Cara Nak Kesan Kamera CCTV Tersembunyi Di Dalam Bilik Hotel

Cara Nak Kesan Kamera CCTV Tersembunyi Di Dalam Bilik Hotel l Musim cuti sekolah nanti ramai yang rancang nak kahwin. Bagi yang dah berkeluarga, cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk bawak anak-anak pergi bercuti. Dan biasanya, tempat penginapan yang selalu menjadi pilihan untuk bermalam ialah hotel, resort, homestay atau rumah tumpangan. Sekarang ni muncul taktik kotor dan jahat oleh sindiket yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang sedang bercuti atau berhoneymoon dengan meletakkan kamera CCTV tersembunyi untuk merakam gambar mangsa. 

Sebenarnya, kamera CCTV ni berfungsi untuk memantau sebarang perkara yang tidak bagus dan mencegah jenayah tapi telah disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab dengan membuat kerja yang tak sepatutnya. 

Elakkan diri anda menjadi mangsa rakaman camera CCTV ni

DI MANA KAMERA CCTV INI DILETAKKAN?

Jika anda menginap, sama ada hotel, resort dan sebagainya, kamera CCTV tersembunyi atau spy cam ni biasanya diletakkan di dalam tandas, bilik persalinan perempuan,di bilik tidur, di ruang tamu atau dimana-mana tempat yang dikehendaki oleh sindiket tersebut. Rakam gambar mangsa dan peras ugut untuk sebarkan gambar atau video tersebut jika permintaan tidak ditunaikan. Jahat giler perangai! Dapat tangkap orang macam ni, pukul dulu baru serah pada polis.

CARA NAK KESAN KAMERA CCTV TERSEMBUNYI MELALUI CAMERA PHONE

Kepada yang nak berhoneymoon, berhati-hati la ye..kemungkinan gerak geri anda sedang diperhatikan dan dirakam. So, bagaimana nak pastikan ada kamera CCTV tersembunyi dalam bilik hotel/homestay?

Semasa menginap di hotel/homestay, anda boleh gunakan camera handphone untuk memastikan tiada kamera CCTV tersembunyi dalam bilik tempat anda menginap. Langkah-langkah untuk mengesan kamera CCTV tersembunyi seperti di bawah :
  1. Setelah memasuki bilik, padam semua lampu,tutup tingkap dan langsir.
  2. Pastikan bilik dalam keadaan segelap yang boleh.
  3. ON kan camera phone anda tetapi jangan ON flash camera.
  4. Pusing sekitar bilik anda dengan phone di tangan.
  5. Sekiranya anda menjumpai DOT/TITIK MERAH kelihatan dalam skrin kamera anda,itu bermakna ada kamera tersembunyi dipasang dalam bilik tersebut.
  6. Pastikan ianya betul-betul kamera dan buat laporan polis.

CARA NAK KESAN KAMERA CCTV TERSEMBUNYI MELALUI BLUETOOTH

Kalau kamera CCTV tu yang jenis manual, dah tentu kita boleh nampak wayar-wayar berselerak tu. Tapi, kalau kamera yang jenis tanpa wayar (wireless), susah nak kesan dengan mata kasar. So, anda boleh cuba langkah-langkah yang dicadangkan di bawah 
  1. Sebelum masuk tandas atau bilik persalinan, sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth.
  2. Turn ON bluetooth dan 'search device' yang ada. Jika anda tidak faham bagaimana nak cari 'device', anda cuba 'send' gambar atau 'lagu' kepada kawan anda. Kemudian kemudian tekan via bluetooth dan anda boleh nampak 'device' yang ada di dalam bilik itu. 
  3. Jika anda jumpa 'device' yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang anda rasa sangat pelik bunyinya, sebaik-baiknya batalkan hajat anda untuk salin pakaian kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV. 
Jika cuba pakaian di dalam fitting room, periksa dulu untuk pastikan tiada kamera cctv

CARA NAK KESAN KAMERA CCTV TERSEMBUNYI DENGAN MATA KASAR

Sebenarnya, kamera tersembunyi atau spy cam ni boleh juga dikesan melalui mata kasar jika kita peka dengan keadaan bilik. Cara-caranya dengan :
  1. Periksa sekeliling bilik dan perhatikan mana-mana barang yang ada di dalam bilik yang kelihatan curiga seperti susunan bunga dalam pasu, gambar yang tergantung di dinding dan sebagainya. Periksa sekali smoke detector atau speaker, manalah tahu ada kamera tersembunyi dipasang di dalamnya.
  2. Periksa juga wayar yang mencurigakan.
  3. Dengar dengan teliti dan pastikan keadaan bilik tu sunyi. Biasanya kamera tersembunyi ni akan mengeluarkan bunyi click atau buzz bila beroperasi. 
  4. Tutup lampu dan perhatikan jika ada lampu kecil yang berwarna merah atau hijau.
  5. Guna handphone dan cuba telefon seseorang. Jika ada bunyi yang menganggu panggilan tesebut, maknanya panggilan tersebut diganggu oleh electromagnetic field dari alatan lain seperti kamera. 
Cara Nak Kesan Kamera CCTV Tersembunyi Di Dalam Bilik Hotel Cara Nak Kesan Kamera CCTV Tersembunyi Di Dalam Bilik Hotel Reviewed by Nick Nashram on 15:03:00 Rating: 5

7 comments:

  1. nice tips ni, takutnye lah zaman skrg ni, awatlah ramai sgt org jahat..

    ReplyDelete
  2. bahaya betul..bagus mcm ni..boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Mesti ambil tahu ni..tksh infonya

    ReplyDelete
  4. Ya Allah knpa la wujud mnausia macam ni kat dunia ni.. Nice info.. lepas ni kena cuba ni

    ReplyDelete
  5. terfikir jugak tiap kali check in kat hotel
    tp tak de pulak nak buat spot check, huhu

    ReplyDelete
  6. takde keje lain ke dorang ni yer :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.