Penjelasan Kepada Blogger Yang Hina Kerja Cikgu


Semalam ada terbaca satu entri yang ditulis oleh blogger ceyana yang boleh dikatakan menghina dan memandang rendah kerjaya seorang guru. Disebabkan entri 'Untung Laa Sape Jadi Cikgu' satu Malaysia marah dan sakit hati dengan tindakan dia yang menyinggung perasaan para guru. Entri penuh baca sini. Aku senaraikan satu persatu antara pendapat peribadi blogger ini mengenai kerja cikgu. 

 
KOMEN : Persoalan yang ditimbulkan oleh blogger ini ialah mengenai gaji cikgu. Senangkan kerja cikgu, pergi sekolah pagi petang balik tapi sebulan dapat 2k. Yang tak pernah rasa jadi cikgu takkan faham. Memang la kerja sampai pukul 2 tapi kalau ada kelas tambahan atau latihan sukan, cikgu terpaksa terconggak di sekolah sampai pukul 5 6 petang. Even guru pelatih pun terpaksa stay sampai ke petang apatah lagi kalau cikgu sebenar. Rasanya ramai yang fikir "Ala..kerja cikgu bukan payah pun, mengajar je". Ingat senang ke nak didik anak orang? Salah ajar rosak satu generasi. Marah sikit nanti sampai la mak bapak datang sekolah serang cikgu. Masalah disiplin cikgu jugak yang kena tanggung sampai ada kes cikgu kena belasah dan ditumbuk oleh pelajar sendiri. Kalau kereta cikgu kena calar ada ke boleh claim dengan jabatan pendidikan? Dan beban kerja sekolah bukan habis setakat tu saja tapi terpaksa bawak balik ke rumah. Bayangkan nak kena tanda kerja sekolah, nak kena tanda markah, nak key in markah, nak fikir untuk ajar apa esok dan macam-macam lagi la. Cuba anda jadi cikgu sebulan, menangis mintak resign rasanya. 

 
KOMEN : Bagusnya kalau cikgu cuti berlambak tapi kenapa ada yang terpaksa bekerja setiap Sabtu sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan. Bukan nak memberontak, cadangan 9 jam sehari tu membebankan lagi tugasan cikgu. Secara tak rasmi pun cikgu sekarang ni dah berkerja 24 jam. Memang betul secara official cikgu berkerja dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang tetapi tak termasuk lagi dengan kelas tambahan waktu petang atau waktu malam kadang-kadang sampai pukul 10.30. Orang selalu anggap cikgu cuti banyak so boleh relak. Hakikatnya tugas cikgu ni berat. Hari cuti pun kerja sebab nak bagi prestasi budak naik. Jarang tengok pekerjaan lain yang bawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding cikgu yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Malas nak cakap banyak, orang yang kerja cikgu yang tahu beban cikgu ni.

 
KOMEN : Cikgu tak boleh bersosial? Cikgu tak boleh bukak pusat tuisyen sebab gaji dah tinggi lebih daripada orang yang kerja 12 jam? Jumud sungguh pemikiran blogger ni. Kalau cikgu sorang je yang bersunguh-sungguh mengajar di sekolah tapi pelajar buat dek macam mana la nak lulus ujian. Bayangkan majoriti pelajar dalam satu kelas 40 orang dan masa yang diperuntukkan untuk satu subjek 40 minit, mana ada masa cikgu nak bagi perhatian pada setiap pelajar. Sepatutnya pelajar tu sendiri jalan cari macam mana nak skor subjek. Pelajar gagal cikgu yang dipersalahkan. Hurmm..ni mesti kes pernah fail pastu salahkan cikgu (mata ke atas tangan ke bahu). Grade sekolah jatuh, cikgu la yang kena menjawab dengan pihak atasan siap kena buat report lagi padahal cikgu dah habis kudrat mengajar. Cikgu bagi nota pakai duit sendiri tapi berapa ramai yang hargai? Setakat seribu dua habis untuk material budak tapi pelajar buang nota merata-rata. 


KOMEN : Tak sangka pulak ada cikgu yang berlumba-lumba nak hantar murid ke hospital. Untuk pengetahuan blogger yang suka hentam ni, apa-apa yang terjadi pada pelajar dalam kawasan sekolah, cikgu la yang bertanggungjawab. Nak kena menjawab dengan mak bapak pelajar lagi pastu PPD pastu JPN. Walaupun ada banyak tugas guru aku malas nak senaraikan. Kalau buat list pun, ada orang tak faham jugak dan masih kata kerja cikgu ni mudah..banyak cuti. Cikgu mintak tolong suruh isi markah pun dikata curi tulang. Ok, fine! Aku nak bidas la balik - maknanya anda tak ikhlas la buat kerja tu dan mengharap upah kan?


KOMEN : Nak tergelak jugak bila blogger ni suruh cikgu berhenti menulis blog dan bermain facebook. Mungkin blogger ni peminat "Oppa Gangnam Style" so dia tak bagi la mana-mana cikgu share video artis kegemaran dia kat facebook kot. Kata kolot nanti marah. Tahukah anda, facebook ni tempat berkongsi pendapat dan sumber maklumat pengajaran? Dan blog pula tempat boleh nak upload dan download bank soalan ujian daripada guru-guru yang pakar? Susah jugak nak cakap dengar orang yang tak boleh terima pendapat orang lain ni. 

*****************
 
So, tak perlulah nak dengki dengan "gaji cikgu yang banyak" dan tak payah nak meluat dengan "cuti cikgu yang melambak". Sama je mana-mana kerja, cuma antara cikgu dan cikgu tahu beban tugas mereka..orang lain cuma nampak tapi tak pernah rasa. Aku pun boleh kata kerja doktor, peguam, kerani, jurutera, polis lebih senang dari kerja cikgu, berdasarkan apa yang aku nampak tapi tak melaluinya. Susah ke senang? Aku tak tahu. Yang aku tahu beban kerja cikgu dan korang dengan beban kerja masing-masing. Tak perlulah nak bercakap tentang kerja orang lain.


Entri lain yang anda mesti baca :


Penjelasan Kepada Blogger Yang Hina Kerja Cikgu Penjelasan Kepada Blogger Yang Hina Kerja Cikgu Reviewed by Nick Nashram on 09:17:00 Rating: 5

48 comments:

  1. setuju !! hehe..tp mana lah tau kan itu cume pendapat blogger itu ja dan bukannya da niat nak burukkan mana2 pihak..maybe itu sekadar pandangan blogger itu ja.. dia cakap mcm tue coz dea bukan brada d posisi yg sama iaitu jadi cikgu.maybe itu juga pandangan atau cerita2 dari kawan2 blogger atau saudara blogger itu sendiri yang pernah menjadi cikgu.. :) apapun , kerja mana2 pun senang ja kalau dah jadi minat kan..ehhe XD apapun , setuju dengan komen awak ! :)

    ReplyDelete
  2. sebenarnya dia nie tak waras..tak boleh nak pikir kerja cikgu macam mana.. ahli keluarga dkna pon ada yang cikgu...ermmm... kadang2 manusia nie nak lepaskan rasa tak puas hatinya tak kene ngan tempat.. kan dah nampak kebodohan sendiri :)

    ReplyDelete
  3. Dia tak merasa jadi guru pelatih mcm kita..so dia boleh anggap ia satu kerja mudah..takpa yg pnting kita percaya bahawa kita ada ikon ...:)

    http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2012/09/memang-saya-untung-jadi-cikgu-cik-liyana.html

    Untung tak untung belakang kira yang penting ilmu sedia dikongsi.

    ReplyDelete
  4. huhu..
    tgk point first dia bandingkan tugas guru dengan operator je dah tau tahap pemikiran dia kelas ke berapa..

    ReplyDelete
  5. hak2 xperlulah bukakan aib org, aku rasa dari apa yg dia tulis tu semuanya pendapat dia sahaja ;D
    (dia dh remove terus blog dia)

    Especially nombor 3 tu memang aku xsetuju sgt, sebab ye la kawan2 aku pun ad juga yg cikgu, mmg lumrah manusia nak buat semua tu, tapi berkaliber mereka2 ni kalau bab menurunkan ilmu kt anak2 murid ^^

    Gaji guru tu taklah seberapa sgt, ayah aku seorang guru yg pencen duit pencennya xnak cerita lah tapi memang xseberapa byk pun ;D

    Lastly, tanpa guru siapalah kita xD

    ReplyDelete
  6. mmmm....org camni jangan layan saja kita yang jadi cikgu ni jer paham betapa sukarnya tanggungjawab jadi cikgu..:)

    ReplyDelete
  7. tugas cikgu itu mulia sangat...
    Engineer, doctor, PM, manager tue sumer takde kalau cikgu takde..
    full stop.

    ReplyDelete
  8. Aku nk cakap 1 jer.. SAPA SURUH TAK NAK BELAJAR RAJIN2 DAPAT 10A1 PASTU MASUK MAKTAB. Sendri bodo bengap malas belajar salahkan guru dapat gaji banyak nk banding dengan kerja kilang. apa punya bodo la budak tu.

    ReplyDelete
  9. setiap profession ade kelebihan tersendiri, tp tanpa seorang GURU kite bukan la siapa3 kan.

    ReplyDelete
  10. Salam & apa khabar. Tahniah sebab blog anda
    terpilih sebagai pencalonan untuk
    "Anugerah Ekstravaganza 2012"
    http://awieomar.blogspot.com/2012/09/ae-2012-pencalonan-april-2012.html

    ReplyDelete
  11. dia ni sebenarnya pandang rendah kat orang lain.. riak dengan kerja engineer dia tu.. apa pun yang dia tulis semuanya tak betul. kalau nak hentam sekalipun, cuba buat research dulu. cuba duduk dengan seorang yang bergelar cikgu, lepas tu follow je rutin cikgu tu. tgk macam mana keadaannya. lagi satu, cuba dia fikir. kerja lain memang kerja keras dari segi fizikal, tapi pernah tak dia terfikir, kerjaya yang memerlukan mental dan psikologi yang kuat ni, lagi memenatkan dan menyeksakan? rasanya dia ni gila glamer jugak ni. nak traffic blog mencanak.

    ReplyDelete
  12. Sabar wahai guru! Sabar Nick.. Anggap saja penulis entri tu, murid linus tegar literasi yang hanya lepas konstrak 1 dan 2.
    Mereka hanya boleh bercakap tapi tak boleh membaca. Mereka hanya kenal dan boleh menyebut sesuatu nama jika hanya ditunjukkan gambar.
    Mereka nampak hanya diluar tapi tidak didalam. Mereka juga nakal hanya untuk satu perhatian dan kasih sayang.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    Anggap sahaja impiannya nak jadi cikgu tak kesampaian, itulah luahan rasa kekecewaan itu.

    Bukan semua orang layak jadi cikgu...

    ReplyDelete
  14. walau macamana pun hebatnya kita, semuanya bermula dr guru biasa kan.. my mum guru, seorang guru besar jadi saya tau betapa susah payah beliau mengharungi kerja2 seorang guru ni. mulia kan tugas guru ni

    ReplyDelete
  15. Anggap saja sebagai komen membina namun luka dihati berparut..tak patut nak membandingkan apa saja pekerjaan didunia ini sbgai mudah..hatta org yg kerja dgn majlis bandaran yg dtg mengutip sampah stiap hari itu pun pekerjaannya susah dan untungnya ada kerja ada gaji.

    ReplyDelete
  16. orang kata berat maa memandang, berat lagi bahu memikul.
    selalu juga orang komen begitu. selalu juga buat tak tahu. tapi kdang terasa la jugak hati ni. nama pun manusia kan...

    ReplyDelete
  17. walaupun nampk mcm senang jadi cikgu, tapi hakikatnya susah....bukan senang nk sampaikan pelajaran/ilmu kt sesorang individu..

    ReplyDelete
  18. asalam..anak saya sendiri tak nak jadi guru, bila saya tanya kenapa? dia kata bukan mudah nak ajar anak2, silap2 saya tak pandai mengajar katanya, masa ni kerja guru berat, bapa bukan tak tahu kami masa di matrikulasi ada ceramah semua pasal kerjaya termasuk guru. banyak online..isi borang, linus, kkom aduhai banyaklah nak fikir. Ini kata2 anak saya. so, bukan mudah nak jadi guru yang sebenar. kalau ada yg dilihat tak ada prestasi kenapa libatkan semua guru. dan tak ada kerja mudah ..semua kena titik peluh...ada dengar ke, guru kena tekanan kerana beban kerja. so tak ada sebab pertikaikan kerja guru. saya jadi manusia atas dorongan dan tunjuk ajar guru. Mohn maaf kepada yang tak senang bila gaji start guru 2K, itu rezeki..kita terima.

    ReplyDelete
  19. Maaf, bukan lah nak menghentam tp blogger ni ckp seolah2 mcm tak berfikir. itu mungkin setakat apa yg dia nampak. kerja cikgu ni berat sebenarnya. sbb tu lah dah ditentukan cikgu kerja singkat masanya berbanding kerja lain. kalau 7 pg smpai 6 ptg jugak alamatnya mati laaa. dgn kerenah lagi, nak menanda lagi. kalau itulah yg blgger tu maksudkan, cikgu ni mmg xde life laa jawabnya. takpe, dia pun dah minta maaf kan, stop2 lah kutuk mengutuk. everyone make mistake kan. kita2 ni jadikanlah pengajaran. :)

    ReplyDelete
  20. sampai hati betol hine profesion guru !

    ReplyDelete
  21. etuza : pernah ade sorang cikgu ni kat sekolah bagitahu dia tak bagi anak dia jadi cikgu..sebab sama dengan apa yang bro cakap..bila difikir balik memang betul..kerja cikgu penat dari segi mental dan fizikal..dari segi gaji tak perlulah nak pertikaikan..rezeki Allah dah bagi..kena la syukur.

    nialidia : orang kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul..so, tak perlulah nak kutuk mengutuk..setiap kerja masing-masing ade kelebihan dan kesusahan.

    ReplyDelete
  22. kalau dengki sangat ngn kerja cikgu. berusahalah jadi cikgu jugak.. cuba duduk tempat cikgu tu.. pikul tanggjwb sebagai cikgu.. baru dya akan mengerti susah payah seorang pengajar tu... =.='

    ReplyDelete
  23. hahahaha....panas gila isu ini hahaha....sy xmau ckp lebih sbb takut gak ni tak lama lagi dah nak graduate then jadi cikgu...mesti penat, susah kan? Harap2 sy boleh jadi cikgu terbaik huhuuhu

    ReplyDelete
  24. cik neto : tu la masalahnya..ramai yang dengki dengan kerja cikgu..apa kata masuk je jadi cikgu jugak..habis cite..baru tau susah ke senang nak jadi cikgu ni.

    azham : insha allah..harap-harap boleh la jadi cikgu yang terbaik nanti :)

    ReplyDelete
  25. Dia tak paham tugas seorang guru...itu ajer..

    ReplyDelete
  26. dalam al-quran pown meninggikan org2 yang membri ilmu.. jd kenapa semua nie nk dipertikaikan..

    ReplyDelete
  27. korang xkan paham cmner rasanya bekerja sbg engineer..

    dr skolah,korang dh skor gila2,amek engineering,and the only place where u can work is private company.dgn tiada pembelaan dari government.

    berlainan dgn student yg xnak amek cabaran yg lebih jauh,just pilih utk jadi cikgu.ayah saya cikgu.mertua saya juga cikgu.sedara mara saya ramai jugak cikgu.and jgn tipu klu sbnrnya anda semua memilih profession ni sbb senang utnk tumpu perhatian pada keluarga.boleh pakai baju lawa2 ke skolah,gaji boleh tahan,balik awal.memang la kena jugak balik lambat,tapi boleh balik awal..mcm kami yg engineer ni,balik dh memang 5.30.tu pun sepatutnya je la..slalunya smpai 10 mlm..xder apa nk dibandingkan dgn cikgu menanda kertas waktu malam sdgkan kami yg siapkan assignment smpai awal pg.

    saya tahu sbb di universiti saya pun ada course pendidikan.and saya tahu betapa mudahnya silibus korang.mcm buat revision subjek skolah menengah jer.

    ms dekat matriks pun kwan2 yg plan utk amek kos pendidikan ni semuanya bagi alasan yg sama.which is,masa yg lebih terluang and gaji yg stabil.pling best,semua makcik berebut nak buat menantu.

    tp bila timbul isu2 cmni,mula la masing2 gelupur nk ckp betapa berjasanya guru mengajar sehingga kita menjadi siapa kita hari ini.silibus tu,government dh buat siap2..korang sampaikan jer..setahun ulang bnda yg sama.yg buat bnda ni korang rasa susah sebab masa blajar dulu korang mmg slalu ngelak nk buat presentation kat depan kan?kwan2 yg slalu present utk kumpulan dulu semuanya jadi apa?doktor?engineer?kan?

    tapi basic gaji korang dah menyamai basic gaji houseman and engineer.adilkah?bukan kami nak mendengki.tapi saban tahun kerajaan naikkan gaji,korang still nak merungut keja korang susah.kitorg yg engineer ni ade ke ngad kat gomen suruh backup kitorg?ade ke?

    pastu tahun depan time bajet,,naikkkk lagi gaji cikgu.psl nk pujuk korg la ni kot..
    and sorry,kawan2 aku skrg yg keja cikgu ni skang dulu2 time blaja2 sama2 bukannya bijak pandai sgt pun.stok2 yg dpt nombor 28/40.

    yg aku kagum,stok2 dpt 10A1 pun nk masuk maktab gak..bagus la kan.ingatkan ikhlas nk jd cikgu.bila tnya naper?sbb nk keja senang and secure.

    tapi apa2pun,aku tetap ngaku,cikgu2 aku dulu tetap aku sayangi n hormati.yg aku x suka ni guru2 zaman skarang.yg sama2 nk jd cikgu sbb nk sama2 rasa kelebihan yg cikgu2 dh mula rasai.

    ReplyDelete
  28. bila menulis tak buat research kan,
    macam tu lah..

    ReplyDelete
  29. Askum..
    Maaf rasenya x pyh laa nk dipanjang2 kn komen, ulasan or whatever entry, delete je. sbb blogger tu pn mintak maaf & itu yg terbaik. keje laa apa pn dlm dunia nih asalkn HALAL yg penting SYUKUR..SBB SYKUR tu laa yg akan membuat kita tenang, x dengki dgn org lain, x puas hati, etc. Rezki bukan stakat duit & kemewahan..healthy, anak2, sahabat2, jiran2, pertolongan yg x disangka, semua tu adalah rezki..sesungguhnya Allah swt tu lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba-Nya..wallahualam..

    ReplyDelete
  30. engineer anonymous:
    Takde nama? Tak berani letak nama? Takut orang tembak pulak?

    Pergilah apply jadi cikgu kalau tak puas hati jadi engineer. Kalau rasa mampu dan boleh nak pikul tanggungjawab didik anak bangsa jadi manusia.
    Aku pun boleh akap, kau tak jadi cikgu, tak rasa apa yang cikgu rasa. Key in markah, buat soalan, persediaan mengajar, latihan sukan, dokumentasi, fail panitia. tambah lagi kssr yang nak dokumen pelbagai yang semuanya guru kena buat. Hang PBS kat sekolah pun tak tau, janganlah sembang banyak macam dah selami sangat hidup jadi guru.

    Kalau nak kata cikgu boleh senang lenang, apehal ayah aku kerja bagai nak mati jadi cikgu? hujung minggu pun sibuk dengan sekolah. balik pagi-pagi buta meronda budak asrama.

    Kerja mana pun ade kelebihan kekurangan. Kalau orang pangkah engineer, engineer marah. orang pangkah doktor, doktor marah. Jadi jangan sibuk nak kondem orang. Kalau rasa nak engineer naik gaji, pergilah mintak. buat kesatuan. Jangan sibuk nak pertikai kerja orang lain senanglah, mudahlah.

    lagi satu, ingat silibus tu siapa yang buat? engineer buat semua? Warga pendidik pun ada terlibat sama.



    ReplyDelete
  31. betul! yang penting semua buat kerja masing-masing. tak perlu nak pertikaikan kerja siapa susah dan siapa yang senang. kalau engineer makan gaji buta pun, senang jugak kan kerja dia. rasanya semua ni atas kehendak dan tanggungjawab masing-masing kannnn..

    ReplyDelete
  32. kadang2 kita ni bekerka bukan sebab nak gaji tinggi jer..

    tapi sebab memikirkan usia muda ni,ada banyak lagi benda yang patut dibuat selain daripada nak masuk keja government seawal mungkin.ianya seolah-olah anda ingin menutup pintu cabaran dalam hidup.malangnya,cabaran tu tetap wujud di mana2.

    yes,ayah saya cikgu.and jugak guru besar.and dia memang keja sepanjang hari sebab dia memang kuat keja.dia adalah guru2 zaman dahulu.bukan guru2 zaman sekarang yg MANJA.abang and kakak saya pun pernah keja sebagai guru ganti.yang tiap2 hari balik kul 6 ptg.wlupun masing2 dah bekerja sbg eksekutif skrg,mereka tetap menganggap yg keja guru adalah lebih mudah sebenarnya.

    and kamon la.i salute those who willingly took education course since the beginning.but how about those yang amek kpli,dpli,just sebab nak dapatkan keja?xnak jadi penganggur?ikhlas sgt ke matlamat tu?

    lepas tu bila ada org pertikaikan keja guru tu mudah,puak2 ni la yg mula2 dulu nak panas bontot punnnn...

    apa salahnya ngaku jer..kan senang..

    bukannya kitorg suruh goverment potong gaji cikgu pun..and i bet,if goverment buat camtu pun,confirm nyer la cikgu2 ni nak naik hangin..pasni xder dh yg berlumba2 nk amek kos perguruan.

    cuba pikir blk,dulu2,ada ker nak masuk kos perguruan ni kena lalui interview?xder kan?apesal skang ada?sbb semua nk keja senang..xnak mencabar potensi diri langsung..prefer nk keja mudah jer..sambil keja,leh jual kuih,,jual kain..

    bukan ceyana sorg jela yg rasa cmtu..ramai lagi..

    ohh,,i remember dr dulu lagi,kat ruangan surat pembaca kat akhbar,mesti ada surat dari cikgu yg mintak gaji dinaikkan la,mintak elaun rumah dinaikkan la,mintak elaun itu la ini la..ujung2 cter..sebab JASA KAMI YANG TIDAK TERHINGGA MENDIDIK ANAK BANGSA.

    kalau x der byk surat2 camni,xder nya aku nak sedar benda ni woii

    so,senang cter,cikgu2 skalian,ngaku jela,keja korang memang senang,and korg memang pilih keja ni sbb korang ingt keja ni senang..tapi sebenarnya..hmm susah la pulak..tapi xper la..asalkan keja goverment,pastu gaji asyik naikkk jer..layan jer la..

    so,korang boleh teruskan keja korang...x suruh korang berenti pun..

    and aku pun bukan sebab x mampu jadi cikgu,tapi sebab aku memang x nak.

    kitorg yg engineer,doktor,lawyer ni,bukannaya kututk korang sbb nk mintak gaji korg x dinaikkan dah ke apa ker.klu pasni naik pun,memang tu rezeki korang.tapi kitorg nak hapuskan mentaliti mak2 korang yg suruh korang amek kos cikgu ni sebab keja ni secure.kompem masuk goverment.kitorang nak hapuskan mentaliti makcik2 yg berebut2 nak amek korang ni sebagai menantu sbb korang ni cikgu.kitorang nak hapuskan golongan pakcik2 yg brani letak hantaran utk anak2 yg jadi cikgu sampaisetanding dgn hantaran doktor2,hnya sebab dah megah sgt rasa cikgu tu bagus.kitotang nak korang sedar yg populasi cikgu ni bukannya asal dari golongan student2 yg brilliant pun masa kat skolah dulu.apsal nk sanjung sgt?sbb dpt byk keistimewaan dari goverment?itu jer ker?

    tapi layan proession guru macamkan korang ni angkasawan negara.mcmkan korang ni dulu masa spm dpt 17A1.

    sampai skarang ni,kawan2 yg dah keja cikgu,asal tanya keja apa,wahh,kemain bangga ni ngaku jadi cikgu.padahal bukannya profession org bijak2 pun.gaji jer nasib baik goverment bagi tinggi.itu jer..

    yes,ni memang luahan hati kitorang.yang rasa semua benda skrg ni x adil.yg nyampah bila tgk anak2 buah yg skor hebat2 dlm spm,bercita2 nak jadi ahli kimia,jadi engineer,alih2 mak ayah paksa gak suruh jadi cikgu.aku benci mentaliti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni sebenarnya nak kita ngaku kerja kita senang..kerja lain susah....ok la..aku cakap bg telinga ko sedap...senangnya jadi cikgu..jgn jeles..senang sungguh...bila kereta xpasal2 kna calar senang sungguh hati jadi cikgu..bila mak bapak serang kat skolah anak dia xlulus senang sungguh jadi cikgu...bila masuk kelas ada pelajar biadap senang sungguh jadi cikgu...bila ada pelajar ugut cikgu senang sunggub jadi cikgu...
      Dia ni kata cikgu ni bukan profession org bijak..abih tu bapak dia yg cikgu a.k.a guru besar tucane? Bukan bijak ler maksudnya...kutuk bapak sdri jugak?
      Ko salute org yg memang wilingly amik education course..tak dpli, kpli or so on..FYI, aku ni memang amik edu course....degree in education..tp pas ngajar setahun aku quit..tak sanggup tekanan dia besar..membentuk sorg MANUSIA...la ni tanam sawit...lg besar gaji..lg senang kerja..tuding jari situ sini je..org lain buat semua...ujung bulan dpt hasil sawit....so say wat u? PIGIRAH....DONT LOOK DOWN ON PEOPLE SO MUCH..
      THATS THE POINT...ko nak kata ko ni pandai..kengkawan ko yg tak pandai yg end up jadi guru...kan??? Pulizz....

      Delete
  33. anonymous again..

    " and kamon la.i salute those who willingly took education course since the beginning.but how about those yang amek kpli,dpli,just sebab nak dapatkan keja?xnak jadi penganggur?ikhlas sgt ke matlamat tu? "

    dan siapa kita nak menilai ikhlas atau tidak hati orang?

    tahap ikhlas sampai Allah sahaja yang tahu.

    Tak nak jadi cikgu? so be it.

    Tapi jangan nak kondem memasal pukul rata semua cikgu sama. Semua doktor sama, semua engineer sama, semua lawyer sama.

    Walaupun tak semua cikgu brilliant dapat 17A, tapi apa masalahnya?

    Saya ada kawan KPLI jqaf. Memang dia tak pandai. SPM memang takde A. Rata-rata 6C ke bawah. Tapi rezekinya dapat belajar tahfiz, sampai ke mesir. Rezekinya juga dapat KPLI walaupun SPMnya hancur ikut penilaian orang. Tapi jasanya sekarang anak didik kenal huruf quran, baca quran. Kerja tak kira masa, tak berkira kalau bertugas hal sekolah.

    Jadi hina orang ni ambik KPLI?

    ReplyDelete
  34. kenapa semua orang suka sangat generalize...
    tak perlu lah nak generalize. Saya rasa die x fokuskan artikel tersebut ke semua cikgu.. sebaliknya kpd cikgu yg kerja half ass.
    Mmg ramai cikgu yg bagus. Tapi ada segelintir yg kerja just utk dapat duit je..
    Jadi mana2 cikgu yg dah okay tu x perlulah mkn hati.. cume cikgu2 yg bukan2 tu perlu lah ambek initiatif utk mengubah diri anda.

    ReplyDelete
  35. salam...saya bekas pelatih yg baru tamat latihan sekarang sedang tunggu posting...

    memang sangat tersinggung dengan blogger tersebut..bukan kerana saya bakal cikgu...tp kerana saya tau penat lelah nak didik anak org...nak plak saya di tempatkan di pedalaman sarawak...gaji 2k x jamin apa2 atas keselamatan, jauh dari keluarga...

    memang x nafi sesetengah cikgu mengajar lepas tangan...tp berapa kerat cikgu begitu? kalau semua cikgu mengajar sekadar nak gaji, siapa doktor, peguam, ahli suka DLL yg lahir hari ni?

    nak masuk latihan perguruan KPLI/ DPLI/ PISMP bukan senang macam cicah air belacan...

    kerja apa sekalipun, kalau x ikhlas, x jujur, sekadar makan gaji buta, memang x ada berkatnya

    ReplyDelete
  36. Kerja cikgu ni teruk...asyik curi tulang..malas...lepas tangan..kerja profesion tak bijak....etc..etc...
    Doktor di dunia ni 100% rajin, jujur dan amanh berkerja. Takde doktor yg malas dan sambil lewa je merawat pesakit..xde pesakit meninggal sebab kecuaian..
    Engineer di dunia ni 100% rajin, jujur dan amanah bekerja. Takde engineer yg curi tulang, songlap duit projek, main rasuah bawah meja dgn kontraktor.
    Kita sebagai cikgu harus berusaha lagi ye...sarcatically..

    ReplyDelete
  37. aku bkan saja2 nk look down on ppl like u guys, tp tgk ,la mentaliti yg korang dah bentuk..

    tgk la sampai satu hari nanti semua orang yg berkelulusan guru, menganggur, baru korang tau, yg kebanyakan yg nak apply cikgu ni sbb nk keja yg plg best jer...

    kerana mentaliti korang yg duk dorong2 anak muda x kira la dia minta ke tak, supaya amek jalan mudah jadi cikgu,
    kualiti guru dah x bagus dh.bercampur baur antara yg layak membimbing dengan yang setakat nak masuk gomen jer.

    aku nk korang sedar benda tu. yang jadi guru ni biarlah serah dekat orang yang mampu jer. aku x benci semua cikgu, tapi aku tau korang yg layak atau tidak.macam korang la guru senior, yang tengok guru2 junior yg membanjiri skolah, tapi keja haram satu pun x reti nk buat. orang nak jadi ckgu,dia pun nk jd.

    and yess, aku memang stuju bila korang ckp,kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  38. memang betul la cikgu jenis macam gampang..kerja merungut dah dapat gaji banyak dari kakitangan awamn lain tp tiap2 masa pun merungut..dah naik meluat dah pasal isu cikgu yg tak sedar diuntung ni..

    ReplyDelete
  39. mana-mana pun ade saje yang tak puas hati kan?
    Nak tengok siapa betul salah tunggu di akhirat nanti lah ye. yang ikhlas insyaAllah ade ganjaran masing-masing.
    yang malas kerja, curi tulang, mengumpat, dengki dll pun ade bahagiannya nanti.

    ReplyDelete
  40. Yezzzeeee....sy sokong 200% pendapat cikgu Nick. (Sorri, baru baca entry yg ni) Hanya cikgu yg faham betapa perit, suka dan dukanya sebagai cikgu. Contohnya macam saya. Saya guru di bawah JAWI, kerja 2 sesi, pagi & petang. 1 kelas lebih kurang ada paling2 ramai, 30 org murid darablah dgn 6 kelas pagi & 6 kelas petang. Kerja2 yg cikgu Nick sbutkan dlm blog cikgu tu sume mmg dh lumrah bg sy. Even guru agama, still gak kena buat aktiviti2 koku... dasat... tu belum masuk kerja2 yg diarahkan last2 minute. Zmn skrg, tak siapapun perlu dipersalahkan dlm bab mencari rezqi lebih. Sukati dan ikut kehendak memasinglah kan... Apa pun, jadi cikgu me...mang best...

    ReplyDelete
  41. @Anonymous
    Betul tu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
  42. @ahsfantasy24
    Hehe.... takpalah...dia dh minta maaf dah pun...

    ReplyDelete
  43. Hanya yg menjadi guru sahaja yg tahu tugasnya bgaimana..Oranglain yg tidak jadi guru tidak rasa bgaimana seorang guru rasa..

    Marilah kita lakukan kerja dengan seikhlas hati kerana Allah , buangkan la busuk hati yg sentiasa ada dlam diri

    ReplyDelete
  44. @Anonymous TAK BAIK AWAK CAKAP MACAM TU SERIOUSLY TAK BAIK

    Kalau dah memang orang tu takdir nak jadi cikgu awak nak cakap apa? Saya lepasan SPM, saya dapat 8A dalam SPM. And I know someone, my classmate yang gila2 nak jadi cikgu even dia 9A. you are dead wrong.

    Komen awak sangat menyakitkan bila awak cakap yang time sekolah dulu yg present depan2 tu skang dah jadi engineers,doctors. U R DEAD WRONG.

    And u said "kitotang nak korang sedar yg populasi cikgu ni bukannya asal dari golongan student2 yg brilliant pun masa kat skolah dulu.apsal nk sanjung sgt?sbb dpt byk keistimewaan dari goverment?itu jer ker?"

    Awak jangan nak bagak sangatla jadi kerja cun cun tu, jangan nak kuanghajau sangat mengata orang dari low ranking from school je jadi cikgu. jangan jadi bodoh sorry to say. memang ngokla cakap macam tu. sukahati je kan.

    Islam meletakkan guru selepas ibu bapa.

    If you have the mentality yang cikgu bukan dari golongan cerdik pandai from highschool, u are silly.

    and ur comment "nasib baik government bagi tinggi,itu jer" shows your third class mentality. rezeki Allah bagi,dalam pelbagai cara. sorry I guna dalil agama dalam perkara ni. sebab rasanya ok la kut. agama memang kena letak kehadapan pun.

    sekian. kalau rasa diri bagus sangat, why dont u study to be engineer/doctor/lawyer tu by yourself? I challenge u. study tanpa cikgu/pensyarah ajar.

    dont belittle people ok.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.