Berhati-hati Dengan Pengumpul Koleksi Gambar Awek Melayu!


Hanya dengan taip keyword di google"awek atau awek melayu", hampir 2,590,000 results akan keluar. Dan kalau anda klik mana-mana page dalam search result tu, macam-macam gambar awek yang ada. Persoalannya salah siapa?

Kata Pemilik Gambar
"Bukan salah kami, orang tu yang curi dari fb kami."

Kata Pemilik Admin Page
"Bukan salah admin yang upload gambar ni, tapi salah awek tu sendiri la yang upload kat fb. Takkan la admin yang paksa awek-awek ni bagi gambar kan?"

Ya, saya tahu anda cantik, anda comel, anda lawa..tapi kena ingat, kecantikan dan kecomelan anda itu satu anugerah untuk tontonan pada yang berhak sahaja. Sanggupkah anda tengok gambar anda menjadi pencuci mata dan pemuas nafsu lelaki? Apatah lagi kalau gambar tersebut anda berpakaian ketat dan seksi. Selagi gambar tersebut 'dijamu' oleh kaum lelaki diluar sana selagi itulah bebanan dosa bertambah.

Kepada wanita-wanita yang ada facebook, delete gambar-gambar anda yang tidak menutup aurat kalau anda sayangkan maruah anda. Kepada lelaki yang ada girlfriend/isteri, kalau anda sayang pada awek/isteri anda, nasihatlah mereka supaya tidak meletakkan gambar yang yang boleh mengundang buaya darat. Aku bukan nak jaga tepi kain korang tapi disebabkan anda itu saudara sesama islam, so tak salahkan nak bagi nasihat. Terpulanglah pada diri masing-masing. Peace :) 

Berhati-hati Dengan Pengumpul Koleksi Gambar Awek Melayu! Berhati-hati Dengan Pengumpul Koleksi Gambar Awek Melayu! Reviewed by Nick Nashram on 14:45:00 Rating: 5

21 comments:

  1. Bahaya sekarang , admin page tu mesti lelaki. sekali gambar dah diambil orang dan diupload kepada orang ramai, slagi itu dosa bertambah-tambah.

    ReplyDelete
  2. susah dah nk control gambar cmtu sekarang.
    bila ditegur kita pula kena tegur nnti.

    ReplyDelete
  3. Ok.. kena cek balik gambar dulu2.. Bahaya !

    ReplyDelete
  4. aok! xde lgi kot pic pelik2 lagu tu dlm media sosial..huhu..

    ReplyDelete
  5. betul tu..ni bukan jaga tepi kain tapi peringatan..thanks nick

    ReplyDelete
  6. peringatan yang baik utk semua nick: ambil iktibar buat gadis2 remaja,admin merupakan org yg tak bertanggung jawab:sama2 dapat dosa..yg upload,yg sebar yg tengok..waallahualam

    ReplyDelete
  7. Nak upload ke apa memang kena hati2. Bahaya betul dunia internet ni...

    ReplyDelete
  8. setuju dengan awak.
    macam-macam boleh jadi sekarang ni.

    ReplyDelete
  9. Sememangnya. Tu kena jaga2 nak letak gambar. Baik jangan letak... kan lg senang

    ReplyDelete
  10. Gambar yg boleh mengundang sesuatu y tak baik, jgn la di upload seeloknya..

    ReplyDelete
  11. mmg ada jenis yang suka tayang aset.

    ReplyDelete
  12. Isk seram lak cik akak eh.
    Ada gak manusia cam nie huhu

    ReplyDelete
  13. terima kasih cikgu,, sudi ingatkan saya :'(

    ReplyDelete
  14. jadi perempuan mmg byk perkara kena jaga ...

    ReplyDelete
  15. Betul tu Nick. Adakala bukan kita nak tengok tapi terbuka kadang↓3. Bahaya. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  16. serius, aku setuju gila. banyak benda yang buruk jadi melalui fb ni. bukan fb ni xbaik langsung, tapi perlu ada batas2 yang perlu dijaga

    ReplyDelete
  17. Thanks Nick coz mengingatkan..memang bahaya pun..dah quite sometimes deactivate personal FB...he..he

    ReplyDelete
  18. ibu selalu pesan kalau nak upload, upload gambar yg ibu rasa ok. kadang, kita yang pakai tudung pun bahaya sebenarnya nak upload. so ape-ape yg kita buat, ibu pantau :)

    ReplyDelete
  19. dunia online mengundang banyak masalah berkaitan dengan iman..hati-hati selalu


    p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

    ReplyDelete
  20. Sendiri upload sendiri kena tanggung lah risikonya. Media sosial bukan tempat terbaik utk perkongsian dan simpanan...simpan utk diri sendiri dah le.

    ReplyDelete
  21. Kalau ditegur kang dijawabnya "kubur masing-masing"

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.