Boleh Percaya Ke Cinta Jarak Jauh?


Korang pernah tengok tak drama cinta melayu? Kronologinya lebih kurang macam ni la..berkenalan di kampus - masuk kursus yang sama - terlanggar buku - bermulanya detik percintaan - kemudian berpisah sebab kerja. So, nak tanya korang la, boleh percaya ke cinta jarak jauh ni? Kata orang percintaan jarak jauh ni hebat dugaannya. Tak berjumpa dan sibuk dengan urusan harian sedikit sebanyak boleh merenggangkan perhubungan tu. 

Mungkin ada yang cakap camni kat korang “Kau percaya ke pakwe kau kat sana? Entah apa yang dia buat kau bukan nampak pun!”. Dan mungkin ada jugak yang akan cakap “Percayalah kat awek kau tu..takkan dia nak mengkhianati hubungan korang selama ni. Aku dah kenal sangat la dia". So, berdasarkan pendapat aku sendiri la, cinta jarak jauh ni ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri.

 
KEKURANGAN BERCINTA JARAK JAUH

- Mudah ada sifat curiga..lambat hantar SMS terus ada yang merajuk.
- Sentiasa bimbang takut pasangan berubah hati.
- Mudah cemburu
- Bil telefon dan top up korang konpem akan bertambah.
- Kena habiskan duit beli handphone ada 3G
- Korang akan menangis sorang-sorang bila dah rindu
- Mudah hilang fokus sebab asyik teringat orang jauh.

KELEBIHAN BERCINTA JARAK JAUH

- Boleh mengelakkan maksiat.
- Boleh mengelakkan fitnah dari orang sekeliling.
- Menguji tahap kesetiaan pasangan korang.
- Korang akan lebih menghargai pasangan.


Kalau girlfriend/boyfriend korang berada jauh di mata, janganlah terlalu mengongkong dengan 24 jam duk call dia. Berikan sedikit kepercayaan kepada pasangan. Kalau ada jodoh dalam PJJ, ada la rezeki. Kalau takde maknanya dia bukan pemilik hati sebelah korang la. Entri ini ditulis hasil selepas tengok drama melayu kat You Tube semasa hujan turun..kekeke..so, kalau korang ada pendapat atau pengalaman tentang cinta jarak jauh ni, share la ye :)


Boleh Percaya Ke Cinta Jarak Jauh?  Boleh Percaya Ke Cinta Jarak Jauh? Reviewed by Nick Nashram on 17:18:00 Rating: 5

32 comments:

  1. Kalau suke sama suke, as long as pandai menjaga batasan syariat Islam, its ok la.ta pandai nak komen lebih2 pasal ni. hehe

    ReplyDelete
  2. Boleh percaya sebenarnya, tapi kalau dah pernah jumpa walaupun sekali (mcm cite melayu tu la). Kalau PJJ melalui alam maya, bahaya jgk.. kalau ada jodoh, jauh ke Afrika nun pun takpe kan? heheh..

    ReplyDelete
  3. belum pernah mengalami cinta jarah jauh ..
    mungkin benda utama kena settlekan bila cinta jarah jauh ini ialah
    trust issue..

    ReplyDelete
  4. kalau brcinta dalam alam maya tanpa berjumpa rasanya boleh percaya kot

    tapi

    kalau dah bercinta dari u pastu berpisah sebab bekerja rasanya. macam2 dugaan ada..

    ReplyDelete
  5. jawapannya ialah YA... hehehhe coz Emma pun melalui nya :) apa yang penting, kita kena percaya antara satu sama lain !!

    ReplyDelete
  6. pada aku sangat sukar untuk bercinta jarak jauh

    ReplyDelete
  7. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    Entri B3:BR episod 2 telah disiarkan.
    http://awieomar.blogspot.com/2012/09/blogger-3-battle-royale-episod-2.html
    Mulakan misi anda untuk menyiapkan tugasan demi menyelamatkan anda dan ahli kumpulan dari tersingkir.
    Keputusan terkini Tugasan Imuniti Episod 2
    DEUX : 1 entri
    Senshi BurogÄ : O entri

    ReplyDelete
  8. yang penting diri sendiri. aku ada kawan yang jarang-jarang sangat jumpa awek dia. sorang KL sorang ipoh. ok sampai sekarang.

    sepenaraya.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. hmmm kawan saya ada yg bercinta jarak jauh..
    ada di antara mrk kata..
    bercinta jarak jauh... comform akn kuar dgn org lain bila jauh.. haizzz..
    sy dgr pun.. no komen..

    ReplyDelete
  10. hmmm kawan saya ada yg bercinta jarak jauh..
    ada di antara mrk kata..
    bercinta jarak jauh... comform akn kuar dgn org lain bila jauh.. haizzz..
    sy dgr pun.. no komen..

    ReplyDelete
  11. hmmm kawan saya ada yg bercinta jarak jauh..
    ada di antara mrk kata..
    bercinta jarak jauh... comform akn kuar dgn org lain bila jauh.. haizzz..
    sy dgr pun.. no komen..

    ReplyDelete
  12. ikut pasangan tulah, camne diorang nak survive antara satu sama lain. Kalau ta byk pe'el, insyaAllah boleh lama :)

    ReplyDelete
  13. Setuju dgn entry ni ^^
    jarak jauh tu la kita kena percaya kt pasangan kita.. ;D

    ReplyDelete
  14. sy lah tu! hehhe..
    sy sokong yg kelebihan yg awk berikan..
    tang kekurangan tu sy xsetuju! sbb sy xmcm tu pon ahhahaah :D

    ReplyDelete
  15. takde pun..haha
    ade ke yg mrajuk bile sms lambat? dasyat!haha

    kalaw cite tamil:
    tentang mata>jatuh cinta>nyanyi>gengster kacaw awek>berlawan>nyanyi>kahwen :D

    ReplyDelete
  16. Ok je. Dah selamat pun kawen 10 tahun. hehe...

    ReplyDelete
  17. Kalau dh jodoh berkekalan jua :)

    ReplyDelete
  18. ok, ada juga apa yg tertulis diatas yg KY setuju, cuma pandangan KY semuanya terserah pada induvidu, kalau dia percaya dan yakin, InsyaAllah..cinta mereka akan berjaya, apa lagi kalau cinta kerana Allah..alaaa...mcm Ustaz Don tuuu...eehhhmmm..

    ReplyDelete
  19. becinta memang jauh,dah kawen pun dok jauh.. :)

    ReplyDelete
  20. Semuanya tentang kepercayaan...

    ReplyDelete
  21. semua depends pada pasangan tu sendiri..yg penting kepercayaan,,
    tapi kalau sy, mmg sy tolak cinta jarak terlalu jauh ni

    ReplyDelete
  22. Dah 2 tahun fie dengan dia long distance relationship, dan fie rsa LDR lagi bagus dari yang dekat2. Kami jarang sangat bergaduh curiga tak ada langsung. Huhu. Tapi fie rasa benda nie depends pada siapa yang kita bercinta.

    ReplyDelete
  23. sy pulak berdepan dengan perkahwinan jarak jauh. suami di kulim, kedah dan sy di kapar, klang. to be honest sgt terasa bila jauh dr suami ni. jmp plak once a month di atas kekangan kewangan. ishhh rasa nak cari cepat2 cari kerja lain

    ReplyDelete
  24. hana mintak posting kedah, penang, perlis :)

    ReplyDelete
  25. cinta jarak jauh yuna ngn qi
    pun dah terbelah.. huhu yg penting kprcayaan dan kejujuran~

    ReplyDelete
  26. susah cinta jarak jauh.... kerana jauhlah banyak hati yang telah tersakiti,,,,,,

    ReplyDelete
  27. Haha.. aku dah biase dgn long distance. Lg suka kot long distance. Aku ada more space untuk diri sendiri. kang dah kawen xde space dah. Tidur pun kena kacau nanti. Haha... x susah pun. Yang penting percaya dan setia.

    Lg best. Aku boleh mintak alamat dia, hantar McD, Domino dll throu online. Bleh jer hantar bunga online... hantar teddy pun boleh. Everything is possible bebeh!

    Tapi kalau dah kawen, long distance tu mmg dah tak boleh dah ler.. aku nak jugak bangun pagi nampak muka org yg tersayang. Hahaha.. jiwang syal!

    ReplyDelete
  28. HAHA. Nice entry. Saya dalam PJJ sekarang, dia kat Shah Alam, saya kat Swak. Ohoi na, bukan jauh sebarang jauh tu. HAHA. Tp kita orang okay je, tak bercontact 24/7. Kta orang waktu pagi memang tak bmsg, dah petang2 baru bmsg. Kalau asyik bmsg pn boring jugak. Sometimes rasa rinduuuu tu yang membuat hubungan tu semakin kukuh bila bercontact. Jarak reply kita orang pun sometimes sampai 4/5 jam and kalau lambat reply, tiada istilah merajuk bcause both of us tau apa yg kami buat, in other words we understand each other. To me, kesabaran dan trust sangat penting dlm PJJ. ;)

    ReplyDelete
  29. dah 4tahun in PJJ.. still happy and very very happy..semakin hari semakin sayang ada laa :D

    ReplyDelete
  30. Sy terengganu..dye sarawak...2 taon dah bercinta...setaon PJJ..setaon dekat sbb dye belajar kat trganu..skrg, dah dye dah hbis belajar...PJJ balik..sy jadi takot..cmne nk tingkatkn rasa percaya kat dye eh???

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.