Sunday, 17 June 2012

8 Cara Nak Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal


1. Untuk menyakitkan hati bila bf atau gf anda minta break, anda cakap kat dia camne  "Dah lama saya tunggu peluang ne. Terima kasih banyak-banyak la memudahkan kerja saya." Lepas tu lompat-lompat la sikit nak tunjuk anda gembira (padahal dalam hati sedih giler)

2. Pulangkan semua gambar-gambar ex anda. Letak gambar tu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Pastu buat short note kat situ "p/s :Awak yang mana satu eh ? sorry la,saya dah lupa. Pilih la sendiri pastu hantar balik kat saya."

3. Bila nampak ex anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki lain, sapa lah mereka dan cakap "Eh,awak bukan bf/gf aku nombor 5 ke? lama tak jumpa!". Kalau nak buat dia bengang lagi, cari sorang budak yang nampak rock pastu tegur diorang "Jah, adik kau mintak duit nak makan kat aku. Kau tak kesian ke kat dia?".

4. Cubalah bergaya sikit. Kalau dulu masa couple anda pakai selekeh je. Pakai la pakaian kemas nak bagi nampak anda berpelajaran. Baju RM 10 pun kalau anda pandai menggayakannya boleh nampak kacak jugak. Mesti dia menyesal meninggalkan anda.

5. Bila nampak dia online kt FB , Twitter terus post status atau gambar-gambar saat anda bahagia bersama kawan-kawan. Untuk menunjukkan anda boleh hidup bahagia tanpa dia.Kalau la dia dah remove anda, cuba tag gambar anda tengah bahagia tu kat kawan-kawan dia. Mungkin dia akan tengok.

6. Biasanya, selepas clash ex anda akan cuba anggap anda sebagai kawan la konon. Cakap je dekat dia "Saya dah ada sejuta kawan,tak ada awak lebih bahagia hidup saya." Mesti dia bengang.

7. Kalau anda masih belajar lagi, masa ne la nak tunjuk tanpa dia pun anda boleh berjaya. Belajar sunguh-sungguh. Dapat kerja beli keta Ferrari. Pastu lalu tepi dia cakap "Lama tak jumpa awak. Eh, nak pegi mana ne, boleh saya tumpangkan."

8. Anda cari je orang lain yang lebih baik,hensem,cantik,romantik daripada ex bf/gf anda. Kalau dia ternampak saat anda bahagia mesti dia jealous. Padan muka sebab dulu tak appreciate. Dushh!

Apa pun, ne je yang aku nak cakap.Our eyes are placed in front because it is more important to look ahead than to look back. Yang lepas lupakan je. Mulakan hidup yang baru. 

Sambungan : 8 Cara Nak Usha Dia Jadi Kekasih Anda



19 Orang Puji Entri Ini:

pergh nice entri.....minx share..:)

done following u too :)
maseh bebanyak :)

hahaha..like!
sy follow blog ni :D

wah...agak2 kalu buat mcm tu ade unsur jenayah x?hahaha

hahaha padan muka!!!!!!!!

terbaek la cra yg 1st tue.. haha

eh..eh.. macam dah berpengalaman ja ;D

kalau lah senang nk melupakan segala memori tu~

"Our eyes are placed in front because it is more important to look ahead than to look back." 100% agree..

kejam haha.. konfem bekas kekasih jadi gila lau buat camni .. haha

ni pengalaman sendiri ke apa? hehe, nice one. ^^, pernah buat no 5 tu. no 3 nak cuba la pasni.

boleh share x?... nak kasi sama kawan tgah prust menongeng... :)

Mintak shared :) Tengah frust ni.

mantap...guide line...bleh stanby nie..

no 2 & no 6 tu yg sangat makan dalam
.. hahahah

Haha, masa break dan membreak kan dulu, tak pernah lak akak terfikir buat idea2 brilliant camni. Bagusla tips ni... Akak nak share dlm blog akak bleh tak? Suka lah dgn entri camni

hahaha...bgus tips nie..konfirm dalam hati bekas pkwe/mkwe membara je..haha

Hidup saya kembali ! Selepas 8 tahun berkahwin, suami saya meninggalkan saya dan meninggalkan saya dengan tiga anak-anak kita . Saya merasakan seperti hidup saya adalah kira-kira untuk menamatkan , dan telah jatuh selain. Saya dihubungi Dr OKORO LOVE Eja dan selepas saya menjelaskan masalah saya, Dalam masa 3 hari suami saya datang kembali kepada kami dan tunjukkan kepada saya dan anak-anak cinta saya banyak dan memohon maaf untuk semua kesakitan dia telah membawa kepada keluarga. Kami diselesaikan isu-isu kami, dan kami lebih bahagia lebih berbanding sebelum ini Dr OKORO anda adalah ejaan kastor terbaik. Saya benar-benar menghargai ejaan cinta anda dibuang untuk saya untuk mendapatkan lelaki itu kembali ke hidup saya saya akan menyimpan berkongsi lebih testimoni kepada orang ramai mengenai kerja baik anda. Terima kasih sekali lagi Dr OKORO . Anda juga boleh menghubungi Dr OKORO melalui alamat e-mel: dr.okorospelltemple01@gmail.com sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah anda boleh menghubungi orang ini untuk membantu beliau sentiasa ada di kuil untuk membantu anda menyelesaikan masalah anda Hubungi E-mel ialah: dr . okorospelltemple01@gmail.com HUBUNGI HIM TODAY VIA INI ALAMAT EMAIL : dr.okorospelltemple01@gmail.com SEBAGAI KUASA NYA ADALAH YANG TEGUH DAN SANGAT BERKESAN DAN TIDAK MEMPUNYAI kESAN BAD sebaliknya ia MEMPUNYAI KEPUTUSAN SANGAT BAIK SELEPAS Pemilihan Pelakon Eja .

NOMBOR Dr OKORO : +2348053209149
Hubungi Dr OKORO Via email: dr.okorospelltemple01@gmail.com

Post a Comment

Setiap komen anda amat dihargai : )