Antara Kereta Baru Dan Kereta Second Hand



Sebelum ni aku bercadang nak beli kereta Proton..tapi tak jadi. Aku sebenarnya confuse ni..nak beli Vios TRD baru atau Vios TRD yang second hand. Minggu lepas aku dah siap telefon dealer kat Toyota pasal pasal harga Vios TRD baru. Katanya yang baru harga RM 92k..tapi dapat potongan RM 2500. Dan dia nak down payment sebanyak RM 10k. Pastu aku survey pulak dekat website carlist..jumpa Vios TRD second hand, harga RM 68k.

Dan ada jugak yang kata, tak payah beli kereta second hand sebab kos maintenance nanti tinggi. Abang aku pulak suggest ambil yang baru je. Terbaca pulak kat internet ni yang kata memadailah pakai kereta biasa-biasa je. Asalkan selesa dan dapat pergi ke sesuatu tempat, pakai jer lah kereta tu. Tapi kereta Vios TRD dah lama aku minat..hahaha. So, sape yang ada pengalaman antara beli kereta baru atau kereta second hand, please share with me.


Antara Kereta Baru Dan Kereta Second Hand Antara Kereta Baru Dan Kereta Second Hand Reviewed by Nick Nashram on 22:31:00 Rating: 5

28 comments:

  1. Bagus nick beli yang baru.,..yang second tu payah sikit nick..kita tak tahu siapa pemakai kereta tu...tup-tup ada problem susah nanti nick..beli yang baru je..jalan terbaik lah..puas hati pun puas..benda baru kan..hihi

    ReplyDelete
  2. sy xtau sgt sbb x pernah beli kete n masih belom mampu lg.. tp ni cuma pandangan sy lah. Abg sy beli kereta 2nd hand tp mmg betul maintenance dia tinggi sbb kita xtau owner sbelum ni pakai mcm mne, so kena pndai2 survey.. nak beli kete baru lg bagus tp ikut kemampuan masing2.. :)

    ReplyDelete
  3. kalau dah minat, beli je bro.... nnt tak puas hati pulak.

    seelok eloknya beli baru. kalau beli secondhand payah sebab barang nampak baru tetapi usia sebenar digunakan kita tak tahu. jgn percaya sgt ayat manis salesman jual kereta secondhand ni. diaorg nak komisen je ;-)

    ReplyDelete
  4. wak, kena ingat yang kereta ni liabiliti benarnye. bukan aset. sebab kita kena tanggung keta ni. ade susut nilai.

    kalau ikut penasihat kewangan, kereta beli ikut keperluan kita (bukan kehendak) dan bergantung pada bajet.

    Tak berbaloi rasanya gaji sekitar 3k nak ambik kereta harga mcm vios.
    kena juga ingat kita kena ada simpanan kecemasa, nak kawin lagi hehe. ade bil-bil macam sewa, elektrik, internet, air yang perlu dibayar. bagi mak ayah lagi.

    bukan apa, bila dah kawin nanti, memang akan terasa. lagi-lagi suami ketua keluarga, macam-macam nak uruskan. nanti akan datang ade anak lagi, rasa kalau dengan gaji sekrang ni bayar 700 atau 800 untuk ansuran keta saja memang tak berbaloi. kena sedia juga duit minyak, tol, servis, takaful dengan road tax.

    rasanya sekarang ni cukuplah harga keta sekitar 50k.

    * ber pandangan berdasarkan pengalaman hehe...surat lantikan dah dapat?

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt beli vios..ala ,,beli yang baru..bru puas hati.hehehe..

    ReplyDelete
  6. kereta baru. confirm.. kalau time belajar dulu xpalah secondhand. skrag dah keja kan kan.. mesti mampu milik punya. abang hana cikgu pun boleh pakai vios tu.. jadi bukan alasan untuk pakai secondhand. sebaya la abg hana dengan nick :)

    agak2 komen hana ni menaikkan semangat untuk beli keta yang baru x? hehe

    ReplyDelete
  7. beli baru jerk. Nnti ramai yg terpegun. Number plat JPJ :)

    ReplyDelete
  8. saya takde pengalaman langsung baba2 kereta nie.lesen pun tarak. Hahahahaha..tapi bagi saye ikutlah kemampuan nik and fikir masak2 sebelum buat keputusan :)

    ReplyDelete
  9. Pada aku dan mengikut pandangan dan pemerhatian aku la. better beli something yang bila kau bayar, kau masih ada duit untuk menyimpan.
    Memang betul bila kau beli kereta nampak mewah, segak dan bergaya.
    Ayah aku pernah nasihat, kalau boleh kalau nak beli kereta ni, kita just guna 30% daripada gaji bersih kita. Dengan tu, kalau masa2 susah or apa2 emergency kita still ada duit.

    So either baru or second, kau boleh kira sendiri kan? Jangan tengok yang singkat je, tengok untuk masa depan sekali.

    Itu je la aku boleh nasihat. Peace bro.

    ReplyDelete
  10. pada pendapat aku, better beli baru..sebab kalau nak cakap pasal kewangan pun..kalau ko beli kereta 2nd belum tentu ko akan selamatkan duit poket ko, sebabnya ko belum tahu akan keadaan kereta tu..kebiasaanya kereta 2nd ni mesti ada something wrong..kalau ok takkan lah ko nak jual kereta tu kan..unless ko betul2 terdesak nak jual..tapi jarang sangat macam ni..vios bagi pendapat aku value for money..walaupun bulan2 agak tinggi, tapi tak pening kepala bila fikir bab maintenance..aku sendiri owner vios.

    ReplyDelete
  11. klu nk kereta 2nd hand, check dlu semua termasuk tahun pakai, maintenance kereta tu sendiri. klu knal owner dia tu lain kira. mcm kes kami, makcik izma pakai honda city baru je guna taun 2011. pastu dia nk jual sbb nk amik keta crvyg lg besar. so makcik yg sorang lagi yg beli sebab dia tau makcik yg A ni mmg cermat dlm menjaga kereta. so klu nick nk beli dr org yg nik mmg da knal tu and tau mcm mana dia jaga kereta, it's considered as ok. tp klu x knal x payahlah kot. better amik yg baru kn. tp tu lah. baru 92k. mahal tu. sbg new teacher agak parahla sket nk byr mhl2. sama mahal ngn honda city tuw. unless klu u ada part time job yg bleh cover tu kira takpalah. sbb byk lg duit kita nk pakai nanti. nk kawen, nk sambung blaja, nk beli rumah n etc. jgn hidup dibebani hutang. peace ^^

    ReplyDelete
  12. Sesuai sangat topik nik ni dengan saya..saya pun berkira2 camtu...beli baru ka lama..tapi terimakasih yang komen dlm entry ni..saya pun tumpang sekali....saya setuju dengan pendapat beli ikut kemampuan...awal2 ni kena nyimpan..tapi kalau mampu bli vios..apa salahnya...yg penting ada saving..yer dok??hebat lagu mana keta..tapi duit nak boh minyak,xdok..xguna gak..huhu..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ... ikut kemampuan kewangan . brapa gaji bersih n brapa blh khaskan utk keta setiap bln ...

    ReplyDelete
  14. Aku pakai kancil 660 aje sebab down payment aku tuju ke rumah double story .Takkan nak berumah dlm kete ye dak?.
    But depends pd org lak,kalau hutang ptptn langsai,boleh bg mak ayah rm1k,bil langsai,minyak+tol ok,OK letew..Puas dah mase study dlu ikat perut.

    ReplyDelete
  15. Angkat Vios G cukup der,takat bodykit TRD,banyak kat kedai aksesori.Cuma suspension talaan TRD jela xdpt.Tapi harga jauh beza.Siap masuk bodykit,masuk la rim 17.rilek je vios henjut,xde rasa berat langsung.Xpun tgu PR menang n tunaikan janji la jwbnya,hehe!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Nak share experience kakak dan kembar. Kaknyah saya masa mula2 beli keta, dia beli kenari second hand tp duit nak maintain keta tu mau lebih dr harga tu. So, now dia dh beli keta baru dan lebih jimat. Saya dan kembar pun mmg beli keta baru. Hmm..apa yg saya boleh ckp, kita beli ikut kemampuan kewangan untuk masa kini dan keperluan lain yang memerlukan kita urus kewangan dgn baik. Mmg kalo ikutkan hati, kita nak apa yg kita inginkan tp kena fikir, dah ada nnt kena fikir pulak urusan lain contoh,insurans, road tax, service lagi. Jgn krn nk penuhi impian smp kita terpaksa bersempit. Kembar saya pun, dah 4 tahun keje baru beli keta Honda sbb nak make sure kewangan tu kukuh walaupun gaji dia mmg dah banyak. Apapun, terpulang pada Nik. Asal pandai urus kewangan, semuanya InshaAllah akan jadi mudah

    ReplyDelete
  17. staff ada nk beli kereta nie tp better baru. service kt toyota org ckp mahal skit.

    ReplyDelete
  18. pada KY ikut kemampuanllah, takut yg baru mahal sangat bulanannya...kete secand pu ok apa, tak semua bermasalah..

    ReplyDelete
  19. aku takde pengalaman beli kerta...tapi pada pendapat aku la kan..better amik yg baru. kalo beli yg second kita tak tahu sebb tuan dia jual..kereta tu selalu rosak ke apa

    ReplyDelete
  20. Hahaha.. dilema beli kereta. I've been there bro! Okay, I share my points for buying car.

    Make sure monthly payment maksimum adalah 1/4 daripada gaji kasar. Tu paling maksimum yer..unless you are willing to pay high downpayment to reduce monthly payment.

    I wanted to buy kelisa, kecik, low profile, low maintenance, low cost, semua murah. Tapi last time I drive from Kajang to Damansara everyday! If I take kelisa, it is time consuming dan yang paling penting, if anything happen, kereta remuk dengan tulang temulang diriku. Fobia tengok kereta kompak jadi segi empat atas jalan raya.

    Sape tak nak kereta yang ok sket baru nampak bergaya kan? Tapi seriously kena tengok kemampuan jugak. Like for me, for my job it is impossible to have a Ferrari la kan. If I have a ferrari, something is wrong.. or end up orang cakap tak ukur baju di badan sendiri. Ada orang, kete kecik tapi ada rumah besar. selesa.
    Ada orang, kete bajet besar tapi duduk sewa rumah flat. Tak ke bengong tu.

    Anyway, save your money for more profitable things..and good luck with chosing car.

    ReplyDelete
  21. Aku takda pa nak dishare nick. Belum ada pengalaman lagi.

    Tapi for sure, untuk harta seperti ni, ak prefer beli baru.

    ReplyDelete
  22. baik beli yang baru. kita yang jaga. kalau dah 2nd hand ni macam2 ragam maklum lah banyak tgn yang jaga. nak bernasib baik dapat kereta 2nd yang ok tu susah la.. lagipun beza pun tak banyak tak berbaloi kan ? baik amek baru :)

    ReplyDelete

  23. Kereta ni liabiliti lame2 susut nilai ..mmg bergaya la pakai kereta mhl tapi sampai bile je kita nk pakai kete tu selame2nye ke? t dah 5 tahun mesti ada rase nak bli kereta baru kan? btw elok beli kereta baru btw proton not bad pe..just my 2 cent..

    ReplyDelete
  24. Anda menjadi pilihan cik akak

    jom terjah


    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/05/segmen-blogger-pilihan-saya.html

    ReplyDelete
  25. pakai kereta baru bro.. maintenance ok sebab nama pun kereat baru. tapi takkan la sampai 92K. huhu

    ReplyDelete
  26. kete baru much better than second hand..
    ehh.. vios trd tu mmg cantik.. sgt sporty,..
    sya pn ska.. hihihi

    ReplyDelete
  27. kete 2nd hand ni atas nasib kot.. ada yang ok tapi ada gak yang makin parah... so kete baru lah.. dah keje kan.. pandai2lah berjimat cermat kalau nak yang mahal..

    ReplyDelete
  28. tak semua org bernasib baik dpt kete 2nd hand yang ok..itu memang berbaloi..so kalau memang tau owner asal and condition sebenar die, beli 2nd hand pon takpe.

    Cuma sy skg memang kalau boleh mmg nak elakkan kete 2nd hand, sbb pengalaman kete 2nd hand (despite tau sape owner die) mmg mengecewakan..hampir stiap 4-5 bulan ade2 je yang nak kene repair ( " ,)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.