Hati Seorang Cikgu

Pada suatu masa dahulu, 3 orang budak tengah bersembang bawah pokok tepi kantin, duk sembang pasal cita-cita.

Din : Tiap kali aku dengar lagu "inilah barisan kita..yang ikhlas berjuang..."naik bulu roma aku. Aku nak jadi askar la. Nanti boleh pegang M16 pastu tembak orang jahat. Hebat tak?

Aku : Aku nak jadi perdana menteri. Kalau aku jadi perdana menteri, aku nak naikkan gaji semua orang. Bila raya aku nak bagi bonus 5 bulan gaji. Pastu setiap negeri aku nak pastikan semua dipasang dengan wifi. Kalau rakyat ada masalah, boleh terus video conference dengan aku. Amacam? 

Din & Lan : Hebat lu punya cita-cita brader =.="

Lan : Ehem..ehem..aku punya cita-cita nak jadi cikgu.

Aku & Din : Hahaha..asal pilih jadi cikgu?

Lan : Sebab orang cakap jadi cikgu ni banyak pahalanya. Kalau kita ikhlas mengajar, kita dapat dua ganjaran, masa di dunia dan saham akhirat. Dan ilmu yang kita ajar dan diorang amalkan, pahala tetap berterusan walaupun masa tu kita dah mati. Lagipun, sebab cikgu la korang nanti boleh jadi askar dengan perdana menteri tu..ada faham?

Tengok-tengok aku pulak yang jadi cikgu. Tapi zaman sekarang bukan mudah nak jadi guru..banyak cabaran. Sape yang nak aku jadi perdana menteri, vote aku masa PRU nanti..hehe

Hati Seorang Cikgu Hati Seorang Cikgu Reviewed by Nick Nashram on 20:35:00 Rating: 5

21 comments:

  1. hee betul sangat. jadi cikgu akan sentiasa dikenang dan diingat ;') ecah pun mmg teringin jadi cikgu.. huhu.. harap dapatlah call for interview =)

    ReplyDelete
  2. selalunya mmg cmtu lah . angan - angan dgn realiti akan lari sikit ... cikgu nak bertanding kat mana ? ... heh heh

    ReplyDelete
  3. Huih, besar betul cita2 nak jadi PM. Seronok kalau dapat PM macam dia. Kekeke..

    Jadi cikgu ni memang besar pahala dia. Tabik dekat cikgu2.. :)

    ReplyDelete
  4. Ahaha...Jadi cikgu okay apa.
    Biasalah, apa yg kita rancang, tak semestinya kita dpt. Allah yang menentukan segalanya.
    Tahniah Cikgu

    ReplyDelete
  5. ingat senang ke nak jadi cikgu kan, haha kerani pun cikgu, trainer sukan pun cikgu, tolong ubatkan student cikgu,. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  6. biasalah tu..cita2 budak2 zaman dulu...nak jd cikgu, askar polis.....mana tau nak ckp jd engineer lah arkitek lah....aku pom dulu nak jd cikgu gak....

    ReplyDelete
  7. kerjaya sebagai cikgu ni, memang hebat...sungguh hebat
    bukan senang nak ajar dan layan kerenah anak murid..memang perlukan kesabaran yang tinggi

    ReplyDelete
  8. cikgu nie,murid2 akan ingat walaupun takut2 nak terserempak dgn ckgu..heheh..cita2 anis nak jadi cikgu..ntah dapat ke tidak nanti xtau la.. rase mcm nak sambung dgree kat upsi.. ececeh.. mcm layak je..hahah..doakan anis ye.. :)

    ReplyDelete
  9. Best kot jadi cikgu. Nanti bile anak murid tu dah besar, dia mesti ingat kite, ckgu yg pernah mengajar dia dulu.

    ReplyDelete
  10. jadi cikgu dulu...pelan2 selangkah demi selangkah jadi PM pula xmustahil semua tu...

    ReplyDelete
  11. bolhe ! nanti bella vote nick ntk pilihan raya nanti. hahhaa. orang kata sambil bekerja ada amalan kebaikan yg kite dpt kalau kita ikhlas. tp cabaran mmg kena bnyak bersabar =0 good luck cikgu nick

    ReplyDelete
  12. saya undi sir nick kalau bukan cap dacing hahahahaha
    ok bye

    ReplyDelete
  13. Cita-cita aku nak jadi cg.. sbb nak mendidik anak bangsa jd insan berguna juga sbb mak aku nak sgt anak dia dia jd cg. nak kabulkan harapan mak. haha. ujian medsi dah lulus, tapi kandas dekat interview. sedih dia Allah saja yg tahu :") sampai skrg still bercita-cita nak jd cg. jd cg sambilan ganti cg bersalin pun jadi haha

    ReplyDelete
  14. betul3, tapi skng ni pranan cikgu ni mcm diperkotak katik ngn parents yg xbrtnggungjwab..sikit2 klu jdi pape kt anak, ckgu yg diprsalahkan..dah xsma dah cikgu dlu ngn ckgu skng..btw..Selamat Hari Guru nick!

    ReplyDelete
  15. Aku suka jawapan Lan, tapi aku tak sokong kau jadi PM. Nanti hidup kau jadi kucar kacir, no more private life. Nanti NMI jadi buruan lensa. Tak tenang hidup nanti.

    ReplyDelete
  16. gitewww nk jdi pm hihi takyah la jdi cikgu lgi terbaikkk ;p

    ReplyDelete
  17. Apa yang diimpikan tak semestinya menjadi kenyataan. Semuanya telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  18. Betul kata Lan. Saya sampai sekarang masih ingat lagi Cikgu2 yang mengajar saya. Selamat hari Guru in advance (16 Mei) Cikgu Nik :)

    ReplyDelete
  19. em cita-cita nak jadi chegu. Eh jadi la betul-betul

    ReplyDelete
  20. mama dulu jadi cikgu.. hihi,, rindu tau bila dah tak jadi cikgu ni..

    ReplyDelete
  21. hahaha..betul tu. Dulu memang cita-cita nak jadi cikgu tapi tak dapat :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.