18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 1)

Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan l Biasanya cuti sekolah dan selepas raya antara tarikh yang dipilih oleh bakal pengantin untuk melangsungkan perkahwinan. Tapi persediaan tu kena siapkan awal. Biasanya persediaan untuk kahwin ni seelok-eloknya dari 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan sehingga sehari sebelum majlis perkahwinan. Persediaan awal nanti takde lah kelam kabut jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Checklist berikut mungkin berguna dan sedikit sebanyak dapat membantu bakal pengantin dalam persedian majlis perkahwinan.

18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 1)

Sumber info dan gambar : Fuyyoo Pictures

1. Daftar kursus kahwin. Kursus ini lebih dikenali sebagai Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dihadiri oleh bakal pengantin. Perkara pertama yang perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.


2. Tetapkan tarikh (nikah dan sanding). Perkara ini amat penting. Bincang dengan kedua-dua belah pihak. Pengantin pula perlu mengambil cuti kerja (bagi mereka yang bekerja) kerana terdapat kenduri untuk dua belah pihak.


3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan. Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain.


4. Tentukan tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu, zaman sekarang tema perkahwinan banyak diserahkan kepada pasangan pengantin untuk memilih warna kegemaran mereka sebagai tema. Walau bagaimana pun, perkara ini masih memerlukan kata sepakat dari ibu bapa pengantin. Benda ni tak wajib. Tak buat pun takpe, takde sape nak marah.


5. Medical check-up (HIV) test . Perkara wajib dibuat. Medical check-up HIV test ini telah dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain. Untuk maklumat lanjut tentang HIV test, boleh baca artikel ini Cara-Cara Nak Buat Ujian Saringan HIV Untuk Bakal Pengantin


6. Beli barangan hantaran. Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barang kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain.

Yang ni tak wajib, tapi kalau nak bagi sebagai hadiah kepada pasangan tak salah kan?


7. Cari/Survey souvenir dan bunga telur. Souvenir untuk tetamu adalah sangat penting. Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda. Buah tangan perlulah yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis anda tidak kira lah tua atau muda.

Yang ni pun tak wajib juga, tapi tak salah kalau nak bagi hadiah kepada tetamu yang hadir.


8. Gubah barang hantaran. Untuk jimat, anda boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran anda. Gunakan barangan yang sedia ada didalam rumah anda untuk menjadikan hantaran anda cantik dan mahal. Sekiranya ibu anda peminat barangan vintage, pinjam sahaja sangkar hiasan yang digantung di luar rumah. Sangkar hiasan tersebut boleh dijadikan tempat letak cincin. Kreatif dan jimat kan?


9. Tempah juru nikah. Tok Kadi atau Juru Nikah zaman sekarang tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan setakat nak menikahkan orang, malah mereka sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Jadi bagi mengambil langkah selamat, tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda telah ditetapkan. Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/tok kadi anda tentang tarikh pernikahan anda. Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi terlupa.

Tunggu sambungan  artikel 18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 2) nanti.
18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 1) 18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 1) Reviewed by Nick Nashram on 14:03:00 Rating: 5

No comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.