Review Pengomen Tegar Blog Nick Nashram - Part 1

Tiba-tiba teringin nak buat review pasal pengomen tegar blog aku ni. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan korang yang selalu singgah, baca dan komen entri aku ni, so nak bagilah hadiah percutian 3 hari 2 malam di Paris..ok, yang ni gurau je..kekeke. Setelah dibuat analisis, kat bawah ni adalah antara nama-nama pengomen tegar blog aku.  

Nama Blogger
Fifie

Review 
Seorang blogger perempuan yang cantik. Setiap entri yang ditulis mesti dikomen olehnya. Blog fifie bercorakkan nature diselitkan dengan beberapa kuntum bunga pada header. Warna pink menjadi tema blog fifie..sejuk mata pembaca. Kalo korang masih belum kenal dengan fifie, sila la terjah kepada blognya :)

Nama Blogger
Leeza

Review 
Seorang blogger yang bergelar guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Background blog Leeza yang santai ditambah lagi dengan header pemandangan seolah-olah korang merasai suasana waktu  petang. Kalau korang terasa kurang motivasi atau malas, rajin-rajin la terjah ke blog cikgu Leeza untuk dapatkan balik motivasi tu :) 

Nama Blogger
Everything's Everythings

Review 
Seorang blogger yang baru tapi menjadi salah sorang pengomen tegar blog ni. Walaupun design blog Everything's Everythings simple je, tapi gaya penulisannya yang bersahaja berjaya menarik ramai pembaca ke blognya. So, kalau korang nak baca entri yang relaks, sila terjah ke blog dia :) 

Nama Blogger
Syaifuddin Alias

Review 
Seorang jejaka hensem yang berpengalaman dalam dunia blogging dan mempunyai strong conncetion dengan blogger-blogger otai. Pelbagai jenis entri disajikan kepada pembaca di dalam blog termasuklah blogging contest. Kalau korang berminat pasal SEO, blog ni korang boleh terjah ramai-ramai :) 

Nama Blogger
Tirana Aduka

Review 
Seorang blogger yang mempunyai PR3. Banyak menghasilkan entri yang berkaitan tutorial blog dan tutorial bahasa jawa. Dan kalau korang berminat membaca cerpen, jangan lupa singgah ke blog ini. Korang pasti akan tertunggu episod yang seterusnya :) 

Nama Blogger
Cheida

Review 
Seorang blogger yang comel yang dikenali melalui segmen Battle Royal. Cheida seorang blogger yang peramah dan merupakan seorang pengomen tegar di blog ini. Kalau korang nak berkenalan dengan Cheida, ajak ramai kawan-kawan terjah dan follow blog ni :) 

Nama Blogger
Najihah

Review 
Seorang blogger yang cantik dan menjadi pengomen blog ini sejak dari awal blog ni dibuat. Blogger yang kreatif dengan bermacam-macam entri dan tutorial ditulis. Bagi perempuan, kalau korang nak tahu cara nak pakai tudung bawal atau pashmina, jom la singgah blog Najihah :)

****************************************** 

Mesej daripada penaja : Kepada pengomen tegar blog aku yang tak disebutkan nama, dont worry sebab akan ada review pengomen tegar part 2. So, kalau korang nak blog korang direview selalu la komen blog ni ye. To be continued :)


Review Pengomen Tegar Blog Nick Nashram - Part 1 Review Pengomen Tegar Blog Nick Nashram - Part 1 Reviewed by Nick Nashram on 11:01:00 Rating: 5

24 comments:

  1. sonoknye mereka = pengomenye semua cantik22222 -tahniah

    ReplyDelete
  2. Aku tak tegar ke? haha...

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnye , nak jugakk . huhu done folow you , hit me back !

    ReplyDelete
  4. @Fendy
    segmen blogger tegar part 2 ade lagi :)

    ReplyDelete
  5. erkkk.... hihihii malu + segan + perasan (dalam hati syok gila wakakakakak)
    muahahahah makasih la cegu nick hihihi.. mcm taw2 plak den ni ramah :P

    ReplyDelete
  6. eh terselit jugak..aww
    tenkiu..terharu ni. btw tenkiu jadi loyal reader blog sy juga :)
    keep it up ok

    ReplyDelete
  7. wah..bestnye ader pengomen tegar nih....:))

    ReplyDelete
  8. taniah kepada pemenag yg x berjaya sila cuba lagi ehh heheh
    *fifie kan da ade org publish pasal awk..cuke laa tu hihi ;p
    and 2 u nick..ur such a good person and the most thing u taw menghargai orang..!

    ReplyDelete
  9. camner ngan pengomen tak berape nak tegar ni, boleh tak direview hihihi.. :P

    ReplyDelete
  10. thumb up mr nick. mekasih gila2 ar puji blog leeza mgkin boleh menaikkan motivasi. sy sgt menghargainya... terima kasih....

    ReplyDelete
  11. ooo...ada part 2 pulak...tahniah pada mereka yg terpilih di atas tu..nanti KY terjah satu2

    ReplyDelete
  12. wah2....ni tukang komen tegar..dorang ni memang ohsem...dah kenal dengan fifie dan everything2... ^_^

    ReplyDelete
  13. Aummmmm~ Fie tersenarai. heee. TQ bro nick. Will keep supporting you, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  14. best kn bila blog kita ad pengomen mrangkap pmbaca blog :)

    ReplyDelete
  15. Salam bicara pembuka kata
    Terasa malu di hati ini
    Tiada ucapan dapat ku kata
    Syukur alhamdulillah bisik dihati

    Aku bukan orang popular
    Sekadar insan di alam maya
    Menumpang nama di blog popular
    Terima kasih dari tirana aduka

    Kalau bukan dikalangan blogger
    Siapa lagi yang nak bantu
    Baru lagi di alam blogger
    Tirana aduka berasa malu..

    Serba sedikit info diriku
    Maaf di pinta andai terasa
    Aku menulis tentang diriku
    Bukan membuka pekong di dada

    Bro NickNashram berhati mulia
    Bukan mengampu bukan memuja
    Tiada bayaran yg dipinta
    Untuk rebiu blog kita semua

    Dalam sejuta hanya satu
    Komenku ini berbentuk pantun
    Kalau jumpa bagilah tahu
    Bolehlah kami sama berpantum

    Terima kasih saudara nick nashram

    ReplyDelete
  16. Wahhh termasuk juga dlm pengomen tegar ;D
    thanks2 ^^
    nnti nk terjah lah yg lain2 tu..
    rasanya knal fifie & spudin je ;D

    ReplyDelete
  17. wahh nak jugak masuk post cam gini! hehe

    ReplyDelete
  18. PENALTI : SISTEM UNDIAN – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    Anda dikehendaki memilih salah seorang dari peserta tersebut untuk disingkirkan dari game ini.
    1. Khairul Akmal
    2. Emma
    Mereka adalah blogger paling kurang aktif pada minggu ini. Sila umumkan keputusan anda dalam kotak komen entri ini :

    http://awieomar.blogspot.com/2012/03/next-top-blogger-1-episod-13.html

    (ini kerana keputusan anda perlu dirahsiakan buat masa ini), Sekian terima kasih.
    Umumkan keputusan sebelum Ahad 7/10/2012 jam 8pagi.

    ReplyDelete
  19. sungguh tegar kau encik segalanya :)

    ReplyDelete
  20. untunglahhh ade pengomen tegar :)

    ReplyDelete
  21. bro leh la letak photo tirana aduka..dan pembetulan pr blog saya pr1.. Maaf bro.

    ReplyDelete
  22. bru persan entry ni..haha...time bz melanda :p

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.