Couple Belum Tentu Lagi Kahwin


Sekarang ni hampir separuh blogger kat Malaysia update entri tentang kisah putus cinta antara Shila Amzah dan Sharnaaz. Betul la apa orang kata..couple bertahun-tahun belum tentu kahwin. Even korang nampak secocok pun tapi kalau Allah kata dia bukan jodoh korang, kena terima dengan hati terbuka.

Bab couple ni aku nak sentuh sikit la. Memang bagus kalau korang dah ada pasangan. Cuma bila ada sesetengah lelaki/perempuan yang mementingkan boyfriend/girlfriend lebih daripada mak ayah dan kawan. Yalah, nak keluar makan dengan kawan pun takkan la nak kena report 24 jam. Hatta, password fb pun bagi kat pakwe/makwe pegang. Nak taat dan setia biarlah bertempat. Jangan sampai cinta menjual prinsip dan kehormatan pada ikatan yang belum sah. (skema giler ayat..hehehe)

Yang single pulak, relak la..jodoh korang belum sampai lagi.Nanti jumpa la pemilik sebelah hati korang tu. Tapi serius aku cakap takde istilah bosan kalau korang single. Korang ada family, ada kawan, ada hobi..apa nak bosan. Buat apa pun, tak perlu nak jaga hati pihak sebelah sana. Ok, sekian :)


Entri lain yang anda mesti baca :


Couple Belum Tentu Lagi Kahwin Couple Belum Tentu Lagi Kahwin Reviewed by Nick Nashram on 9:09:00 PTG Rating: 5

49 ulasan:

  1. sebab tu klu baru nak bercouple jgn syok sgt sampai rela dipegang sana, dipegang sini.... nanti habis madu, sepah dibuang...dosa pun dapat.

    BalasPadam
  2. betul tu bro... Soal jodoh, kita tak tahu.. walaupun tersangatlah sweetnya, kalau Allah dah tetap bukan jodoh ang, bukan jugaklah.. :) tapi mohon agar jodoh kita tu dari kalangan yang soleh/solehah.. Insyaallah

    BalasPadam
  3. Yuppp. Single okey what.
    Relaks je. Masalah pon takde wee.

    BalasPadam
  4. Betol tu nick...jodoh kan rahsia Allah..Allah uji kita putus cinta..putus kasih sayang tu..bukan bermakna DIA tak sayang kita..DIA uji kita sejauh mana kita mampu bersabar dengan ketentuanNYA...Yang Pastinya Allah tunjukkan yang couple kita tu bukan yang terbaik untuk kita...:)..kat shila hamzah sabar yer

    BalasPadam
  5. bukan yg kapel jew..yg tunang pom belom tntu kawen..yg pasti kene byk doa=)

    BalasPadam
  6. Single memang best what. baru rasa hebatnya single dr couple

    BalasPadam
  7. Saya setuju dgn Nick. Bercouple bukan maksud si kekasih boleh control hidup kita. Selagi tiada hubungan yg sah, kita berhak untuk aturi hidup sendiri dan tiada hak untuk control hidup bakal pasangan kita sesuka hati.
    Lainlah kalo dia tegur untuk kebaikan.
    Restu parents penting utk kita. Walaubagaimanapun, parents pun jgn la terlalu mengongkong smp anak langsung x berhak bersuara. Seeloknya, beri guide kpd anak supaya si anak tak salah memilih calon.
    Sekadar pendapat :)

    BalasPadam
  8. bg password fb atau twitter okey lg dpd bg kad ATM . heeee

    BalasPadam
  9. hehehe..bercinta dgn orang lain, bertunang dengan org lain, berkahwin pun dengan orang lain..jodoh ketentuan Ilahi. Tetapi jgn lupa, ajal maut pun ditanganNya.. :)

    BalasPadam
  10. Nick , mana awek nik n..hehe:P

    BalasPadam
  11. @intanfirdaus247
    awek tak jumpa lagi kak..tengah duk cari lagi ni :)

    BalasPadam
  12. rasanya hari ni 2kali nick buat entry.hehehe single lahi enjoy dari kapel tau. nak pergi mana2 on je..

    BalasPadam
  13. belum kawin lagi dah terlalu control & kurang sopan dengan bakal mertua mmg x dapat lah nak tolong

    BalasPadam
  14. setuju sangat.baru couple dah heboh sana sini. smpai klau nak wat pe2 mesti dptkan kbnran bf/gf, parents taknak lak.. seelok-eloknya, sembunyikan perhubungan, rahsiakan pertunangan dan hebohkan perkahwinan.. :)

    BalasPadam
  15. urmm sekarang nie, ramai yg terlalu ssayangg sgt kt bf/gf diorg..sampaikan rela bagi password tu haha

    BalasPadam
  16. tak semestinya dah ade pakwe makwe nanti kahwin dengan dia jugak. semua nie ketentuan Allah, kite kena beringat jelah. jangan nak over2 sudahh lerr

    BalasPadam
  17. kawan je pastu lamar la pastu kawen pastu cinta lepas kawen haapy ending ngeee

    BalasPadam
  18. nick bila nak kawen ni?

    haha

    BalasPadam
  19. kawan ala kadar.. igt pesan cikgu yg kalau kta suka seseorang tu cakap pada ALlah..luahkan semua pada Allah.. takut kalau kta bgthu dia kta suka dia..makin kurang rsa cinta.. kot2 dia tolak ke lepas kta bgthu..lg sedih...huhuh.. Allah tahu segalanya.

    BalasPadam
  20. yang single nak sedapkan hati sendirilah tu heeeee

    KY rasa bercinta selepas kawin lagi best...percayalah

    BalasPadam
  21. Single bukan bermaksud kita keseorangan... Allah sentiasa bersama kita...!

    BalasPadam
  22. kesimpulannya,jodoh tu rahsia allah s.w.t.... :)

    BalasPadam
  23. semoga shila jumpa yg lebih baik lg kan? Amin.. btw, ajal, maut, jodoh, semua tu rahsia Allah S.W.T :)

    BalasPadam
  24. betul tu...rasa menyampah dengan remaja skg ni kt FB yg tanpa segan silu mengagung2kan BF...seawal umur 14tahun kata BF dia tu bakal suami dia..ya Allah,nak pingsan klu adik ak cakap camtu.

    Jodoh tu rahsia..jadi selagi belum btul2 sah kena jaga maruah diri elok2...jangan terlalu heboh...nanti maruah sendiri yang tercalar..orang akan berkata2...

    BalasPadam
  25. ko dah jmp pemilik rusuk kiri ko? bila nak langsung? :p

    BalasPadam
  26. emm, setuju tu..xpatut kalau layan melebihi mak bapak sebelum ada tali perhubungan

    BalasPadam
  27. takde istilah couple sebelum nikah dalam Islam... nice entri

    BalasPadam
  28. bercinta pun perlu berhati2 gak.. bila cinta pd manusia lebih dr cinta yang Maha Esa, apa2 boleh jadi.. huhu.. jgn bg cinta butakan hati kita.. chewahh haha

    BalasPadam
  29. ade mmber aku ni, becinte bagai nak rak bertaun taun..last2 clash, si pmpuan couple n tros kawen ngn org lain n si laki pon couple ngn org lain..

    BalasPadam
  30. betoi la cheida tgok stgah tu umor dok skolah lagi pon bukan main haby baby dalm FB.. cople ni x yah la letak gmbar beria sgt.. bil PUTUS ganti gmbaq jantan/pompuan lain.. dh mcm tut plak cheida nengok..hihihi apa pon biar sederhana... bila dh official kecoh la sedunia pon tapi kena la control even dh sah.. bnda dlm kain smpan sama.. hahah

    BalasPadam
  31. dunia ni macam2 sebenarnya. heee

    BalasPadam
  32. single @ kapel, dua2 pun ade buruk dan baiknya...hidup single mmg bebas takde sape nak kontrol tapi maybe kadang2 bosan la..kapel lak, seronok sebab ade orang jaga kita, tapi kena la carik yang memahami dan bertolak ansur..yang penting respect family kita.. tapi apepun jodoh tu rahsia Allah..kite hanye mampu merancang.. :)

    BalasPadam
  33. kita hanya merancang... jodoh ditangan Tuhan.. Kita perlu usaha,doa dan tawakal (^_^)

    BalasPadam
  34. heboh satu dunia bercinton.pastu putus sendiri malu

    BalasPadam
  35. jodoh itu rahsia Allah...manusia hanya mampu merancang Allah yg tentukan sgalanya..yg pnting Doa mntak jodoh yg terbaek utk diri sndiri.. :)

    BalasPadam
  36. Kalau bukan jodoh, buat macam mana pun tidak akan berkahwin juga walaupun ianya memikat hati, kalau sudah jodoh tak sempat berkata apa-apa, ianya datang segera atau tiba-tiba, tetap juga akan bernikah.

    BalasPadam
  37. kalau ada jodoh tak kemana . memang susah nak lupa orang yang kita sayang tapi ALLAH itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita . doa usaha tawakal .

    yang single jangan lah risau (termasuk saya, hahah !) sama sama kita perbaiki diri dan mempersiapkan diri untuk jadi yang lebih baik . tak perlu nak couple2 sebab ia bukan ajaran islam . kalau rasa sayang dan bersedia zahir dan batin kawin lah . halal pun halal dapat baby comellll je . hahhha !

    BalasPadam
  38. Hehehe.. part paling best: Tak perlu jaga hati sensape, tak perlu nak report.

    Amek kunci kereta, tetiba dah muncul kat utara. beberapa jam kemudian, update status lcoation dah kat Johor.

    Ho yah~ senang hidop.

    :)

    BalasPadam
  39. sangat2 setuju dengan kata2 nick... kalau tengok kt fb, orang pakat2 kejar pakwe makwe... pakwe makwe dok disanjung2, mak bapa dihina2.. masyaAllah

    BalasPadam
  40. suka ayat ni "Nak taat dan setia biarlah bertempat. Jangan sampai cinta menjual prinsip dan kehormatan pada ikatan yang belum sah"..setuju 100%.. klu dah tahap bercinta smpai sanggup membelakang kan ibu bapa, itu bkn cinta..lebih pd nafsu semata..huhu.. Pakwe boleh cari tapi mak ayah?? kena lah guna akal wahai adik2 ku..:)

    BalasPadam
  41. err...bosan kot sikit2 repot...nak tdo pon repot....



    ***mengharap jodoh...hihihihi ^_^

    bila kita dapat surat posting ea? x sabau...

    BalasPadam
  42. yeah..single itu best..hahaha:) kita maish ada parents..kwn2...psl jdoh insyaallah akn mnyusul..:D

    BalasPadam
  43. Bercinta lah lepas kahwin, Insya Allah dengan izin Allah kekal lah hendaknya. :)

    BalasPadam
  44. jodoh akan datang bila kita dah bersedia..semua dah ditentukan :)

    BalasPadam
  45. betul3... lama dah tak singgah blog sifu ni... singgah baca entri & nak beritahu sy tag cikgu dlm GA ni http://www.ieta.my/2013/02/big-giveaway-by-cikgu-fizi-fizgraphic.html jgn marah ek

    BalasPadam
  46. setuju setuju setuju ..heheh.. ada jodoh ade lah..pegang tu je..xyah lebih lebih ^_^

    BalasPadam
  47. assalamualaikum ... feel tired ... teman mak , layan blog n drama korea lagi happy ...

    BalasPadam
  48. simpati ngn shila.. hohoho.. couple tu kena niat nk kawin.. kalo setakat nk berseronok2 je, baik xpayah la.. couple bertahun2 buat apa kalo xd tujuan yg jelas..

    BalasPadam
  49. Betul sangat nick, sebab tu kalau bercinta fie tak suka sangat nak heboh mencanang bagai. Bila dah makin nak rapat baru lah boleh slow slow bagitahu orang. Lagi satu soal putus cinta tu tak perlu lah kita nak share dekat semua orang lagi lagi di social networking. Semua orang baca dan penerimaan orang berbeza beza. Bagi fie kalau macam tu akan nampak kita (perempuan) nak raih simpati sangat, lepas nie kalau nak kahwin haaa apa pulak orang cakap.

    BalasPadam

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.