Hadiah Untuk Lelaki Dengan Romano Perfume Yang Wangi

Hadiah Untuk Lelaki Dengan Romano Perfume Yang Wangi l Birthday si dia dah makin dekat..tak kisah la si dia tu boyfriend, tunang atau suami, korang dah fikir ke apa hadiah yang nak diberikan pada mereka?  Perlu ingat, sesetengah lelaki ni susah sikit nak terima hadiah diberikan. Kadang-kadang hadiah yang diberikan tak menepati taste diorang. Kalau jenis yang tak kisah, jenis yang terima apa je hadiah yang korang bagi, tak ada masalah.

Perfume Romano ni baunya sangatlah best..ala-ala bau Polo gitu.

Untuk ringan beban kepala korang nak fikir hadiah apa nak bagi untuk lelaki, aku cadangkan korang bagi je hadiah perfume. Berbanding perempuan, lelaki dalam setahun boleh kira berapa banyak botol minyak wangi yang dia ada dan guna. Aku cakap ni hasil dari pengalaman aku sendiri jugak..hehe. So, bila ada orang bagi minyak wangi, terasa happy sangat-sangat. Brand murah atau brand mahal tak kisah, asalkan baunya tu wangi.

ROMANO PERFUME : WANGIAN UNTUK LELAKI

Kebetulan pulak aku pakai Romano Perfume. Baunya wangi dan menyegarkan. Masuk je ke tempat kerja, semua orang cakap perfume yang aku pakai ni baunya nice. Bau ala-ala haruman lelaki maskulin gitu. Yang penting, wangian daripada Romano Perfume mampu bertahan kesegarannya sampai ke petang. Yalah, pagi masuk kerja sembur dulu perfume, balik  kerja wangian tu masih lagi melekat pada baju. Jangan terkejut pulak walaupun tahap kewangiannya tinggi, tapi harganya rendah je, bawah RM50, harga mampu milik.

Jika korang bakal berkahwin, korang boleh gunakan perfume ni sebagai salah satu hantaran untuk lelaki. Tak perlulah beli yang mahal-mahal,lepas kahwin banyak nak guna duit..berjimat cermatlah ye. So, perfume brand Romano ni patut jadi pilihan korang tau untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang. Baunya sangat best..tak percaya korang bau la sendiri.

                                   WANGIAN ROMANO UNIQUE ATAU ROMANO FORCE?

Romano Perfume ni ada ditawarkan dalam 2 jenis iaitu Romano Unique dan Romano Force.

Yang ni Romano Unique..baunya wangi mengoda :)

Romano Unique ini khas untuk lelaki yang berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Wangian kesegeran terhasil daripada adunan Lavender dan Bergamot serta disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Patutlah bila pakai Romano Unique ni, aura aku sebagai cikgu ketika mengajar dalam kelas lebih terserlah..budak-budak khusyuk je dengar..hehe

Yang ni pulak Romano Force..best jugak baunya..korang kena pilih kedua-duanya sekali!

Romano Force menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.

Dua wangian ni dah ada dalam koleksi perfume aku. Korang bila lagi? Harganya murah je...dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.
Hadiah Untuk Lelaki Dengan Romano Perfume Yang Wangi Hadiah Untuk Lelaki Dengan Romano Perfume Yang Wangi Reviewed by Nick Nashram on 21:52:00 Rating: 5

7 comments:

  1. ada la sekali pakai Romano nih. hihi.tapi yang botol merah kot lau tak silap.

    ReplyDelete
  2. Wah tenkiu la cadangan, boleh la alang2 tengah pening nak cari hadiah pun untuk 11 Feb ni, hahahaha, mesti force la sesuai utk soldier ni.

    ReplyDelete
  3. mmg ssah nak cr hadiah utk lelaki...boleh cuba nnti....

    ReplyDelete
  4. BESTNYA KALAU DPT HADIAH PERFUME BERHARGA NI

    ReplyDelete
  5. hi, saya datang singgah sini :)

    ReplyDelete
  6. klu nak bg adiah kat lelaki selalu macam tade idea..tapi ni macam sesuai sangat as a adiah..thumbs up!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.