Bila Entri Anda Tiada Orang Komen



"Alamak. Entri aku takde orang sudi nak komen la. Sedihnya.."

Pernahkah korang rasa macam ini? tak pernah? perghh..hebat la korang. Honestly, masa mula-mula berblog dulu, banyak kali jugak entri yang aku publish takde orang yang sudi komen. Rasa macam sendirian je. Nak dipendekkan cerita, ramai blogger yang suka entrinya di komen. Bagi aku bila dapat komen, rasa penat lelah dihargai..bila ada komen, semangat sikit nak tulis entri :)

Aku buat blog dan tulis entri sebab nak dapatkan feedback dan bertukar-tukar pendapat dengan pembaca. Dan kebanyakan respon dari pembaca ini la yang penting untuk melihat apa yang patut diubah dan apa yang perlu dikekalkan. Bukan semua orang suka komen entri kita..kadang-kadang ada yang suka baca je pastu tutup. Ikut mood masing-masing. Dan ada jugak yang komen tanpa baca entri terlebih dahulu..hehehe..biasa la, blog kita ni ada pembaca tegar dan pembaca senyap (silent readers). 

So, antara sebab entri korang takde orang komen :

1. Kurang follower
2. Letak word verification
3. Loading blog yang tersangat lambat.
4. Entri banyak bercerita pasal hal peribadi <-- takde idea nak komen, baca je la.
5. Entri banyak berkaitan contest <-- 
takde idea nak komen, wish good luck je.
6. Tulisan yang font tersangat kecil, pening kepala nak baca.
7. Blog korang banyak silent readers.
8. Dia tak komen entri aku, buat apa aku nak komen entri dia <-- ada yang jugak ke fikir camni?

Bagi aku, even dapat satu komen, dah cukup menggembirakan. Terasa ada orang hargai penulisan kita. So, ini pendapat aku..korang pulak macam mana? 10 pengomen yang terpantas akan menerima hadiah percutian 1 hari 1 malam di YourDreamResort..kekekeke


P/S : Terima kasih kepada Eesya Lavigne kerana sudi buat review untuk blog ini. Nak blog korang direview jugak jom terjah blog cik nurul :)

Entri lain yang anda mesti baca : 


Bila Entri Anda Tiada Orang Komen Bila Entri Anda Tiada Orang Komen Reviewed by Nick Nashram on 17:09:00 Rating: 5

53 comments:

  1. tu la.. kalau dapat satu komen pun jadi la.. satu komen sehari pun takpe.. janji ada orang komen hehe

    ReplyDelete
  2. masa mula2 ada blog , langsung tak de siapa yg komen ..

    p/s : eehh , ada nama eesya lavigne lah kat entri nie .. Baru perasan .. goodluck, sir ! Thanks

    ReplyDelete
  3. betul, dari komen sebenarnya kita dapat2 bertukar2 pandangan,harap2 dpt hadiah pcutian tu..hahaa

    ReplyDelete
  4. mmg sedih bile org xkomen entry kite..tp xpelah..mybe bleh try lg upgrade ape yg kurang :)

    ReplyDelete
  5. Dulu waktu mula-mula buat blog, langsung takde orang yang komen. Huhu. Sekarang Alhamdulilah dah ada walaupun tak ramai. hehe

    ReplyDelete
  6. terbakor : satu komen pun kira dah ok dari takde langsung kan :)

    nurul : terima kasih la sudi buat review pasal blog kite ni..heheh

    fadh leyanie : kalo ade komen dapat la kan bertukar2 idea tu..konpem dapat hadiah percutian tu :D

    nuru : lemah semangat nak menulis bila takde org komen..maybe kena tukar gaya penulisan pulak.

    fifie : heheh..sama la kite.masa buat blog dulu nak dapat 1 komen pun susah..skng ni ok la dah.

    ReplyDelete
  7. hahhaa ~ lebih kurang lah ~ hehee =)

    ReplyDelete
  8. haha...saya punya blog pon xda orang komen..baru sangat kot..haaa..skang saya komen awak... Boleyla usha blog saya pula eh... http://kalamkasih.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. betul2.. saya setuju.. dapat satu komen pun appreciate giler.. :)

    ReplyDelete
  10. lg byk komen lg kita semangat nk update entri..hehe

    ReplyDelete
  11. Even satu pon bermakna, ni lagi kalau lebih dari 1

    ReplyDelete
  12. kalam kasih : standard la blog baru..nak dapat komen susah jugak..takpa, teruskan blogging :)

    pipi merah : satu komen pun terasa berbaloi la buat entri sebab ade org baca :)

    fendy : lagi banyak komen lagi meriah kan..hehehe

    cik abbit : dapat satu komen rasa cam dapat duit RM 1..heheh

    ReplyDelete
  13. Nick...

    kadang2 tu ada entri yg x perlu dikomen. terima kasih dalam hati je. hehehe...

    apa pun jgn frust kalau x de org komen. Pasti ada yg sudi baca. Mcm akak le. Baca tiap kali nick update tau.

    ReplyDelete
  14. seronok sgt bila ada org komen entry kita.. semangat nak buat entry baru berkobar2 .. huhuhu..

    ReplyDelete
  15. kak yana : terima kasih sebab aka selalu baca setiap kali saya update..terharu :)

    cik yuyu : komen pembaca pun sebahagian daripada idea kita untuk nak buat entri baru..ada komen lagi la bersemangat :)

    ReplyDelete
  16. Bila ada komen tu buat kita rasa ada org singgah ke blog kita...rasa mcm dihargai gak la...atau mcm rasa kewujudan kita dlm dunia blogging ni...sbb mcm aku...aku cuba utk kongsi sesuatu yg baik dgn org lain gak...

    ReplyDelete
  17. betul tu...tapi bagi aku...ada yang komen atau tak..aku tak kesah..janji aku tulis apa yang aku suka.. (^^) >>>ni bukan POYO ok<<<< (^__________^)

    ReplyDelete
  18. Salam sejahtera. Saya Awie Omar dari awieomar.blogspot. Terima kasih sebab sudi follow blog saya. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai segmen next top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Tak perlu buat apa apa entri. Hanya komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Harap sudi la menyertainya. Ganjaran pasti ada untuk pemenang :)

    ReplyDelete
  19. Antara motivasi untuk am terus berblog ni bila tengok orang bagi komen dan respons positif kat blogla. Rasa lagi best kalau orang yang sama selalu komen entry, rasa cam dihargai.

    ReplyDelete
  20. hahah dulu setakat silent reader jer.. baca saje2 bila boring xD
    tapi betul la best jgak bila ada feedback kan?
    And word verification tu kau jgak yg beritahu aku tak silap.. nasib baik xD

    ReplyDelete
  21. Tips bagus..., 1-8 nak aku ingat, makasih.
    Tak ada komment tak apalah, tetap semanagat ngeblog.

    Singgah pertama, Salam kenal ya

    ReplyDelete
  22. bestnya lau ada orang comment.. best sgt2..haha cuba korang comment blog aku lak ,, xada sapa nak comment kat blog aku,, nanti aku comment blik koma ya... hihih..

    http://syokperasit.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. countercomment Arham's: betul2, bila tengok org yg sama komen, kita da boleh jadik rapat ngan dorang. ^^, dorang pun da masak cara penulisan kita -kan kan kan

    ReplyDelete
  24. psst: cikgu...masuk blog roll September k. hihi

    ReplyDelete
  25. Greeting..
    Entri di blog aku banyak yang '0' komen tapi ada 2k view. Sebab paling jadi mcm tu ialah jenis entri xsesuai dikomen. Tapi betul kata Nick, bila ada orang komen, rasa lebih semangat utk berblog

    ReplyDelete
  26. anasyg : blog roll september tu ape? huhu

    raimi : mungkin banyak silent readers kot..diorang baca tapi tak tinggal komen apa2..trafik tetap tinggi.

    ReplyDelete
  27. Biasanya entry yang menarik akan
    lebih mendapat perhatian kan..?

    Follow awak juga, salam kenal (:
    Cikgu BI di sekolah mana ni..?

    ReplyDelete
  28. SALAM NICK..

    aah mmg kdg2 bla kita da pnt up entry lau xde org komen msti rasa down jgk..tp xpela sbb rata2 yg bca blog errah mmg kwn2 sedara2 yg xde blog pun

    ReplyDelete
  29. ahs : kalo entri yang menarik dan panas konpem ramai orang nak komen kan..huhu

    errah : betul..kadang-kadang tak bersemangat nak update kalo takde orang komen..tapi tak semestinye takde komen orang tak baca :)

    ReplyDelete
  30. betul tu....mcm akak mmg xpandai menulis tp masih setia hari2222 buka blog sendiri dan jd silent reader kpd yg lain - tq NICK

    ReplyDelete
  31. nick, loading blog sy lambat tak?

    ReplyDelete
  32. setiap komen ibarat pembakar semangat kepada kita. supaya kita tak rasa putus asa nak berblog ni.. betul tak bro?

    ReplyDelete
  33. Itulah gunanya blogwalking, kita juga yang kena bagi komen, secara tak langsung orang akan komen ke blog kita, melalui pemgalaman itulah yang berlaku.

    ReplyDelete
  34. delimasari : takpa kak, kepuasan berblogging tu yang penting.kalo ade orang komen kita approve :)

    miss volvo : loading ok je..boleh masuk terus.tak yah tunggu :)

    boni kacak : yeah bro, komen ni bagi kita semangat nak menulis lagi..macam ade orang hargai penah lelah kita kan..heheh

    kamal mustafa : blogwalking penting..kalo kita komen entri orang akan komen entri kita balik..

    ReplyDelete
  35. btol la.satu komen pun dah cukup.rasa di hargai la bila tulis entry kan.

    ReplyDelete
  36. haha! btw im new! so rasenye takpe lg kot takde komen lg :D

    ReplyDelete
  37. tajuk entry ni memang tepat kat batang hidungku ni... haha, malam tadi, nick ada komen kat blog saya pon syukur dah.. sangat menghargai cadangan yg nick tinggalkn tu..

    ReplyDelete
  38. hi again! i got problem with gua.blog tu~ da sign up n then nak buat? die suruh new post la sume~

    *tgh blurr gile*

    ReplyDelete
  39. komen ni sebenarnya satu appreciation kepada blogger...

    tapi betul jugakkan... kalau org tu tak komen blog kita buat apa kita nak komen blog dia?! hm... *tetiba terpikir...*

    ReplyDelete
  40. nora karim : kadang-kadang ada jugak orang yang fikir camtu..entah la, citarasa blogger ni lain2..huhu..tapi apa salahnya kalo kita start dulu komen blog dia..

    ReplyDelete
  41. Jumpa blog ni time google jap tadi..Ada bnyak info, trus follow. Keep it up :)

    ReplyDelete
  42. Haha... Kadang2 rasa jugak.. Tapi buat2 macam hobi le dulu... Mesti rasa seronok.. kena banyak belajar ngan Otai Nick Nashram!!

    ReplyDelete
  43. mmg awesome blog nick ni..google nk cari bende lain tp jumpe yg ni, terus follow..baru sesgt,kene aktif lg...tp best gak ade komen membina..:)

    ReplyDelete
  44. Ada gak la rasa hairan bila tak de komen tp...bg sy yg penting, sy dapat menulis pendapat atau apa sahaja dgn cara tersendiri. Kadang2 bila membaca pengalaman org juga kita mendapat pengalaman. Tidak semestinya tinggalkan komen, like d fb atau sekadar baca pun dah ok. Banyak ilmu yang sy belajar & panduan sy dpt dr blog awak. Thanks a lot

    ReplyDelete
  45. patutla... sy punye sebab no.4..hu2.. tp nape member sy yg involve dlm kejadian tu pun tak komen?....cukup tak reti nak tarik perhatian/minat ....haiiiihh...

    ReplyDelete
  46. Begitu rupanya. terima kasih atas info ini. baru ku sedari mengapa tak ramai yang nak komen setiap entry yang sya dah post.

    ReplyDelete
  47. Komen dah..

    habis je Baca je senyum sendiri-sendiri sebb kebanyakan entry adalah benar dan tepat, especially for newbies *yek, cam geli je* cam akak ni

    ReplyDelete
  48. Memang betul pada info tu dan saya jga yakin pendapat orang tak sama. Bila kita blog terlalu tertumpu pada income hasilnya mmg xseperti diharapkan. Perkara yang hilang dkt situ adalah keikhlasan menyampaikan.

    ReplyDelete
  49. sy setuju..hehhehe orang pemula mcm sy ni,lagi la sunyi tak da nak komen.takut pula siok2 sendiri..Tapi kerana minat menulis da, rasanya benda ni jadi seronok.

    ReplyDelete
  50. owh.. patut la x der orang komen.. dah faham.. tq bro..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.