan..
Lainla kalau suami tak bagi..itu memang la kena ikut..
Nak tanya pendapat la, apa korang rasa kalau awek atau pakwe tak bagi kawan dengan kawan lama korang..patut ke tak? sedangkan dia kawan baik korang sendiri masa study dulu.
Pakwe/makwe boleh dicari..
Kawan susah senang..1 dalam sejuta..
Yang pakwe/makwe tu dah kompem ke akan jadi suami/isteri?
Belum kan? so dia takde hak nak halang kawan dengan sesiapa..
Asalkan pandai jaga batas pergaulan..
Lainla kalau suami tak bagi..itu memang la kena ikut..
Nak tanya pendapat la, apa korang rasa kalau awek atau pakwe tak bagi kawan dengan kawan lama korang..patut ke tak? sedangkan dia kawan baik korang sendiri masa study dulu.
Thursday, 16 May 2013
Selamat Hari Guru, Sir Nick Nashram
Kat atas tu kek yang students bagi..pada anak-anak murid,cikgu tak nak hadiah. Hadiah yang cikgu nak ialah korang dapat result cemerlang..disiplin pun bagi cantik jugak. Inilah hadiah hari guru yang cikgu nak sebenarnya. Harap-harap ada la students aku yang baca entri ni :)
By the way, kek tak elok untuk kesihatan ye..nanti cepat gemuk..huhu
Tuesday, 14 May 2013
Are You Married Doctor?
'Ni medical check up untuk lantikan jawatan dalam kerajaan ye? kerja apa? cikgu eh?' tanya doktor muda (perempuan).
'Ya, saya kerja cikgu'
'Boleh jadi laki tak minat kot' saya menduga.
'Cikgu ni nampak garanglah..tak nak garang-garang ye cikgu'
Saya sekadar tersenyum.
'Doc,may I ask one question. Are you married?'
'Sorry'....sambil menunjukkan cincin di jarinya.
******************************************
By the way, situasi kat atas tu kawan aku yang tanya doktor tu sama ada doktor tu masih single atau dah kahwin..gila kentang punya gentleman..hahaha. Aku memang tak berani nak confess depan-depan..bukan apa, takut kena reject, malu weh. Lepas tu kalau dia bagi ayat "Saya anggap awak sebagai kawan je"..menusuk kalbu. Tapi omputih kata, if you never try, you will never know..if you love somebody, let him/her knows before it's too late :)
So, my question : Adakah korang segentlemen macam kawan aku ni?
Monday, 13 May 2013
Untungnya Lelaki Buncit, Ruginya Lelaki Six Pack
Aku ada terbaca benda ni kat facebook. Katanya "92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun tempoh perkahwinan. Malah, statistik penceraian juga melaporkan 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang six pack dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh".
Untung la siapa yang ada suami, tunang atau boyfriend yang buncit..hehehe. Dan rasanya sekarang ni ramai perempuan tak kisah kalau pasangan diorang tu berperut buncit. Yalah, perut buncit tandanya hidup bahagia. Lelaki yang menulis entri ni tak setuju dengan statement kat atas tu. Wanita kat luar sana pulak macam mana?
Entri lain yang anda mesti baca :
Sunday, 12 May 2013
Duit Cashout Nuffnang, CPUV & Surat Lantikan DG41
3 benda yang buat aku tersengih je minggu ni. Yang pertama dah terima email dari HSBC pasal duit blog yang cashout bulan 3 haritu. Tak banyak pun..first time cashout dapat RM 55.75 sen je..huhu. Ok, la tu daripada tak dapat langsung. Cuma lepas ni nak tunggu sampai 1k baru nak cashout.
Yang kedua CPUV dah mula melekat kat blog aku..sebelum ni malu-malu pulak. So, kalau korang blogger yang hensem, cantik, cute dan baik, jangan lupa eh klik dekat iklan yang ada kat blog aku ni :)
Yang ketiga aku dah terima surat tawaran pelantikan tetap jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah DG41. So, gaji pokok ialah RM 2,222..campur dengan elaun jadi la 3k. Ni yang buat tak sabar nak angkut kereta baru ni..kahwin tu tangguh la dulu. So, benda apa yang buat korang tersengih minggu ni?
Saturday, 11 May 2013
5 Cara Berkesan Nak Hilang Mengantuk Ketika Memandu
1. Buka Tingkap Kereta
Kalau korang rasa ngantuk masa memandu, bukak je tingkap kereta tu. Bila korang diganggu dengan udara luar dan bau-bau yang kurang menyenangkan, konpem korang akan rasa segar sikit.
2. Makan Kacang Atau Merokok
Singgah je kat mana-mana R&R dan beli la junk food yang tak baik untuk kesihatan tu. Dan lagi satu hisap rokok. Yalah, alang-alang dah bukak tingkap tu apa salahnya hisap rokok sekali. Asap rokok yang merbahaya itu mampu mengejutkan badan korang dari rasa mengantuk! (tip ini tidak digalakkan ye)
3. Lumba Haram Dengan Pemandu Lain
Kalau rasa ngantuk jugak, cuba identify mana-mana kereta yang kelajuannya hampir sama dengan kereta korang pastu potong. Korang main “lu cilok gua, gua cilok lu balik”. So, anggap la aktiviti potong memotong ni sebagai satu entertainment yang menyeronokkan dan korang pasti tidak mengantuk!
4. Karaoke Dalam Kereta
Sambil-sambil korang main potong memotong dengan kereta lain tu, korang boleh lah test vocal dengan menyanyi karaoke dan melalak dengan sepenuh jiwa dan raga korang. Tips ini boleh digunakan apabila korang mempunyai CD, Cassette atau MP3 player kat kereta korang.
5. Fikir Entri Untuk Blog
Haa.. tips ni memang boleh pakai. Buktinya? Entri ini adalah buktinya! Aku terfikir nak buat entri ni masa driving. Korang kan ada banyak masa time memandu. Cecuba :)
5. Fikir Entri Untuk Blog
Haa.. tips ni memang boleh pakai. Buktinya? Entri ini adalah buktinya! Aku terfikir nak buat entri ni masa driving. Korang kan ada banyak masa time memandu. Cecuba :)













