Sebab Nama Panjang Tak Sesuai, Sebab Nama Pendek Untung



Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang yang menjadi trend atau pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.

Nama yang paling panjang sekali di Malaysia ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam..tak cukup petak nak isi borang tu. Kalau zaman dulu, mak ayah bagi nama macam Pungut, Bongek, Patah, Punat, Gondol..siap ada nama Sabtu, Ahad, Khamis..erkkk 

Sebab Nama Panjang Tak Sesuai 

Nama panjang-panjang nanti bila kena isi borang, lenguh tangan tulis, cepat habis dakwat, tak cukup ruang, bazir masa orang lain yang berbaris tunggu di belakang. Kena 10 orang nama 80 aksara, memang mengeluh sebab lama tunggu, berdiri. Yang paling teruk lelaki bila nak akad nikah nanti..semput nafas.

Tapi tak nak cerita yang nama panjang tu. Ada lagi nama yang unik, versi pendek tapi tiap-tiap hari, tiap-tiap tahun orang duk sebut. Untunglah kalau nama korang macam kat bawah ni. Sebab apa untung? Sebabnya, kalau nama korang macam :

Sebab Nama Pendek Untung

Azam : masuk je awal tahun mesti orang duk sebut nama ni.

Syukur : masa dapat berita gembira je orang sebut nama korang ni..time susah jangan harap la.

Syawal : sebulan orang duk sebut ni..budak-budak happy la sebab dapat duit raya.

Amin : paling femes sekali..namanya diaminkan tiap kali lepas solat, lepas baca doa.

Fatihah : hari-hari orang baca dalam solat.

Mas : nama yang buat orang konpius dengan mas kapal terbang.

Alif : nama yang akan dengar bila budak-budak kecik mengaji.

Azim : nama yang akan disebut bila buat salah..AstaghfirullahalAzim

Zahir : tiap kali beraya baru orang akan sebut..maaf zahir batin.

Solah : nama yang akan disebut setiap kali azan.

Aini : femes dikalangan orang cina..wo ai ni.

Banyak lagi tapi malas nak fikir dah..hehe. Tak kalau nama panjang sangat, keliru pulak orang nak panggil nama yang mana satu. Lebih baik letak nama pendek yang ada maksud yang baik berbanding nama panjang tapi maksud entah apa-apa. Ingat nama tu lambang identiti dan juga doa.


Sebab Nama Panjang Tak Sesuai, Sebab Nama Pendek Untung Sebab Nama Panjang Tak Sesuai, Sebab Nama Pendek Untung Reviewed by Nick Nashram on 20:58:00 Rating: 5

22 comments:

  1. assalam...hai sedang dok pilih nama anak ke ni...heh..heh..biar nama pendek tapi penuh bermakna...panjang sgt nama penat nk menulis n menyebutnya..takut terlupa pula..yg diingat cuma pangkal n hujung saja..

    ReplyDelete
  2. org tua2 kata klu nama panjang nanti budak tu susah nak bawa ... setiap huruf arab ada nilai dalam angka . jadi cuba tulis nama dalam huruf arab . baru tau nama tu berat ke ringan .

    ReplyDelete
  3. Anak2 saya nama semua pendek2 je..Mikhail dan Maisara..mudah nak panggil.cikgu pun senang ingat..nak ajar tulis nama masa kecil2 pun senang..

    ReplyDelete
  4. haha..betul2... nama panjang2 dahla ssuh nk isi borang, pastu orang pun malas nk igt...

    ReplyDelete
  5. Nasib baik lah nama cik akak nie tak panjang berjela..hihi...nama anak sedara ada sorang. Moziatul asyariq iqmal..

    ReplyDelete
  6. dapat bakal isteri yg nama panjang memang azab ler time nak lafaz akad nikah nnt.... hehe

    ReplyDelete
  7. Nama saya pon pendek. Amelia sahaja :) Tapi sebenarnya tak untung pon. Sebab dalam kelas saya slalu yg first kena panggil untuk buat presentation atau ape2 =_= Dan paling tak lucky sbb sy ialah calon yg pertama dlm kedudukan SPM. Macam nak terkencing je. hehe

    ReplyDelete
  8. nama panjang sangat menyebab empunya diri susah nak isi borang..salah ibu dan bapa juga tu

    ReplyDelete
  9. yang nama mas tu tak menahan tu..hahah.... nasib baik la nama anis tak panjang..huhu

    ReplyDelete
  10. nasiblah nama aku xpanjang. sebab aku hidup dalam era gemilang dulu. hahaha gemilang sangat

    ReplyDelete
  11. sy lebih suka nama pendek n sesuai sepanjang zaman n senang nk di sebut n eja ;p

    ReplyDelete
  12. kelakarlah Nick... kartun kat atas tu..hehe pada kak ana setakad tiga namapun dah cukup berjela dah.. :)

    ReplyDelete
  13. ada orang kat ofis ni nama dia betul2 pendek..ahmad je...selalu tersalah sebut panggil nama bapa dia

    ReplyDelete
  14. nama panjang2 sedepa pastu panggil dua kerat je...sian bdk2 nk eja nama dia bila masuk sekolah...hehe

    ReplyDelete
  15. Hahaha!
    Nasib baik mak ayah kasi nama Nurul Atiqah kat yuyu...

    ReplyDelete
  16. Kesian para suami nanti..
    Hehe. Suka nama yg ada dlm bacaan al quran etc zaiton.

    ReplyDelete
  17. Salam singgah cikgu :) jemput singgah segmen:
    Novel diagnosis, top up, vector art, tudung untuk dimenangi...
    http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    ReplyDelete
  18. nama panjang lagi satu mas nak akwin jenuh laki die nak sebut..ahaha

    ReplyDelete
  19. Nama najib best kan... setiap kali keluar berita pasal PM, nama ni akan disebut... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha unik sgt ni. Smpai akhir hayat org ingat. Ingat najib, ingat brim :P

      Delete
  20. Hahaha. tak paham gak org suka guna nama panjang ni. lenguh otak nak ingat. kalau boleh satu huruf je nama, tu lahh nama dia. senang jee kekeke

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.