9 Sebab Kenapa Lelaki Susah Nak Dapat Girlfriend


Semalam lepak dengan kawan-kawan yang single, bercerita pasal diri diorang yang masih tak berpunya..syok jugak la dengar sampai lewat malam. So, hasil daripada cerita diorang, ada 9 sebab berdasarkan pemerhatian aku kenapa ada lelaki yang masih single dan takde girlfriend sampai sekarang.

1. Terlalu memilih
 

Kata lelaki A : Dah banyak awek yang duk usha aku tapi sorang pun tak berkenan di hati ni. Susah jugak nak cari yang sesuai dengan kita.

2. Takde kereta
 

Kata lelaki B : Kalau takde kereta nanti perempuan tak nak jadi awek kita..katanya jatuh standard la kalau naik bas.

3. Pernah dikecewakan 
Kata lelaki C : Perempuan suka mengecewakan lelaki..pantang nampak lelaki kaya dan hensem terus tinggalkan kita.

4. Asyik kena reject
Kata lelaki D : Masuk yang ni dah 5 kali aku kena reject..tak tahulah apa yang perempuan cari kat lelaki sebenarnya.

5. Takut hati terluka
 

Kata lelaki E : Takut la nak bercinta nanti terluka lagi..sedih bro, seminggu takde selera nak makan nasi asyik teringatkan dia.

6. Dah jumpa yang berkenan tapi milik orang
 

Kata lelaki F : Dah jumpa ciri-ciri wanita idaman tapi dia dah berpunya..takkan nak rampas hak orang punya kot.

7. Perempuan tu banyak teman lelaki
 
 

Kata lelaki G : Suka kat dia tapi dia banyak teman lelaki..nampaknya kita ni duk lam waiting list dia jer la.

8. Tak sama taraf 

Kata lelaki H : Dia tolak cinta aku sebab katanya taraf tak sama..dia ada degree aku pulak ada sijik SPM je.

9. Kita suka tapi dia tak suka pulak 

Kata lelaki I : Bro, perempuan suka mempermainkan hati lelaki yang suka kat dia..dia cakap suka kat aku tapi bila mintak couple, kita ni sekadar kawan je katanya. 

Terbaca status seorang blogger perempuan di facebook. Katanya "Perempuan menangis ditinggalkan lelaki itu perkara normal. Lelaki menangis ditinggalkan perempuan ruginya perempuan itu". So, apa kata korang?


9 Sebab Kenapa Lelaki Susah Nak Dapat Girlfriend 9 Sebab Kenapa Lelaki Susah Nak Dapat Girlfriend Reviewed by Nick Nashram on 11:12:00 Rating: 5

47 comments:

  1. aweq pun lebih kurang jugak la sebabnya ! :D

    ReplyDelete
  2. @eenie minniey
    rasanya jadi perempuan untung sikit kot :)

    ReplyDelete
  3. lelaki memilih sgt..tp diorang tak perfect mana pun..T_T perempuan tak oerfect mana pun..tapi memilih tu memilih gak tapi tak cerewet mcm lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa ckap lelaki memilih and cerewet couple dgn sye dulu lh klau mok thu

      Delete
  4. @░♥si lampu neon♥░
    memang betul ada yg memilih sampai ade yg buat kriteria bagi yg nak jadi pasangan dia..mungkin nak cari yg terbaik kot.

    ReplyDelete
  5. haha biasala tu.. biar perempuan jelah terpikat kat lelaki :)

    pasal status tu: kenapa perempuan tu rugi plak..cari lain lah.haha

    ReplyDelete
  6. @Hnahdy
    kalo perempuan terpikat kat lelaki macam perigi cari timba pulak..tapi tak kisah la kan :)

    ReplyDelete
  7. Yang no 5 seriusly lawak haha..

    ReplyDelete
  8. @SyamKyray
    hahah..tapi betul tu, sedih ooo kena tinggal.

    ReplyDelete
  9. rasa perangai main peranan juga kan bro.. :)

    ReplyDelete
  10. ade jugak lelaki ki x nk kapel sebab perbezaan status pendidikan

    ReplyDelete
  11. @muhammad asyraf
    memang perlu..bayangkan kalo lelaki tu perangai baik, konpem berbaris orang suka kat dia :)

    ReplyDelete
  12. 2,7,9 tak betullah...yg no8, ada sesetengah kut, yg pasti yg no1, memang kuat memilih heeeee

    ReplyDelete
  13. lelaki kene kuat bersabar baru awek suka ..

    ReplyDelete
  14. @KY
    lelaki kuat memilih ke..huhu..rasa lelaki dan perempuan sama kot.bukan apa, nak cari yg terbaik bukan mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nak cari yang terbaik memang susah

      Delete
  15. @Aku Mad
    betul, lebih-lebih lagi time merajuk..kena la banyak sabar.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum ... ketika usia masih muda ( 20an ) samada lelaki / perempuan , byk kreteria/ ciri yg mrk nak ... bila masuk usia matang (35+) , mrk hanya pentingkan keserasian utk hidup bersama sebab kawin bkn nak cari isteri / suami tapi teman hidup hingga akhir hayat ...

    ReplyDelete
  17. assalammualaikum. :)don't put be the blame on us,If a guy wants to be with a girl, he will make it happen no matter what.We're girls are a bit complicated..Guys, you should really know that.

    ReplyDelete
  18. yang no 9 tu maybe permpn tu nk ckp yg dia suka kt lelaki tu sbgai kawn je, tp bkn untk bercouple. dia cube menolak dgn cr yg halus dan baik. tak nak buat lelaki tu kecewa..

    tp nk buat mcm mne kan.. lelaki ni mudah salah anggap.. *sigh*

    ReplyDelete
  19. bg cheida walau apa pun alasan kita.. semua tu ketentuan allah... Jodoh pertemuan rahsia allah.... kalau dah sampai masanye.. mesti ada punya.. :)
    hihihihi...

    ReplyDelete
  20. lelaki sekarang too choosy nak perempuan hot je. haha

    ReplyDelete
  21. Tidak!
    No 5 tu...

    Memang pernah alami~
    Terus pening sebab teringat waktu tu.

    Btw nice stopping by here bro. :)

    ReplyDelete
  22. saya ada kebanyakan ciri2 diatas...sebab tu la sy memilih untuk terus membujang huhuhu...

    ReplyDelete
  23. sy glgn pmpan yg rugi itu tp cite lame dah hahah

    ReplyDelete
  24. mungkin lelaki tu gay? opsss.....

    ReplyDelete
  25. bile dah jumpa tu.. cpt2 ajak nikah.. kdg2 prmpn cuma nak tau si lelaki bersungguh2 atau tidak.. pernah dgr ungkapan lautan api sggp direnangi x? Tp,bkn api neraka la.. Nauzubillah.. org prmpn perlukn keyakinan utk terima seseorg lelaki..
    so, yakinkn dia...
    soal lain x perlu fikir...

    ReplyDelete
  26. anggap lah yang kecewa tu ujian dari allah...anggap lah sumer tu takdir allah...allah telah tentukan jodoh untk sumer umatnyer...anggaplah jodoh blum sampai...like me huhuhu
    banyakkan amal bnykkan berdoa insyallah...

    ReplyDelete
  27. Aq nk kn pmpuan ntuk jd tman hdup aq.. Tp sowang pn xnk lekat pn, asal uji psal kerjaye je... Dh xikhlas kt kite... Mentang2 aq kelendan lori jer...Hine sgt ke aq ni..

    ReplyDelete
  28. Tapi kdg2 lelaki anak mak pun blh mbujang sampai tua.. haha.. maklum la x nak b'pisah dgn mak.. golongan yg mcm ni paling susah.. rugi nye dia.. aku nak cuba dkt n knl dia tapi dia diam kan diri.. aku pun x paham knp.. aku blh la di kata kan jujur, ikhlas & setia.. cheewaahh.. ade je lelaki yg nk knl dgn aku tapi aku x layan.. entah knp dgn en.sombong ni aku rasa nak dkt n knl.. mungkin dia memilih kot..!!!

    ReplyDelete
  29. Tapi kdg2 lelaki anak mak pun blh mbujang sampai tua.. haha.. maklum la x nak b'pisah dgn mak.. golongan yg mcm ni paling susah.. rugi nye dia.. aku nak cuba dkt n knl dia tapi dia diam kan diri.. aku pun x paham knp.. aku blh la di kata kan jujur, ikhlas & setia.. cheewaahh.. ade je lelaki yg nk knl dgn aku tapi aku x layan.. entah knp dgn en.sombong ni aku rasa nak dkt n knl.. mungkin dia memilih kot..!!!

    ReplyDelete
  30. Kesukaran mendapat jodoh bukan kerana paras rupa, sikap, perangai dsb. Percayakah kalau saya katakana bahawa 'berat jodoh' juga ada kalanya berkaitan dengan gangguan syaitan, jin, saka atau sihir pemisah? Pengalaman keluarga kami terhadap masaalah ini cukup mengujakan satu masa dahulu. Hingga akhirnya kami bertemu seorang ustaz di kampong belahan tampok, rengit, batu pahat ( ustaz adi wijaya bin iskandar) sebagai usaha ikhtiar . saya suka mencadangkan pertemuan dengan beliau sebagai jalan usaha ikhtiar. Muda2han kita tidak tertipu dengan pelbagai kerenah perubatan yang kadangkala palsu dan mengaku2 demi kepentingan material semata.

    ReplyDelete
  31. Kesukaran mendapat jodoh bukan kerana paras rupa, sikap, perangai dsb. Percayakah kalau saya katakana bahawa 'berat jodoh' juga ada kalanya berkaitan dengan gangguan syaitan, jin, saka atau sihir pemisah? Pengalaman keluarga kami terhadap masaalah ini cukup mengujakan satu masa dahulu. Hingga akhirnya kami bertemu seorang ustaz di kampong belahan tampok, rengit, batu pahat ( ustaz adi wijaya bin iskandar) sebagai usaha ikhtiar . saya suka mencadangkan pertemuan dengan beliau sebagai jalan usaha ikhtiar. Muda2han kita tidak tertipu dengan pelbagai kerenah perubatan yang kadangkala palsu dan mengaku2 demi kepentingan material semata.

    ReplyDelete
  32. Tiada kereta pun juga salah satu penyebab lelaki tiada teman wanita.Sudah jelas lagi bahawa zaman sekarang ramai yang lihat harta dan rupa. =')

    ReplyDelete
  33. Zmn skrg,elok la bg org laki pk masak2 sblm pilih bakal isteri..jgn pk kita akan dpt isteri srupa mcm mak kita jd isteri pd ayah kita..jgn mimpi la..klu ade skalipun..susah giler..ppuan zmn skrg dh xsama fikiran mcm ppuan zmn dulu..ppuan zmn skrg anggap lelaki ni mcm garaj keta..bila dia balik keje dia parking...anak suruh pengasuh jaga..dia kerja bina kerjaya sendiri..dah mcm lelaki pulak..

    ReplyDelete
  34. Akhir zaman nie macam tolah rupanya, susah nk cari gak wanita pilihan hati

    ReplyDelete
  35. xde jodoh di dunia.. insyallah di akhirat ada jodohnya.
    x kaya di dunia.. insyallah di akhirat kaya raya.. itukn allah janjikn..

    ReplyDelete
  36. No 5.. Penah dikecewakan 12 tahun yg lalu.. 2 taun lepas pompuan tu dah kawin. cm gaya saya membujang smpi hujung hayat.. dah serik.. Masih sakit dan sedih seperti baru smlm berlaku lg hati ini.. Semoga Allah beri bahagia kepada awak Ms A dan suami..

    ReplyDelete
  37. yang selalu kene reject tu aku, ak sendiri pon pelik.

    ReplyDelete
  38. yg nombor 4 tu aku, pelik , aku sndiri pon tak tahu hahaha

    ReplyDelete
  39. Yang nombor 1 tu memang aku nak marah....sebab ape???sebabnye aku sama macam lelaki nombor 1 tu...perempuan yang tak cantik je yang asyik ajak aku couple...sedangkan wanita cantik lain buat tak tahu je kat kita...pastu kalau orang reject,cakap orang ni sombongla,memilih la...sebelum kau cakap macam tu kat aku...kau kena cermin diri kau tu dulu...aku bukan nak memilih sangat,tapi agak2 la...kalau kena kat lelaki lain pun akan rasa nak marah jugak...sebab muka dahla tak cantik pastu perangai lebih celaka dari lelaki...tapi ada hati nak kat aku...tolong la...pastu pandai2 la mintak nombor aku dengan kawan aku.. pastu nak mesej2 aku...kau jangan harap...aku takkan balas walau sepatah pon mesej kat kau....sorry cakap...tapi ni memang cerita benar aku sepanjang aku hidup ni...bukan nak memilih sangat,cuma kalau nak kat seseorang tu kenala cermin dulu diri kita...memangla orang kata kalau dah jodoh tak kemana...tapi kena paham la istilah tak sesuai...jangan buat bangang kau je....orang dah tak layan dah tapi dia buat lagi bangang dia...dasar perempuan bodoh...dan yang aku peliknya lagi kenapa perempuan cantik senang pulak nak kat kawan2 aku...tapi aku tak...ni pengalaman ye...bukan sekadar2 cakap2 je...tu lah yang pelik...aku tengok kawan2 aku bercinta dengan orang yang cantik...entah macam mana perempuan tu boleh terpikat kat dia...cuba pikir kalau korang pernah alami macam aku...dan aku pon tak tahu macam mana kawan aku buat supaya wanita terpikat kat dia...biarlah...still single lah aku...kalau ada yang berpengalaman macam aku ni,barulah korang faham...takbrasa tak tahu...boleh la cakap macam2...cuba kalau korang kena...rasa la...aku bagi perempuan tak cantik atau lelaki tak cantik...kalau korang boleh couple memang terbaik lah korang. ...aku respect la...cuba la buat...cari perempuan ke lelaki ke yang tak berapa cantik atau handsome,pastu trt couple dengan diorang...hang rasa la macam mana...puih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.