Berro Pomade, Khas Untuk Lelaki Yang Nak Rambut Kemas Dan Bergaya

Berro Pomade, Khas Untuk Lelaki Yang Nak Rambut Kemas Dan Bergaya l Aset utama bagi lelaki ialah rambut. Kalau rambut nampak kemas dan bergaya, konpem terus nampak kacak. Sekarang ni, macam-macam gaya rambut boleh buat. Bukan apa, kalau sepanjang tahun satu je gaya fesyen rambut tu nampak bosan jugak kan? Cuma masalah bagi kebanyakkan lelaki ni susah untuk gayakan rambut seperti yang dikehendaki. Bayangkan rambut dengan pakai gel..tak sampai tengahari, rambut tu dah jatuh dan nampak berserabut. Dituip angin rambut jadi serabai, kemudian berkelemumur lepas tu keras macam plastik.

Masalah macam ni aku sendiri dah rasa. Bukan mudah nak kekalkan gaya rambut yang kita nak tu dalam masa satu hari. Leceh la nak kena pergi tandas selalu semata-mata nak betulkan rambut yang tak terurus tu. Tapi korang jangan risau, kalau sebelum ni guna gel atau minyak rambut untuk rapikan rambut, rasanya segala jenis produk gel tu dah boleh letak tepi. Jadi sekarang ni, korang wajib cuba Berro Pomade, memang berbeza dengan minyak rambut yang ada jual dekat mana-mana pasaraya tu. Yang powernya Berro Pomade ni lepas pakai helmet pun boleh sikat balik. Rambut kerinting pun boleh sikat jadi lurus. Power tak?

Lelaki nak jadi kacak bukan susah pun..beli dan pakai je Berro Pomade ni.

APA YANG ISTIMEWANYA TENTANG BERRO POMADE?

Korang tahu tak, 60% lelaki mengalami masalah nampak selekeh. Selalunya punca tu disebabkan oleh rambut mereka tak rapi dan berkerinting. Mesti penatkan setiap kali masuk ke tempat kerja, mesti kena pergi tandas nak sikat rambut dulu. Jadi, untuk atasi masalah ini, banyak lelaki di Malaysia ni, termasuklah aku sendiri dah beralih untuk cuba Berro Pomade yang murah dan berkualiti ni.

Diorang dah guna Berro Pomade..korang bila lagi? Kemas je tengok rambut tu.

Kelebihan Berro Pomade :
  • STRONG HOLD :100% yakin rambut boleh lurus dan senang dibentuk serta mampu bertahan selama 36 jam. Jadi tak perlulah 10 minit sekali nak kena pergi tandas sebab nak betulkan rambut. Rambut jadi lebih kilat sepanjang hari!

  • WATER BASED : Sesetengah gel rambut, bila nmandi susah untuk tanggal dari rambut. Tapi dengan pomade ni, basahkan je rambut terus clear. Tak perlu guna syampu.

  • DIIKTIRAF KKM : Yang lebih utama, pomade ni selamat dan halal untuk digunakan. Sesetengah pomade di Malaysia ada yang tak diiktiraf oleh KKM. Risiko dan berbahaya kalau kita guna produk yang tak ada kelulusan.  Tapi produk Berro Pomade ni lulus KKM dengan No: NOT160502000K. 

  • BUATAN MALAYSIA : Merupakan pomade terbaik buatan anak tempatan Malaysia!

  • BAU WANGIBau wangi lembut macam lepas mandi. Dan bau wangi ni mampu bertahan untuk satu tempoh yang lama. Awek pun boleh tergoda tau bila terhidu bau wangi dari pomade ni.

JENIS-JENIS BERRO POMADE

Berro Pomade ni ada disediakan dalam dua jenis iaitu Berro Pomade Strong Hold dan Berro Pomade Extra Shine. Aku pilih pomade jenis Strong Hold sebab rambut aku ni jenis lurus, so nak jadikannya pacak, kena guna pomade jenis ni. Dua tiga kali sapu kat rambut, terus jadi pacak. Mudah je, sapu macam tu je dan tak perlu sikat. Jadi, terpulanglah pada korang nak pilih pomade yang mana, ikut kesesuaian rambut dan cita rasa masing-masing.

Jenis-jenis pomade yang dijual..boleh pilih sama ada nak extra shine atau strong hold

Berro Pomade Extra Shine 
- Medium hold.
- Sesuai untuk rambut normal dan rambut panjang.
- Apple fruity scent.
- Waterbased.

Berro Pomade Strong Hold 
- Medium shine.
- Sesuai untuk rambut yang kerinting dan rambut normal.
- Wild berries scent.
- Waterbased.

CARA PENGGUNAAN BERRO POMADE

- Calit dan ratakan pada tangan.
- Pastikan rambut dalam keadaan lembap (pastikan rambut tak basah ye)
- Usap pada rambut dan ratakan.
- Sisir rambut kebelakangan dan sisir pula kebahagian sisi.
- Untuk hasil lebih baik, gunakan lebih dari satu calit dan guna sikat yang sesuai.

BERAPA HARGA BERRO POMADE?

Untuk pembelian, korang boleh beli pomade ini secara berasingan (pilih yang mana suka) atau secara combo. Harga bagi setiap jenis pomade juga telah disediakan sebagai rujukan. Gerenti, sekali korang beli pomade ni, berkali-kali korang rasa nak order lagi. Baunya memang mengoda tau..hehe. Mana tahu ada awek tersangkut hati dekat korang bila pakai pomade ni.

Harga pomade memang murah dan sangat berkualiti..rugi kalau korang tak beli!

Berro Pomade Strong Hold  (100gram)
HARGA PROMO HANYA RM35 SAHAJA!

Berro Pomade Strong Hold  (50gram)
HARGA PROMO HANYA RM20 SAHAJA!

Berro Pomade Extra Shine (100gram)
HARGA PROMO HANYA RM35 SAHAJA!

Berro Pomade Extra Shine (50gram)
HARGA PROMO HANYA RM20 SAHAJA!

Comb
RM7 SAHAJA

Harga diatas tidak termasuk dengan postage. Postage ke semenanjung RM7 dan postage ke sabah sarawak RM10.

Tunggu!! 

Bukan itu je yang ditawarkan untuk korang. Kalau korang beli pomade ni SECARA COMBO, korang akan dapat secara percuma : 
  • Barber Comb untuk setiap pembelian COMBO!
  • Merchant sticker bagi setiap unit!

Beli secara combo lebih jimat dan menguntungkan tau. Tapi serius aku cakap, sikat pomade ni memang terbaik. Special made untuk customer pomade ni. 

CARA NAK DAPATKAN BERRO POMADE

Berro Pomade ni bukan hanya untuk kegunaan diri sendiri je, boleh jugak dijadikan sebagai hadiah. Bagi perempuan, boleh beli pomade ni untuk diberikan kepada teman lelaki/tunang/suami sebagai hadiah sempena hari jadi atau anniversary. Konpem lelaki tak tolak kecuali dia botak je..hehe. Berro Pomade ni pun boleh dijadikan sebagai hadiah hantaran tau.

Untuk dapatkan Berro Pomade, boleh :

  • call/sms/whatsapp 014 2485 938
Untuk info dan maklumat lanjut boleh layari :

Tunggu apa lagi? Dapatkan Berro Pomade yang selamat dengan harga bajet ni sekarang!

Berro Pomade, Khas Untuk Lelaki Yang Nak Rambut Kemas Dan Bergaya Berro Pomade, Khas Untuk Lelaki Yang Nak Rambut Kemas Dan Bergaya Reviewed by Nick Nashram on 18:55:00 Rating: 5

4 comments:

  1. WAH PASTI KACAK TAMPILANNYA DGN RAMBUT KEMAS DISAPU BERRO POMADE

    ReplyDelete
  2. Ada memakai tetapi..umur saya dah tak berapa sesuai, sya kembali kepada asal brand ..

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba pomade. semoga ada orang yang nak spons . hahaha

    ReplyDelete
  4. hi, saya datang follow sini :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.