Contoh Resume Terbaik Dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris Untuk Kerja Kerajaan & Swasta


Kerja sambilan pertama yang aku mohon di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh ialah sebagai guru sandaran. Tapi rasanya ditolak sebab kemungkinan besar resume yang aku hantar sangat simple. Mujur selepas keluar dari IPG, duk menganggur 2 bulan je kat rumah, pastu terus dapat posting.

Kalau kita tengok, setiap tahun, ramai lepasan universiti dan kolej diluar sana yang masih tercari-cari pekerjaan. Walaupun telah lama habis belajar, namun sebahagian besar masih lagi menganggur. Jawatan kosong di setiap sektor pekerjaan memerlukan lepasan universiti memohon dengan menyediakan resume kerja semasa proses temuduga diadakan. 

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT RESUME KERJA 

Cara nak sediakan resume yang baik bukan suatu perkara yang mudah. Aspek-aspek tertentu perlu ditonjolkan dalam menyediakan resume untuk menyakinkan pihak majikan. Resume yang tidak berkualiti dan yang tidak mengikut standard kerja secara tidak langsung memberikan gambaran awal pada pihak majikan yang anda tidak mampu melaksanakan 'tugasan awal' dengan baik.

Contoh resume terbaik adalah hasil daripada pengalaman dan kajian kita sendiri.Terdapat faktor-faktor penting yang anda harus tahu dan berhati-hati ketika menyediakan resume. Kesilapan-kesilapan kecil yang anda lakukan akan menjejaskan peluang anda untuk disenarai pendek bagi pekerjaan yang anda pohon.

CONTOH RESUME DALAM BAHASA MELAYU

Untuk mendapatkan contoh resume dalam bahasa melayu, anda boleh download disini.  


CONTOH RESUME DALAM BAHASA INGGERIS

Untuk mendapatkan contoh resume dalam bahasa inggeris, anda boleh download disini.  


Yang penting, jangan terlalu memilih pekerjaan. Nak tunggu kerja yang sama dengan bidang kita, mungkin agak terhad kerana terpaksa bersaing dengan yang lain. Cuba teroka bidang baru yang boleh dijadikan kerjaya. Mungkin rasa tak sesuai tapi belum cuba belum tahu kan.

Contoh Resume Terbaik Dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris Untuk Kerja Kerajaan & Swasta Contoh Resume Terbaik Dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris Untuk Kerja Kerajaan & Swasta Reviewed by Nick Nashram on 08:33:00 Rating: 5

3 comments:

  1. Menulis resume mesti menepati fakta yg diberi jgn tipu2 kan...

    ReplyDelete
  2. nak download juga, buat rujukan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.