Goodbye Nuffnang, Welcome Google Adsense


SELAMAT TINGGAL NUFFNANG

Selama 3 tahun bersama dengan Nuffnang, akhirnya terpisah jugak. Sebelum ni dah buang kod iklan Nuffnang tapi masukkan balik. Kali ni nekad tukar kepada Google Adsense pulak. Bukan apa, dah lama aku duk perati Nuffnang..iklan yang kaler biru tu je yang asyik keluar. Iklan yang betul keluar masa orang tengah tidur atau tengah sibuk dengan kerja. Memang takde orang nak klik la. Sakit hatinya..ggrrrrrr.

Tahun 2011-2012 memang tahun kegemilangan blogger bersama Nuffnang. Bayangkan iklan CPUV ada yang dibayar sampai puluh-puluh ringgit malahan mencecah ratusan ringgit. Pernah jugak rasa 1 CPUV tu dapat puluh-puluh ringgit. Memasuki tahun 2014-2015, bermulanya zaman malap bersama Nuffnang. Bayaran makin berkurangan, iklan tak muncul-muncul. Hanya blogger yang 'hebat-hebat' sahaja yang menikmati faedah hasil dari iklan Nuffnang.

Walau bagaimana pun aku nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang kerana merasa jugak buat duit dengan blog. Hasil dari total earning tu adalah dalam lebih kurang RM 646.57.

 SELAMAT DATANG GOOGLE ADSENSE

Google Adsense secara ringkasnya adalah sebuah pengiklanan dari google di blog kita. Seperti pengiklanan dari company yang lain, readers and visitors yang klik iklan yang dipamerkan dalam blog kita, kita akan dibayar dalam bentuk USD. Dan bayarannya adalah berbeza mengikut sesuatu iklan. Satu klik biasanya akan dibayar USD0.05, atau mungkin USD0.04. Ada juga yang satu klik dapat 10 sen, ada juga yang satu klik dibayar sehingga USD2 atau pun lebih, bergantung pada 'harga' sesuatu iklan.

Apabila earning Google Adsense sudah melebihi USD100, barulah layak untuk dikeluarkan. 

Yang mana rasa nak bertukar selera dengan pengiklanan tu, boleh la cuba apply untuk Google Adsense ni. Kalau pv dan uv blog korang tu tinggi, terus je apply Innity. Selamat membuat duit dengan blog :)


 
Goodbye Nuffnang, Welcome Google Adsense Goodbye Nuffnang, Welcome Google Adsense Reviewed by Nick Nashram on 15:00:00 Rating: 5

16 comments:

  1. Alternatif lain untuk dapatkan duit..hehe

    ReplyDelete
  2. tau tak pa....dalam sehari, rasanya sekali ja la nampak iklan lain selain warna biru tu...itupun, 5 minit ja...bila refresh, hilang terus....rasa mcm nak berpaling tadah ja...huhu

    ReplyDelete
  3. hmm...musykil dgn nuffnang ya semoga adsense xmengecewakan...moga sukses meraih rezki...insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,
    tengah nak tukar. memang grrrrrrr dengan nuffnang ni

    ReplyDelete
  5. Tu dia...hebak mung.

    Kawan punye blog apehal tah tak boleh masuk adsense.
    nufnang pun baru ade seratus lebih sikit je. Purata setahun rm25. Punye la sikit. Tapi ade la juge dari takde

    ReplyDelete
  6. nak apply adsense tp x lepas2.. sedih amat. so stay dgn nuffnang jela kite awa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama, tak lepas2 dgn adsense T_T

      Delete
  7. semoga rezeki terus melimpah nick ... jeles sih .

    ReplyDelete
  8. best laaa da dapat adsense dah...

    ReplyDelete
  9. pakcik kayo la lepas ni ;p

    ReplyDelete
  10. nuffnang clashtak dengan adsense.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nuffnang tak sekepala dengan adsense..hehe

      Delete
  11. boleh tak jika dua adsense dlm 1 blog yang sama? Cth: letak nuffnang dan google adsense dalm blog yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni rasanya takde masalah untuk letak iklan nuffnang dan iklan adsense dalam satu blog..sebab takde dah status glitterati dan non glitterati dalam nuffnang untuk blogger.

      nak letak dua adsense dalam satu blog yang sama? tak faham..kalau satu adsense nak letak dalam dua blog mudah je..pastikan akaun kena jadi full account, bukan hosted account.

      hosted account : boleh letak iklan adsense pada blog yang didaftar sahaja.

      full account : boleh letak iklan adsense pada blog yang didaftar untuk blog yang lain..nak letak pada kod iklan tu kat blog orang lain pun takde masalah.

      Delete
  12. saya dh cuba daftar adsense.. tapi xboleh.. hmm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.