Macam Mana Nak Tolong Kucing Ini?

Pagi tadi sebelum nak pergi sekolah, terdengar kucing mengiau tanpa henti. Cuba tengok bawah kereta manalah tahu ada kucing yang nak beranak. Biasanya kucing yang nak beranak ni mengiau tak henti-henti. Tapi clear je aku tengok bawah kereta. Tak ada pun tanda-tanda kucing tengah tidur atau beranak. Bunyi kucing tu senyap sekejap bila aku start enjin kereta. Biarkan enjin kereta panas 2-3 minit barulah aku bukak pintu pagar.

"Meow...meow..meow.."bunyi kucing mengiau tu datang balik. Makin kuat bunyinya. Mungkin sebab bunyi pintu pagar besi dibukak kot. Apalagi, berhenti kereta kejap dan tengok dalam parit depan rumah aku. Rupa-rupanya ada seekor kucing terperangkap dalam saluran parit. Kepala je yang timbul. Kemungkinan kakinya tercedera. Kalau tak dah tentu boleh lompat naik. Nasib baik tak hujan dan air pun cetek je. Sebenarnya kucing ni jauh berada di dalam. Gambar ni aku dah zoom sampai habis. Nak capai dengan tangan tak mampu.

Gambar setelah zoom

Gambar asal

Memang betul-betul kesian aku tengok. Mengiau mintak tolong diselamatkan. Aku nak turun selamatkan kucing tu longkang terlalu sempit. Pastu dah 7.20, lewat dah nak pergi sekolah. Tunggu balik sekolah nanti tengok macam mana. Kalau report dekat bomba, diorang datang tolong tak? Help me please.

Macam Mana Nak Tolong Kucing Ini? Macam Mana Nak Tolong Kucing Ini? Reviewed by Nick Nashram on 13:41:00 Rating: 5

9 comments:

  1. rasanya bomba mmg lebih pakar...kalau tak dapat bantuan bomba, JPAM pun boleh..insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Dalam jugak tuh... tak de lubang yang terdekat ke yang boleh masuk ?Kalau ada senang la sket nak amek huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lubang nak masuk..atas bawah tepi semua simen konkrit.nak capai dengan kayu pun tak sampai..takut kita pulak yang tersempit nanti..huhu

      Delete
  3. BIASANYA BOMBA BOLEH TOLONG KES GINI...KESIAN KUCING TU..

    ReplyDelete
  4. alamak..macama nala ya nak tolong, cuba usahakan ya ..cal jabatan haiwan ke..ada tu cara

    ReplyDelete
  5. Sekarang ap perkembangan kucing ni?

    ReplyDelete
  6. Apa cerita kucing tu sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik je dari sekolah, tengok kucing tu dah tak ada dalam longkang.

      Delete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.