Adakah Anda Blogger Yang Sombong?

 
Dalam dunia blog ni dikatakan ada sesetengah blogger yang bersifat 'sombong' terhadap blog yang mempunyai status blogger picisan..yalah, blogger yang baru nak kenal dunia blog, mempunyai pagerank rendah, alexa rank yang tak berapa cantik dan trafik sederhana selalunya tidak akan dilayan. Persoalannya betul ke ada blogger yang bersifat macam ni?

Bukan nak jealous dengan kejayaan blogger yang sudah dapat awards dan menjana puluhan dan ribuan ringgit melalui blogging sebab diorang pun dah habiskan banyak duit untuk capai ke tahap tu..cuma macam blogger yang baru ni, yang hanya tahu setup blog dan menulis entri kadang-kadang memerlukan kepakaran daripada blogger yang berjaya tapi seolah-olah tak dilayan je.

Harap-harap blogger yang dah berjaya tu jangan lupa blogger baru seperti kami ni..hahah. Bila kita dah berada kat atas tu, jangan sombong dan memandang rendah kepada blogger yang baru nak bertatih dan merangkak, baru nak belajar sebab diorang pun nak jana pandapatan sampingan dari blogging ni. Kalau tak pun, nak jalinkan persahabatan dengan kita. Tanpa support diorang siapa la kita pada hari ni. Apapun, biar orang sombong dengan kita tapi jangan kita sombong dengan orang.

Buah limau buah kedondong
Makan sebiji rasa macam nak lagi
Kalau jumpa blogger sombong
Terus join atau removekan diri? 

P/s : Adakah korang blogger yang sombong atau blogger yang peramah :)
 
Adakah Anda Blogger Yang Sombong? Adakah Anda Blogger Yang Sombong? Reviewed by Nick Nashram on 21:14:00 Rating: 5

41 comments:

  1. KY pun baru dlm dunia blogger, susahlah nak cakap perkara mcm ni,

    kalau ditanya tentang diri ini, rasanya KY ni, peramahlah....heheee, tak tahulah pulak pandangan org lain tentang KY, agak2 apa pandangan nick tentang kY?

    ReplyDelete
  2. mungkin ada tp segelintir kot...kena ingat tak selamanya kita diatas...

    ReplyDelete
  3. kita dulu smua pada tahap yg sama pada mula2 tk perlu nk sombong2 kan :D

    ReplyDelete
  4. ntah. aku amik kat tengah2 kot.. huhu. ;p

    tapi kadang2 tu nak kata dorang sombong pon xleh gak. bergantung la camne cara kita approach n byk faktor lain lagi.

    ReplyDelete
  5. tak semua yg sombong,
    sebenarnya tak perlu sombong2 bukannya selamanya kita diatas kan??

    salam... Pjaz nak mintak tlg sikit boleh? tolong LIKE BUTTON G+1 diatas side bar sebelah kanan atau di bawah entri... http://www.cikpjaz.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html TQ so much ^^ kerjasama anda amat Pjaz hargai =)

    ReplyDelete
  6. harap tak jadi blogger sombong. tapi setakat ni semua macam mesra :)

    ReplyDelete
  7. saya tak sombong.. tak pernah lagi jmpe blogger yang sombong

    ReplyDelete
  8. sy pun baru jugak berjinak2 dgn blog ni..
    nak pantun jugak..

    buah cempedak diluar pagar
    ambil galah tolong jolokkan
    sy budak baru belajar
    apa saja tentang blog tolong tunjukkan...erkk!!

    :)

    ReplyDelete
  9. Gagah kelihatan sang mentadak
    langkah diatur gagah perkasa
    sombong tiada angkuh pun tidak
    mungkin mereka dihimpit masa

    ReplyDelete
  10. saya pon baru sangat dengan dunia blog ni dan baru merangkak..harap dapat beri tunjuk ajar..:)

    ReplyDelete
  11. kadang bukan sombong,tapi mungkin bz...tapi annur suka owner blog yg tak sombong dan membalas setiap komen yg datang...walaupun hanya smiley...:)

    ps:owner blog ni camner plak?hehe

    ReplyDelete
  12. sy xsombong. tu je nk ckp. bye :)

    ReplyDelete
  13. Fie tak sombong !! Siapalah saya ini nak sombong kan. hikhik. tapi fie pernah jumpa dua, tiga blogger yang sombong. Like fie selalu komen2 di blog dia, tapi tak pernah dibalas dan tak pernah sekalipun dia lawat blog fie. Kalau yang jenis fames tu tak kisah lah, ini yang biasa biasa je. Taraf sama je dengan kita. Hehe

    ReplyDelete
  14. harapnya aku bukannya blogger yang sombong.. ^_^

    ReplyDelete
  15. aku sombong x?haha...ak pn baru lg weh...

    ReplyDelete
  16. masih byk kene blajar dengan dunia blog ni..memg kdg2 ada gak blogger yang dah berjaya, juz fokus pada blog dia je...al-maklumlah dah berjaya...tp dia kene ingat, dia berjaya sebab blogger2 mcm kita ni la yang duk support..hehe..juz opinion

    ReplyDelete
  17. moga kita tak tergolong dlm kalangan mrk yg sombong. malahan sbg apa pun...

    ReplyDelete
  18. pernah saje2 test nak friend dgn blogger femes. Siap tulis2 bg mesej kat dia kat fb. Hmmmmm.....hampeh je. Tp x rasa apa2 pun mmg dah agak dah. hehe..

    ReplyDelete
  19. sedih bila komen tiada balasan.sorry to say..ada beberapa blog femes yg lsung x jenguk kerana komen saya tiada nilai di blog mereka

    bye bye la jwabnya

    ReplyDelete
  20. erkkkk 1 soalan yg sukkar i ungkapkan kerana kadang kala kita rasa kitalah yg terbaik tetapi mungkin pandangan orang lain berbeza daripada pendapat kita sendiri hmmm harap2 saye pun bkn dlm kategori yg gitu2 heheh so sokong saye dlm contest gadjet iphone 5 dari denaihati haaaaa jgn lupe klik G+1 hehe ehhh promote la plak opsss takut sombong plak...blurppppppp

    ReplyDelete
  21. anak pak ali mandi di lombong,
    mandi di lombong di pagi hari,
    kalau en nick bloger yg sombong,
    dah lama cheida cabut lari..


    hahahhaa...

    ReplyDelete
  22. entahlah, sombong ke tak sombong ke same jer. tapi kalau sombong tue fikirlah semula. sikap sombong perangai syaitan. syaitan kah kita ? uhuhu.

    ReplyDelete
  23. rasanya ramai yang x smbong kn... :)

    ReplyDelete
  24. akak tak sombong cikgu .. XD

    ReplyDelete
  25. betul tuu ..kesian orang macam kami ni ..sy pon pernah kena macam tu jugak tapi sy trfikir usaha tangga kejayaan dan doakan kejayaan kami selaku blogger yang baru ni..
    huhuhu ..

    jom singgah ke sini>>>> deanridzwan.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. yuyu tak sombong.. peramah lagi adalah! ahahh.. angkat bakul sendirik.

    ReplyDelete
  27. kalau dalam dinia blog ni hana xla sombong. tapi kat luar mmg sombong.hehe ok itu tipu.. Kat luar orang cakap hana sombong sbb diorang xkenal hana.Diorang la kata.. hana setuju 70%.huhu

    ReplyDelete
  28. ade je blogger yg mcm tu..malas nk bising. cuma lepas ni mmg banned dah la haha

    ReplyDelete
  29. kalau tersobong t tegur eh,
    hehe kita picisan jgk :)

    ReplyDelete
  30. assalamualaika ... saya blogger baru ... betullah . bkn sombong cuma x byk masa nak review post follower apatah lagi nak promote blog sendiri . Cuma saya akan reply comment diorang kat blog diaoranglah . Itu lah cara saya beramah mesra ... heheheee

    ReplyDelete
  31. weee..sy blogger baru..meh la jd kawan kita...

    follow me ...

    http://permaisurikatak.blogspot.com


    hanya picisan :)

    ReplyDelete
  32. Ramai blogger yang macam tu... tapi, peduli apa saya... yg penting saya nakkan ilmunya. tak perlu remove... biarkan je... at least, kita ada gak bahan nak dibaca bila dah takde apa2 nak dibuatnya... Terima kasih sekali sekala jengah & komen kat blog saya dan approve komen saya. Saya memangsukamengomenwalau tak diminta...hehe

    ReplyDelete
  33. Sy pun bru dlm dunia blog..bkn nk ckp pew tp betul..ade stgh y xlyn...sedey;(
    Tp mmng tabik spring dgn abg ben ashaari..xsombong..tau x org first y follow sy ben ashaari la..wlupun dia mmng famous dkalangan blogger tp ttap igt dimana dia 'berada'...klu cm tu semua sifat blogger y popular tu kan bgus...;)

    ReplyDelete
  34. Setuju sangat, wok. Huh. Macam femes tuu kekal aje, kanzzz?

    ReplyDelete
  35. tak ada kah lagi peluang nick, kalau mohon maaf macamana. maafkan lah kami blogger baru nak tambah follower...terbaik.
    Tapi blog Pesona harap2 tak sombong, lepas ni...

    ReplyDelete
  36. Alamak, saya tak sombong hehe...maaflah kalau tak terlayan selama ni hehe....*bajet famous haha!

    Saya risau dikatakan blogger sombong sebab saya tak dapat nak blog walking seperti dahulu, sibuk sangat semester ni....saya berazam nak blog walking after habes final exam nanti...tunggu yeah!

    ReplyDelete
  37. rasenye kite ni x sombong kowt dalm dunia blogger....hihhi cume lau kat dunia nyata agak pemalu....tp lau dah kenal compom xkering gusi...:)(perasan puji diri sendiri)

    ReplyDelete
  38. sy xsmbg..sbb baru belajar..heheh

    ReplyDelete
  39. sya tak taw sya bloger yg sombong ke tak coz blog sya tak famous jadi tak taw...hehe..

    ReplyDelete
  40. done follow..follow dayat balik k :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.