Friday, 17 August 2012

Surat Untuk Bakal Mak Mertua


Kehadapan bakal mak mertuaku...

Saya harap mama, eh silap, mak cik sekeluarga dalam keadaan sihat selalu. Sebelum tu, saya nak perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama pendek saya Nick..kalau nama panjang sikit Nick Nashram. Yang anak mak cik selalu duk chatting kat facebook saya la tu. Walaupun saya tahu makcik takde blog, tapi saya tetap degil nak tulis warkah ini kepada mak cik. Manalah tahu ada kawan-kawan mak cik yang membaca blog saya dan menceritakan surat ini kepada mak cik kan?

Untuk pengetahuan mak cik, saya berasal dari Kelantan. Rasanya mak cik pun dah tahu orang Kelantan ni ada loghat yang tersendiri. Mak cik orang KL mesti susah nak faham kalau saya cakap dengan mak cik guna dialek Kelantan. Nanti tak pasal-pasal terlopong mulut mak cik dengar saya cakap. Kalau mak cik search dekat google translate pun tak jumpa. Tapi jangan bimbang pasal tu, sebab saya pun boleh berbahasa dengan bahasa standard dan bahasa inggeris..kelas gitu.
 
Mak cik yang dikasihi...

Mesti mak cik tertanya-tanya saya ni kerja ke tak..Takpa mak cik, saya faham naluri seorang ibu tu. Mesti nak seorang calon lelaki yang terbaik dan ada kerja untuk anak mak cik yang comel tu. Bukan mak cik seorang bahkan semua mak cik- mak cik seantero dunia nak benda yang sama. Bukan begitu ke mak cik? Sebelum tu saya nak bagitahu la serba sedikit jurusan apa saya ambil masa study dekat universiti dulu. Saya ambil kos pendidikan dan anak mak cik pulak ambil kos perubatan. Entah macam mana saya boleh sangkut dengan anak mak cik, mungkin dah jodoh kami rasanya. Selama 4 tahun kami belajar bersama, sedikit sebanyak dapat jugak saya memahami tentang anak mak cik ni.
 
Buat masa sekarang, saya dah kerja sebagai cikgu. Gaji tu tak la banyak macam kerja lain, tapi saya rasa dengan gaji RM 3000 sebulan insha allah, segala kemudahan untuk kami hidup bersama tu saya mampu sediakan. Saya tak berani nak menjanjikan kemewahan tapi saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk keselesaan anak kesayangan mak cik tu nanti.

Saya tahu mungkin saya tak cukup sempurna untuk dijadikan calon menantu mak cik. Mungkin mak cik berharap calon menantu mak cik seorang doktor ataupun engineer mahupun akauntan. Saya faham, bila je sebut kerja sebagai cikgu, ramai yang tersenyum sinis. Maklum la, gaji saya tak sampai RM 5000 sebulan. Apa orang kata, takde class..Untuk pengetahuan mak cik, tanpa seorang cikgu takkan wujud doktor, engineer mahupun akauntan tu. Betapa besarnya jasa cikgu ni. Andai kata makcik tidak memberi restu, saya sedia untuk mengundurkan diri. Siapalah saya untuk membangkang seorang ibu yang lebih tahu apa yang bagus untuk anaknya. Apa pun keputusan mak cik saya terima seadanya.

Mak cik yang dikasihi...

Disini jugak saya nak beritahu beberapa kelebihan yang ada pada saya..bukan niat saya untuk membesarkan diri tetapi untuk menyakinkan hati mak cik yang saya ni adalah calon yang benar-benar layak untuk anak mak cik. Mak cik nampak je saya ni rock sikit tapi ilmu agama ada di dada, sebab dulu saya bersekolah agama. Saya jugak mesra dan peramah. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Nanti kita berkenalan ye mak cik. Selain itu, saya pandai memasak beberapa jenis makanan, bukan setakat masak meggi je. So, kalau anak mak cik demam atau sakit, mak cik tak perlulah bimbang sebab saya boleh menjaga makan minum dia dengan baik.

Untuk makluman makcik, saya serius mencintai anak makcik. Saya yakin dia adalah pemilik sebelah hati saya. Mak cik jangan termuntah pulak bila saya cakap macam ni. Saya jugak nak tegaskan yang saya mencintai anak makcik bukan untuk sehari dua, bukan juga untuk setahun dua tetapi saya mencintai anak makcik selagi saya bernafas di muka bumi ini. Mak cik pun faham kan dengan perangai anak mak cik yang suka merajuk dan cerewet. Kalau saya tak serius dah lama saya putuskan hubungan kami. Tapi tidak sama sekali sebab anak mak cik adalah yang terbaik untuk saya.

Mak cik yang dikasihi...

Setakat ini sahaja dulu mak cik. Terima kasih kerana melahirkan,membesarkan dan menjaga seorang perempuan yang saya sayangi. Sepertimana saya sayang anak makcik, begitu jugalah saya sayang makcik. Pujian ini ikhlas datang dari lubuk hati saya. Bulan depan saya bawak rombongan datang ke rumah mak cik. Saya beritahu awal-awal supaya mak cik jangan terkejut pulak. Kirim salam saya kat ayah, eh pak cik tu sekali ye. Saya akhiri surat saya kali ini dengan dua rangkap pantun.

Dari Sabah sampai la ke Perlis
Tak mo hantaran mahal boleh?


Pecah kaca,pecah gelas,
Cukuplah makcik baca,saya tak mintak makcik balas.
 
 
Entri lain yang anda mesti dibaca :
 
 

9 Orang Puji Entri Ini:

ni surat betul2 untuk makcik or just kidding.. hehehehe

fewwit! Nick dah ada bakal mak mertua hahahah! Nanti kena jaga mak mertua tu baik-baik sama tau hehe ;)

Dari Sabah sampai la ke Perlis
Tak mo hantaran mahal boleh?

mana bolehhhhh :P

cik yuyu : ni surat rekaan saje..hehehe

azham : surat ne bertujuan nak bodek mak mertua dah ne..huhu

miss volvo : mak mertua baik kot..dia x letak hantaran mahal :)

kah kah kah...so skrg dah ada calon la ni eyh? mesti baik orangnya hehe!

azham : dapat mak mertua macam dalam cite kasim selamat nightmare la..hahah

hahaha.. isi dah bgus..
lgi bgus klu diluahkn dpan2 bkl mak mentua tu..
tp kna la btul2 wujud bkl mak mentua tu.. hihihi

saya tak dok kl, saya tak amik perubatan, saya tak study ngan abang kat uni :'(

Post a Comment

Setiap komen anda amat dihargai : )