Cara Nak Dapat 1000 Visitor Dan 1000 UV Sehari

 
Bagi blogger baru seperti aku, bukan mudah nak dapat jumlah visitor dan jumlah UV 1000 ke atas setiap hari. Setakat menulis entri dan publish entri di dalam blog sahaja tanpa ada platform lain serta penggunaan SEO yang dapat membantu untuk meningkatkan trafik adalah sesuatu yang mustahil bagi blogger baru untuk memperolehi jumlah visitor 1000 ke atas setiap hari. Buat blog memang mudah, yang payahnya adalah nak maintain trafik dan tarik pembaca ke blog anda. Aku bukan pandai sangat pasal ni, tapi selama 4 bulan blogging boleh tahu sedikit sebanyak cara untuk nak kekalkan momentum trafik blog. So, aku nak kongsi la sedikit cara yang aku buat untuk maintain trafik dan visitor.

Bagaimana Mendapat 1000 Visitor Dan UV Sehari?

1. Pilih topik yang menjadi carian dan bacaan ramai orang

Cari topik yang panas. Topik yang panas bukan bermaksud topik seks atau lucah tetapi topik yang orang selalu cari. Sebelum anda menulis sesuatu entri, fikir dahulu apa topik yang selalu orang ramai perlukan dan buat sedikit research kat internet untuk menyokong idea dalam entri anda nanti. Biasanya orang selalu cari tentang tips, petua, isu semasa, gosip dan tutorial. Elakkan dari menulis kisah peribadi anda.

2. Buat banyak backlink dalam entri

Kalau anda jenis yang malas nak update blog dan blogwalking, tulis satu entri dan buat backlink kepada entri-entri lama supaya entri lama tidak terbiar begitu sahaja dan visitor anda juga akan terus membaca blog anda tanpa henti. Tidak perlu backlink daripada orang lain pun takpe. Anda buat backlink sendiri. Anda promote entri-entri lama dalam entri baru. Dengan itu, orang akan baca entri baru dan entri lama anda sekaligus. Contoh tengok disini : Pentingnya Membuat Backlink Untuk Naikkan Trafik Blog

3. Ping entri anda di laman web

Setiap kali siap menulis entri, jangan lupa ping entri anda itu ke laman web seperti Apesal.com, GuaBlog.com, Oh!Belog.com, Busuk.org dan sebagainya. Gambar kat bawah ni adalah sumber trafik paling banyak aku dapat bila ping entri kat laman web tersebut. Dengan topik dan entri yang bagus, kemungkinan blog anda akan menerima trafik tinggi adalah sangat cerah. Contoh tengok disini : Laman Web Untuk Ping Blog 


4. Ping entri anda di laman sosial

Facebook adalah platform yang terbaik untuk anda mendapat ramai visitor. Join je mana-mana group dalam facebook seperti Kelab Blogger, Blogger Zone, Blogger Malaya dan sebagainya untuk mempromosikan blog anda. Dan digalakkan juga untuk anda ping entri itu ke fanpage atau group berdasarkan jenis entri anda. Kalau entri itu mengenai kisah cinta atau tips bercinta, cari fanpage  yang berkaitan dengan cinta dan ping entri anda di situ.

5. Selalu update blog

Pastikan blog anda sentiasa ada post dan entri terbaru. Update blog berdasarkan isu semasa. Kalau anda suka menulis tentang gosip, carilah isu terbaru tentang artis tanah air dan sebagainnya. Walaupun entri yang ditulis itu pendek tetapi ada info adalah lebih baik dari tak ada langsung. Entri yang evergreen lebih baik untuk blog mendapat trafik yang berterusan.

6. Penggunaan keywords yang berkesan

Banyak fokuskan kepada keywords di dalam entri anda. Jika tajuk entri anda mengenai kisah artis seperti "Artis Malaysia Yang Bertudung" pastikan keywords yang sama itu diulang di dalam setiap entri. Penggunaan keywords yang berkesan membolehkan entri anda senang orang nak cari dan tak mustahil boleh berada di tangga pertama dalam enjin carian. Ada jugak blogger yang menggunakan keywords seperti " Gambar Hot dan Seksi Neelofa" atau "Keputusan Perlawanan Malaysia Menentang Chelsea" pada tajuk entri mereka tapi bila dibaca takde pun. Sekadar keywords sahaja untuk menarik pembaca. Terpulanglah pada anda.



Cara Nak Dapat 1000 Visitor Dan 1000 UV Sehari Cara Nak Dapat 1000 Visitor Dan 1000 UV Sehari Reviewed by Nick Nashram on 15:47:00 Rating: 5

22 comments:

  1. thanks for the info..really appreciate it, bro!

    ReplyDelete
  2. bagus entri ni :) nice..keep it up bro..yeahhh !! haha ..follow sini

    ReplyDelete
  3. tips hok duk tunggu..thanks..:)

    ReplyDelete
  4. errmm nice tips bro....cuma yg no 2 tu kalu tak silap aku kalau utk menurunkan bounce rate

    ReplyDelete
  5. nice entry~ hehe... fyna pun ada blog yg bermain ngn seo gak

    blogfyna.com

    tue pun jarang update dah skrg nih ==;

    ReplyDelete
  6. Nik da makin popular untunglah! Segala usaha Nik selama ini berbaloi....sekejap je follower naik mendadak dalam dua minggu ni!

    ReplyDelete
  7. Haiii...^_^
    Sy starter dlm dunia blogging nie..thanx s0 much 4 the tips..hehe
    Already be y0ur f0ll0wer.
    Salam perkenalan.

    ~> http://lunayu23.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. info yang berguna, thanks tp dalam nak naikkan kan traffik bukanlah sesuatu yg senang...kata orang putih "no pain no gain" setuju x?

    mselim3

    ReplyDelete
  9. benar..bukan senang nak senang..ada rezeki, byk la traffiknya..

    ReplyDelete
  10. terbaik lah tips ni..tp aku nak tnya cara untuk cantikkan blog..bg ramai singgah..dan cara nak promote blog..aku baru setahun jagung slm blog ni..
    singgah sini http://blogyangkosong.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. oh begitu ya,tq Nick backlink info yg sgt berguna ni.. haha :)

    ReplyDelete
  12. Baiklah, saya akan cuba ikut saranan Nick..thanks Cikgu

    ReplyDelete
  13. selain busuk, guablog dan ohbelog, terdapat juga laman ping yang lain sperti pingnw.com. Jika anda ping artikel kat semua laman ping yang ada pun rasanya dah cukup untuk membawa traffik yang tinggi ke blog anda. teknik ini memang berkesan untuk sy

    ReplyDelete
  14. thanks for sharing your article, nice blog :)
    visit also my web >>
    www.cupux-movie.com

    ReplyDelete
  15. kalau ade yg terbaru kongsi2 kn la yer

    ReplyDelete
  16. kadang kala keyword tu yang agak susah juga..so kena pandai main kata..biar kywords tu ada beza..tapi mesej sama..sebab fakta atau keterangan sesuatu info kena sama..seperti bab banjir kan..kena sama tapi cara penyampaian beza..kyword jg tu

    ReplyDelete
  17. Entri baik punya :)
    Visit my blog as well
    http://akuderiy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. http://blogcayalah.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.