Untuk Para Isteri : Jangan Mudah Tuduh Suami Curang Dan Minta Cerai

Untuk Para Isteri : Jangan Mudah Tuduh Suami Curang Dan Minta CeraiKisah suami isteri ini diambil dari Facebook. Semoga mereka yang membaca kisah ini dapat ambil iktibar. Semoga ianya bermanafaat untuk semua.

Tiba-tiba pintu diketuk.
"Siapa tu? 
"Abang lah, sayang..
"Lewatnya abang balik..
"Abang keja banyak...tak sempat siang, kena sambung malam..
"Ooooh..
Esoknya...hal yang sama, isteri jadi pelik..
"Ish! banyaknya keja abang. Hari-hari macam ni. Dah 2 hari, sayang berbuka dengan anak-anak.
Suami senyum. Cium pipi isteri yang mula mencuka..
"Sabar ye, sayang..
Lusa...suaminya pulang pada jam yang sama (12 pm).
Kali ni marah isteri telah menggelegak..
"Abang!!! 
"Iye, sayang..
"Abang curang belakang saya eh? Abang jangan tipu sayang.. 
"Astaghfirullah"
"Baik abang cakap...saya tak nak ditipu tiap-tiap malam oleh abang.. 
"Terserahlah apa yang sayang nak tuduh abang. Yang penting, abang sayang sangat kat sayang.. 
Malam tu, suami tidur di ruang tamu sebab isteri telah kunci pintu bilik.. 
Paginya..
Waktu sahur..jam 4 am.
"Abang..nak sahur tak?
Kasar je isteri kejut sahur. Tidak seperti malam-malam yang sebelum ini. Tapi suaminya tak bergerak..
Isteri mula suspen apabila tersentuh tangan suami yang sejuk kaku..
"Abang!! Jangan main-main dengan sayang.. 
Tiba-tiba terdengar raungan memenuhi ruang..
Suaminya telah menemui Tuhan..
Lebih parah lagi, bila malamnya isteri dikunjungi oleh teman rapat suami.
"Maaf..arwah minta saya rahsiakn. 3 bulan lepas, dia disahkan tumor. Mulai hari itu dia pulun kumpul duit. Target RM50k untuk isteri dan anak-anak. Katanya dia tiada harta lain. Dia minta bantuan saya buka gerai jualan sejak awal Ramadhan. Tapi 2-3 hari ni dia terpaksa kerja lebih sebab katanya masa makin suntuk. Saya tak sangka dia pergi lebih awal. Alhamdulillah, targetnya tercapai. Hasil jualan gerai setakat semalam berjumlah RM10k termasuk duit saving yang dia amanah untuk saya simpan. Arwah macam tahu-tahu jer dia boleh meninggal tiba-tiba. Katanya, dia nak habis nyawa atas riba dan dalam pelukan isteri yang sangat dicintainya. Sebab itu, jam 12 dia akan balik walau gerai masih ramai pengunjung. Ini duitnya, kak RM50k. Peninggalan arwah... " 
Raungan isteri makin kuat!
"Abaaaaaaaag!!!
"Ampunkan sayang...!!

Pengajaran daripada kisah ini


Sebagai isteri, jangan mudah tuduh suami curang, suami ada perempuan lain, suami dah tak sayang isteri dan macam-macam lagi tuduhan yang tak berasas, jika suami sibuk cari nafkah yang halal, balik kerja lewat, tak selalu berhubung dan sebagainya. Melainkan nampak dengan mata sendiri yang suami berkepit dengan perempuan lain atau suami kantoi dengan isteri simpan perempuan lain, yang jenis macam ni tuduh la seberat-beratnya sebab bukti yang sahih dah ada di depan mata. 

Sebagai isteri, jangan tambah api kemarahan ketika suami tengah marah dengan menjawab kata-kata suami. Apatah lagi jika kata-kata tersebut dilemparkan dengan kasar. Lebih baik berdiam diri. Tutur kata tu perlu dijaga. Ketika bergaduh, jangan suka mengungkit dan memaksa lelaki. Perkara seperti inilah lelaki paling tak suka. Ego lelaki memang tinggi ketika marah. Disaat-saat inilah, jika suami hilang sabar, lafaz talak akan terkeluar dari mulutnya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

Seorang isteri, diwajibkan untuk menghormati suami, walau dalam apa juga situasi selagi tidak menyalahi hukum syarak. Bukan tidak boleh mempertahankan hak sendiri tetapi hormat tetap perlu ada. Bila hormat tetap ada, isteri akan berusaha mengelakkan diri daripada meninggikan suara kepada suami, memaki hamun suami, mencaci itu ini ataupun memperlekehkan suami. Walau isteri lebih kaya, lebih rupa, lebih tinggi pendidikannya, isteri tetap wajib hormat pada suami. Walau suami seorang yang tidak berdaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami atau sengaja mengabaikan tanggungjawabnya, isteri juga tetap wajib hormat pada suami.

Sebagai isteri, jangan mudah minta cerai bila bergaduh. Sebab itu, hak talak tak diberikan kepada kaum wanita. Memang diakui, dalam banyak hal, isteri mudah curiga terhadap suami. Bila suami nampak berbeza dari fasa awal perkahwinan ke fasa yang sekarang ini, janganlah cepat melatah dengan membuat tuduhan seperti di atas. Untuk pengetahuan kaum wanita, kebanyakkan lelaki (termasuklah aku) suka pendam dari bercerita, lebih banyak mendengar dari meluah, lebih kepada tindakan daripada percakapan. Tak cakap "I love you", " I miss you" tiap-tiap hari tak  semestinya dia tak sayang. Pokok pangkalnya simpan sayang tu dalam hati.

Kepada isteri-isteri atau bakal bergelar isteri diluar sana, hargailah suami anda. Ingat, syurga anda di telapak kakinya. Redha Allah kepada isteri hanya setelah suami redha kepada isteri.

Untuk Para Isteri : Jangan Mudah Tuduh Suami Curang Dan Minta Cerai Untuk Para Isteri : Jangan Mudah Tuduh Suami Curang Dan Minta Cerai Reviewed by Nick Nashram on 22:01:00 Rating: 5

2 comments:

  1. SEDIH KISAHNYA MOGA DIJADIKAN TELADAN

    ReplyDelete
  2. sedih abam kie baca citer ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.