Skrin Tablet Asus Fonepad 7 & Sony Z1 Pecah Boleh Repair Tak ?

Dua tablet yang aku beli mengalami nasib yang sama, skrin retak dan pecah. Tablet yang pertama (made in China) rosak sebab terjatuh dari bumbung kereta. Terlupa nak ambil masa bukak pintu pagar rumah. Bila reverse bunyi benda jatuh. Rupa-rupanya tablet jatuh, kena pijak pulak dengan tayar. Mujur harga tak mahal, lebih kurang dalam RM250 je. Kalau yang beribu, nangis terus.

Asus Fonepad 7

Tablet yang kedua jenis Asus Fonepad 7. Punca kerosakan tak pasti. Balik rumah tengok skrin dah pecah. Nak tuduh siapa pun tak tahu. So, redha je la. Masa beli dulu harga lebih kurang dalam RM900. Lupa nak letak tempered glass sebagai cover atas skrin.

Ada sesiapa tahu tempat boleh repair LCD tablet yang crack, tablet dah tak boleh guna. Kalau murah ingat nak repair/tukar skrin. Kalau tukar skrin dalam anggaran RM150-RM200, rasanya tiada masalah. Tapi kalau kosnya dekat RM500, lebih baik beli tablet baru.

   
KENAPA PERLU LETAK TEMPERED GLASS SEBAGAI SCREEN PROTECTOR?

Bagi mereka yang menggunakan smartphone yang mencecah harga ribu ringgit, tempered glass penting kerana fungsinya tahan lasak dan memberi kekebalan kepada touch screen dari retak dan pecah. Harganya lebih kurang dalam RM50. Memang puas hati sebab skrin jadi lebih clear dan bila sentuh skrin tu, rasanya lebih smooth. Diperbuat daripada kaca, ketahanan tu lebih kuat berbanding dengan screen protector yang jenis plastik. 

Sony Z1

Handphone Sony Z1 aku dah banyak kali jatuh atas lantai. Mujur ada tempered glass yang menjadi penyelamat. Hanya retak pada screen protector sahaja. So, kalau korang jenis yang sayang handphone, aku cadangkan ambil tempered glass. Memang mahal sikit, tapi puas hati dan tahan lama. Itu yang penting. Lebih baik keluarkan modal puluhan ringgit daripada menggantikan touch screen yang ratusan ringgit.

Skrin Tablet Asus Fonepad 7 & Sony Z1 Pecah Boleh Repair Tak ? Skrin Tablet Asus Fonepad 7 & Sony Z1 Pecah Boleh Repair Tak ? Reviewed by Nick Nashram on 14:13:00 Rating: 5

6 comments:

  1. Asalam NH..sedih ..kan bila sumber kesayangan pecah...mesti ada sebab tu.apapun cuba baiki dulu tindakan yang bijak...

    ReplyDelete
  2. WAH SP MAHAL BELANJA NAK JAGANYA PUN MAHAL JUGA...ELOKLAH DITUKAR SEGERA CERMINYA YG RETAK TU...AGAR SELAMAT DIGUNAKAN..

    ReplyDelete
  3. ada tempered glass yg murah..rm20 je..tapi sekali dua jatuh,pecah kot..haha..sebab murah kan..memang penting tempered glass ni..sayang phone kalau jatuh..

    ayah sy dah 2x phone hilang sebab letak atas kereta..adoiyai

    ReplyDelete
  4. seram bc yg first tablet tuh..jatuh dah satu benda..kena pijak dengan tayar pulak..tapi memang betul la kalau sayang hp kena guna tempered Glass lebih selamat.mahal takpe asalkn jangan nanti phone or tablet yg rosak lagi mahal nk repair or beli baru.

    ReplyDelete
  5. sadisnya riwayat hidup tablet made in china tuh..ahahahhahahahaha :D
    dahlah jatuh,kena pijak kat tyr kete plak......Be careful!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.