Jangan Tergoda Dengan Kecantikan Nur Sajat

Mungkin anda tak percaya wanita cantik yang bernama Nur Sajat adalah dilahirkan sebagai seorang lelaki. Pada awalnya, Sajat suka memakai make up dan memakai baju wanita milik kakak dan adiknya. Pada masa yang sama, kasut tinggi kepunyaan maknya jugak turut dicuba. Semasa berumur 14 tahun, Sajat mula memakan hormon. Disebabkan naluri perempuan yang kuat, dia menukar penampilan. 


Sekali, dua kali, tiga kali pandang..mungkin boleh tertipu dengan kecantikan Nur Sajat ni. Yalah, ingatkan perempuan tulen. Aku pun pening kenapa zaman sekarang ni ramai lelaki yang nak jadi perempuan. Dah la jumlah lelaki sikit, makin pupus la jawabnya kaum lelaki pasni. Kalaulah pondan-pondan yang ada kat Malaysia dan seantero dunia ni tahu sakit mengandung 9 bulan, bersalin dan sakitnya senggugut..confirm pondan-pondan ni taubat tak nak jadi perempuan..terus bersyukur menjadi kaum adam.


Artikel ini bukan menghina apatah lagi nak jadi ustaz atau ustazah. Kita tak membenci atau menyalahkn dia tapi kembalilah ke pangkal jalan. Itu yang sebaik-baiknya kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas...insyaallah sama-sama kita perbaiki. Sebagai umat seagama islam, kita wajib tegur menegur dan bukan menggalakkan lagi kepada manusia-manusia yang dah terpesong ni.

Kita kena ingat, penampilan bertukar sekalipun, kalau meninggal nanti akan dimandi dan dikebumikan seperti mana dia dilahirkan. Batas pergaulan perlu dipelihara, solat jumaat mesti dijaga.

Allah melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Dan Allah juga melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki. Kembalilah fitrah yang sebenar. Allah cipta cukup elok dah tu. Ni galak duk gatai nak ubah jantina. Perkara macam ni memang para ulamak marah apatah lagi Allah SWT kan. Wallahualam.

Jangan Tergoda Dengan Kecantikan Nur Sajat Jangan Tergoda Dengan Kecantikan Nur Sajat Reviewed by Nick Nashram on 13:15:00 Rating: 5

8 comments:

  1. cantik & ayu dia pakai tudung.. ish3 dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  2. ramai yg maki hamun sajat ni.. bkn nk bawa dia kembali ke pangkal jalan. sempat lg nk bertaubat

    ReplyDelete
  3. memang cantik, tapi lelaki tetap lelaki, moga Allah masih beri peluang dan hidayah buat beliau

    ReplyDelete
  4. wanita mmg cantik sbb tu ada lelaki sgt obses dgn kecantikan wanita tapi amatlah berdosa menidakkan kejadian kita walau hanya dgn terdetik rasa...semoga nur mndapat nur hidayah drpd-Nya agar kekeliruannya menjauh...

    ReplyDelete
  5. kawan kepada kawan saya ni..tak sangka dah viral sekarang.

    maka bukanlah salah kami sebab belum bertemu jodoh.hahaha.lelaki makin pupus!

    ReplyDelete
  6. Cantiknya mengalahkan pompuan...huhu

    ReplyDelete
  7. sangat setuju tu..kewajipan kita adalah menegur tapi bukan dengan cara menghina dan maki..pokok pangkal kena kembali padaNya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.