8 Cara Nak Usha Dia Jadi Kekasih Anda

Sebelum ne aku ada buat entry 8 Cara Nak Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal .Yang ne entry baru pulak. Korang baca la ye.


8 Cara Nak Usha Dia Jadi Kekasih Anda

1. Kalau anda ternampak si dia tengah berjalan sorang-sorang, buat muka orang cemas. Kalau dia tanya "Awak pehal ne?" Cakap la dekat dia "Ada emergency..kucing kat rumah nak beranak tapi bateri tepon habis". Pura-pura pinjam tepon dia kejap pastu miscall kat tepon anda. Dapatlah nom tepon dia.

2. Mesti korang biasa cakap macam ne "Eh, aku suka la dekat dia tu, tapi segan la nak bagitahu". Kalau macam tu, sila guna orang tengah ye. Suruh kawan anda yang kenal dengan dia usha nom tepon tu dulu. Mula la bermesej dengan tanya khabar. Jangan straight to the point terus. Take time,nanti tak pasal-pasal sakit jantung dia dengar.

3. Kalau si dia tu lelaki, cuba berlakon seolah-olah anda kena ganggu dengan budak-budak jahat. Pakat dulu dengan kawan-kawan lelaki anda suruh jadi geng-geng jahat. Bila dia dah dekat, cuba jerit "Tolong saya" kuat-kuat. Kalau boleh buat pengsan sampai dia datang baru anda bangun.

4. Buat-buat ada kerja untuk bercakap dengan dia. Walaupun benda tu..alllaaaaaaaaa orang kata "small matter".tapi sekurang-kurangnya anda dah wujudkan peluang untuk mendekati dia. Bagi salam dulu..pastu kalau dia jawab salam, senyum la sikit. Tu petanda anda boleh usha dia. Tapi jangan excited sangat sampai terlompat-lompat.  

5. Kalau anda berada kat libarary, buat-buat la ayat macam "Awak,nak mintak tolong sikit..buku ne ada dekat rak mana ye?". Mintak tolong dia carikan buku tersebut untuk anda. Kalau boleh, sembunyi buku tu terlebih dahulu. Lama sikit masa anda bersama dengan dia. Ha, time ne la anda dia tahu pasal dia. Tanya la ambil kos apa, tahun berapa dah..

6. Kalau si dia tu perempuan, hantar la bunga setiap hari. Letak sekali note kat situ dan tulis  "Peminat misteri". Kalau anda buat macam tu selama 2 minggu mesti dia tertanya-tanya siapalah penghantar ne. Time ne la anda boleh tulis nom tepon sekali. Jangan hantar bunga yang diambil kat belakang rumah jiran sudah la. Nanti kantoi.

7. Kalau anda selalu ke kolej atau ke tempat kerja dengan kereta, cuba ajak sekali dia tumpang kereta anda. Sekali dua memang dia akan tolak. Tapi bila dah berkali-kali ajak mesti dia tumpang jugak. Masa dalam kereta tu boleh la berbual. Pastikan kereta anda bersih ye. Kalau tak sekali naik pastu tak nak dah.

8. Bila nampak dia online dekat Facebook atau Skype, tegur je la. Jangan la mula-mula nak kenal tu dah tulis "Eh, saya suka kat awak lah..jom kapel". Tak pasal-pasal anda kena remove terus. Kalau add dia balik konpem tak approve. Kena la slow-slow dulu. Tak kenal maka tak cinta kata orang.

Pastikan status si dia tu masih single dan available ye :)


8 Cara Nak Usha Dia Jadi Kekasih Anda 8 Cara Nak Usha Dia Jadi Kekasih Anda Reviewed by Nick Nashram on 21:59:00 Rating: 5

6 comments:

  1. owwhh.. hebad la entry nie ;) hana suke.. kalo yg bekas pulak cm ne?

    ReplyDelete
  2. hana : kalo untuk bekas ada kat atas tu.klik je entry yg di highlight tu :)

    ReplyDelete
  3. Kalau orang yg kita minat tu mamat surau? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penah wehh aku guna orang tengah nak approach mamat surau, last2 kena reject ..huhuhu

      Delete
  4. pernah try ke wt cmni..?heehe

    ReplyDelete
  5. klau nk tau ssorng tu ska kn kita nk buat mcm mne plk.......

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.