Surat Untuk Future Husband


Kehadapan bakal suamiku

Oh, sayang

Sayang, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin sayang, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –macam kesha dah saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi ala puteri Gunung Ledang sayang, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh sayang

Sayang, I harap masa kita jumpa nanti, awak dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah sayang, mesti awak geli baca statement I kan? Tapi sayang, I tak suka couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last-last putus jugak. I tau, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la sayang! Tambah dosa je tau couple ni.

So kalau kita jumpa nanti , tapi saya jual mahal, sayang jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, sayang mesej saya dalam Facebook pun tak apa. Jangan mesej-mesej gersang sudahlah! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh sayang

Nanti kalau saya first time jumpa sayang, saya tanya dah solat subuh ke belum, sayang jangan marah tau. Wajib tau sayang saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe diorang tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon dia tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh sayang, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi sayang tak angkat…siap la sayang!

Pastu sayang mesti tau imamkan solat. Paling tidak surah-surah juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau tak ada Imam? Sayang kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of coz la saya pernah tinggal solat, saya kan perempuan :p

Oh sayang

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap sayang jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Alih-alih sayang kata banyak sangat pulak. Sayang, nanti sayang tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang sikit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asyik-asyik makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asyik-asyik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu sayang balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak sayang.

Oh sayang

Nanti tak lama lagi bila kahwin sayang mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak sayang nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway sayang, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnya sayang kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Sayang penat? Saya pun penat gak. Sayang fikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan sayang pulak. Heisss…kalau kurang layan sayang nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!

Senang-senang, kita upah bibik sorang. Tak apa sayang, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke sayang bahagia?

Oh sayang

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), sayang jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyalah kat belakang dengan anak-anak. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Sayang, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke sayang? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I tak tahu camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tahu la).

Dan sayang

Kalau sayang tengok awek-awek cun depan mata jangan la sayang sweet-sweet jeling-jeling pulak. Amboi sayang, suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila sayang keluar dengan saya, sayang pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa sayang kata “dia pakai macam tu sayang tengok la?” Sayang, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah je. Tapi bila sayang tengok sayang pun tumpang dosa sekali. Sayang nak? Sayang kata sayang tak boleh tahan diri dari tengok? Ok sayang, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Sayang

Kalau you betul-betul sedia, I tunggu you lama-lama pun tak apa. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi sayang kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan sayang merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, sayang pergi beli iPhone 4. Haa, kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi sayang boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa sayang kata, itu keperluan kita bersama? Ah, sayang sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti sayang kongker tengok Chelsea main EPL kan.

Sayang, kita tak payah hidup kaya raya pun tak apa. Kalau gaji sayang kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan tak apa. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua!

Cuma ingat sayang, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah, kita senang.

Sekian sajalah sayang. Hope to see you soon! ^_^


Entri lain yang anda mesti dibaca :




Post a Comment

1 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.