Tok Aman Bali Beach Resort : Singgah Di Sini Jika Bercuti Di Kelantan

Tok Aman Bali Beach Resort : Resort Terbaik Di Kelantan l Bagi mereka yang baru sahaja selesai melangsungkan majlis perkahwinan, lokasi untuk berbulan madu pasti menjadi salah satu daripada agenda yang dirancang. Biasanya kalau sebut je berbulan madu atau honeymoon, mesti ramai yang terbayang suasana pantai atau pulau kan. Nak suasana yang romantik, boleh pilih lokasi gunung atau bukit, maklumlah suasana sejuk..hurmmm.

Tapi apa kata cuba tukar pilihan lokasi berbulan madu tu kepada resort. Tak perlu habiskan duit untuk berbulan madu di luar negara sebab di Malaysia sahaja, ada banyak lokasi yang menarik. Jika anda datang bercuti di Kelantan, jangan lupa singgah di Tok Aman Bali Beach Resort.


TOK AMAN BALI BEACH RESORT

Merupakan resort terbaik yang bertaraf 4 bintang yang ada di Kelantan. Lokasinya terletak di Tok Bali, Pasir Puteh iaitu lebih kurang 50 km dari bandar Kota Bharu. Dibuka pada bulan November 2011, ianya menepati citarasa dari segenap lapisan pengunjung. Jauh dari kesibukan bandar, resort ini membolehkan pengunjung yang datang menikmati suasana panorama pantai yang indah dan mendamaikan bersama pasangan dan keluarga tersayang.


Bagi mereka yang ingin datang bercuti ke Kelantan dan memilih resort ini sebagai tempat penginapan terutamanya pada cuti sekolah, dinasihatkan supaya membuat tempahan lebih awal melalui website http://www.tokamanbali.com.my/ atau telefon di talian 09-691 8899 disebabkan sambutan yang menggalakkan.

JENIS BILIK YANG DISEDIAKAN DI TOK AMAN BALI BEACH RESORT

Tentang tempat penginapan pulak jangan risau. Sebab resort ini menawarkan 4 jenis bilik yang boleh dipilih oleh pengunjung iaitu Deluxe Room, Deluxe Triple Room, Family Room dan Suite. Sekurang-kurangnya disediakan 100 Deluxe Room dan Suite yang dilengkapi dengan perabot yang elegen dan mewah, termasuk katil berkembar dan sofa Cleopatra. 



Setiap bilik di resort ini mempunyai bilik air yang luas iaitu individual shower dan bathtub serta balkoni yang menghadap ke arah pantai dan tasik buatan manusia. Reka bentuk resort ini juga menarik kerana semua blok menghadap kolam renang yang luas. Sangat semua bagi mereka yang merancang untuk berbulan madu, singgah bercuti atau mengadakan hari keluarga.

HARGA BAGI SETIAP BILIK DI TOK AMAN BALI BEACH RESORT


Harga yang ditawarkan adalah berpatutan bagi setiap jenis bilik. Sarapan pagi turut disediakan. Antara kemudahan lain yang disediakan di dalam bilik untuk pengunjung ialah :

  • - Non Smoking Rooms
  • - Air - Conditioning
  • - Ceiling Fan
  • - Personal Care Toiletries
  • - Writing Table
  • - Hair Dryer
  • - Long Bathtub
  • - Cubical Shower   
  • - Mini Refrigerator                         
  • - LCD TV with selected Astro Channel    
  • - DVD Player (Suite Room only)
  • - Electronic Safe Box
  • - Personal Care Toiletries
  • - Coffee & Tea Making Facilities
  • - Complimentary Drinking Water     
  • - Internet Access - Wireless
  •   (Complimentary)  

Jika anda bercadang untuk menikmati ikan bakar yang segar, boleh pergi ke medan ikan bakar Tok Bali berhampiran dengan terminal pendaratan ikan segar atau mencuba meggi ketam yang terletak di Tok Bali. 

AKTIVITI DAN FASILITI YANG DISEDIAKAN DI TOK AMAN BALI BEACH RESORT

Jika rasa bosan berada di bilik, pelbagai aktiviti dan kemudahan disediakan untuk memudahkan pengunjung menikmati percutian mereka dengan selesa tanpa rasa bosan. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang dewasa dan kanak-kanak, gymnasium, spa, bilik permainan kanak-kanak, bilik permainan dan mini library, kedai sebaneka, pusat khidmat, taman herba, taman rama-rama dan banyak lagi.



Aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung disini ialah mengayuh basikal, menaiki pedal bot, memancing, menaiki kayak, bermain bola tampar pantai, permainan paintball, water ball, 8 elements obstacle course dan menaiki kenderaan buggy

Jika merancang percutian pada cuti sekolah di Kelantan, segera tempah Tok Aman Bali Resort. Untuk maklumat lanjut dan tempahan secara online, boleh layari webiste http://www.tokamanbali.com.my/. Memang berbaloi ! Jom pergi bercuti :)

Tok Aman Bali Beach Resort : Singgah Di Sini Jika Bercuti Di Kelantan Tok Aman Bali Beach Resort : Singgah Di Sini Jika Bercuti Di Kelantan Reviewed by Nick Nashram on 12:41:00 Rating: 5

5 comments:

  1. tak pernah lagi bermalam kat tok aman bali walaupun dekat ja dengan machang. huhu... maybe one day.. :D

    ReplyDelete
  2. tempat percutian menarik n elok dijadikan pilihan penginapan sekiranya mahu bercuti ke kelantan.

    ReplyDelete
  3. wahh macam best. Boleh jd shortlist untuk holiday nanti

    ReplyDelete
  4. Serius sangat best dan betul-betul rasa merehatkan diri menginap di Tok Aman Bali Beach Resort ni.

    ReplyDelete
  5. tak pernah tahu pun ada tempat ni.. nice sharing. lain kali blh try

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.