Rahsia Sebenar Untuk Dapat Buffered Earning Nuffnang


Dua hari lepas aku ada hantar ticket/email dekat Nuffnang sebab nak dapatkan penjelasan macam mana Nuffnang bagi Buffered Earning tu kepada blogger. Selang beberapa hari diorang dah reply email aku. Sebelum ni asyik duk cari dekat internet je cara-cara nak dapat BE. Tapi sebab tak puas hati, aku tanyalah Nuffnang sendiri. Melalui penjelasan yang diberikan, faham la sikit-sikit macam mana BE dibagi kepada blogger.

Secara ringkasnya, untuk mendapat Buffered Earning, anda perlu dipilih oleh advertiser terlebih dahulu untuk mengiklankan diorang punya iklan. Terdapat beberapa faktor yang akan menentukan peluang anda dipilih. Antaranya :

1. ISI DAN UPDATE BLOG SURVEY

Advertisers hanya memilih blog yang sesuai dengan sasaran kempen pengiklanan mereka. Jika blog anda sesuai dengan sasaran tersebut, kemungkinan blog anda untuk dipilih juga adalah tinggi. Nak tahu sama ada blog anda sesuai atau tidak, kenalah isi blog survey terlebih dahulu. Blogger yang tidak mengisi blog survey dengan betul mungkin tidak akan menerima kempen iklan dari advertiser dengan kerap. Ini kerana mengisi blog survey dengan betul dapat membantu advertisers untuk memahami blog anda dengan lebih baik. Selain daripada itu, blog yang didaftarkan tanpa mengisi blog survey juga akan turut diabaikan oleh advertisers kerana mereka tidak pasti sama ada blog anda sesuai untuk iklan mereka atau pun tidak. So, pastikan anda isi blog survey tersebut dan update dari masa ke semasa.

2. PEMASANGAN IKLAN

Advertisers membelanjakan wang yang banyak untuk mereka bentuk iklan dan membeli ruang iklan supaya iklan mereka dapat disampaikan dengan berkesan. Oleh itu, mereka hanya memilih blog yang mempunyai pemasangan iklan yang betul dan optimized sahaja. Pastikan anda meletakkan iklan tersebut ditempat yang sepatutnya untuk menarik perhatian advertisers ini. Terdapat 3 tempat dimana iklan tersebut perlu diletakkan iaitu Skyscraper, Leaderboard dan Large Rectangle. Contoh seperti gambar di bawah. Jika anda tidak memasang unit iklan seperti yang dikehendaki, ianya akan mempengaruhi keputusan advertisers untuk meletakkan iklan di blog anda dan mereka hanya memberi perhatian kepada blog yang mematuhi spefikasi pemasangan iklan yang tepat sahaja. So, pastikan iklan Nuffnang anda diletakkan pada tempat yang sepatutnya.


 

3. STATUS BLOG

Status blog juga memainkan peranan yang penting. Kebiasaannya, advertisers cenderung untuk memilih dan mengiklankan kempen mereka di blog yang berstatus Glitterati. Bagaimanapun, blogger yang berstatus ordinary atau ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen pengiklanan mereka tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding blogger yang berstatus Glitterati. So, nak tahu status membership anda, tengok dekat akaun Nuffnang.


Dalam email tu, tak ada pulak sebut pasal trafik. Maknanya trafik yang tinggi bukan syarat utama nak dapatkan Buffered Earning. Jika traffik korang maintain 150 hingga 300 UV sehari pon korang still bleh dapat iklan BE. Cuma jika UV korang melebihi 1000UV sehari memang korang boleh mendapat nilai BE yang boleh mencecah RM10 sehari. Blog pun tak perlu update setiap hari. Tapi tak kisah la kalau nak update. Blog kita ikut kita la kan. Industri pengiklanan pun kadang-kadang bermusim jugak. So, mungkin ianya mengambil masa sedikit untuk seseorang blogger itu mendapat BE. 
 

Rahsia Sebenar Untuk Dapat Buffered Earning Nuffnang Rahsia Sebenar Untuk Dapat Buffered Earning Nuffnang Reviewed by Nick Nashram on 13:59:00 Rating: 5

16 comments:

  1. thnx sharing..seblm nie pun yana tertnya2 jgk.
    jom join GA yana http://nazlyizan.blogspot.com/2012/08/saya-nak-sampul-duit-exclusive-yana-1st.html

    ReplyDelete
  2. pelik ooo kadang2 trafik tinggi mencanak taknak pon dia bagi, tapi blg yang traffik eleh punya lah ciput ade jer senantiasa BE, kadang2 pikir nuffnang ni tak adil tau tak, blog survey hari2 berupdate tapi tak jugak dapat

    ReplyDelete
  3. Jal : dulu pun aq fikir kalo trafik tinggi mesti ade peluang untuk nak dapatkan BE..tak semestinya..ade org yg trafik rendah dan jarang update dapat BE..smmgu sekali aq update blog survey still tak dapat jugak.

    ReplyDelete
  4. thanks share bro.. oo betul juga kan tak semestinya trafik tinggi dapat BE..

    ReplyDelete
  5. kena cuba baiki blog survey lah lepas ini..

    ReplyDelete
  6. Terbakor : no problem..share untuk sume orang :)

    Lokman : blog survey tu kena update la..tulis something yg buat advertisers tertarik nak bg BE.

    ReplyDelete
  7. salam bro..
    try letak iklan nuffnang kat sidebar kat blog aku... tapi tak boleh plak..

    ReplyDelete
  8. Syakirin : nape tak boleh pulak? rasanye tak ada masalah kot..tak jadi camne?

    ReplyDelete
  9. iklan tu tak muncul kat blog.

    ReplyDelete
  10. haha, banyak betul kasi backlink kt Nuffnang hehe...baik punya strategi hehehe *gurau je

    ReplyDelete
  11. yup bro . tp agak susa nk dpt be nih , ak pn take time 6bln jgk la . pas2 skali dpt be tuh , jenuh . bnyk depa bg . tp susa bro nk dpt UV .

    tp stu ja , kalo mls nk bw maksure ja kita pnya entry tuh memang btoi2 org nk baca , nak taw . mcm konspirasi olimpik tuh . kita sbg blogger kna cri info yg pembaca nak taw la , tuh yg penting . yg dpt tarikan tok mai blog kita nthen for sure kita dapat UV tuh .

    sekadar berkongsi idea :)
    selamat berposa dan soq noh !
    assalamualaikum :))

    ReplyDelete
  12. Memang amek masa jugak la kan nak dapat BE ne..

    kadang-kadang kita update entri belom tentu entri tu orang baca..yg penting buat entri yg berkualiti, bila orang baca diorang dapat something dari entri tersebut..

    thanx for the advice bro :)

    ReplyDelete
  13. memang susah dpt BE.sy dulu 3 bln baru dpt BE.then smpai skrang since bln 5 dia kasi BE dah ad 6 BE melekat..yang pnting pndai2 la amik aty nuffnang..hakhak..sbb trafik tu sy pun rendah je,,tpi sntiasa maintain 200 shari:)

    ReplyDelete
  14. Pencinta pink : untung da tu..baik betul nuffnang siap bagi 6 BE lagi..huhu..bila la nuffnang terbuka hati nak bagi BE kat sya jugak ne..huhu

    ReplyDelete
  15. panduan yang sungguh berguna..Thanks

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.