Amalan Syirik Gantung Anak Patung Bawah Kereta

 
Rasanya ramai yang pernah tengok trend gantung anak patung dibahagian bawah kereta. Macam-macam aku dengar pasal ni..ada yang menganggap gantung anak patung hanya sekadar accessory nak bagi nampak cool dan ada jugak yang berpendapat amalan gantung anak patung ini adalah syirik. So, bila dua pendapat yang berbeza ni bertemu, bergaduh sakan la jawabnya. 
 
 
 
 
 
 
 
Menurut penceramah dan pendakwah, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, perbuatan menggantung anak patung di bampar kereta jika dilakukan oleh umat islam adalah amalan sesat dan boleh menjurus kepada syirik kerana ia meniru perbuatan orang kafir kononnya mampu mengelakkan roh menggangu mereka dan mengakibatkan kemalangan. Menurut maklumat dalam laman web thailandguru.com, perbuatan meletak anak patung adalah budaya orang Thailand kerana mereka percaya roh orang yang mati akibat kemalangan akan berkeliaran di kawasan mereka mati. Tengok keratan Harian Metro dibawah. 
 


Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T.



Amalan Syirik Gantung Anak Patung Bawah Kereta Amalan Syirik Gantung Anak Patung Bawah Kereta Reviewed by Nick Nashram on 20:21:00 Rating: 5

2 comments:

  1. betul tu.. kita patut jauhi amalan yang menjurus kepada syirik.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.