Jenis-Jenis Topeng Blogger

Sebelum ne aku ada buat entry pasal jenis-jenis, sekarang aku nak cite tentang jenis-jenis topeng blogger pulak. Jika korang adalah blogger, adakah korang memakai salah satu dari topeng ne?  


TOPENG DIRI SENDIRI

Siapa korang di dunia realiti, maka samalah jugak korang di dunia maya. Kalau korang memang tak suka dengan sesuatu isu tu, korang selamba je tulis kat belog. Tak kira lah ramai ke tak orang akan datang komen dan kutuk, lebih-lebih lagi benda tu sesuatu yang melawan arus. Blogger seperti ne berani dalam menyatakan sesuatu perkara, kalau dia kata putih maka putih lah jadinya. Aku salute dekat blogger macam ne.


TOPENG DUA ALAM

Sikap korang di alam realiti sangat-sangat berbeza di alam blog. Kalau kat luar orang tengok muka skimpus, cakap pun tak berapa lebat. Tapi bila dapat keyboard terus je macam peluru AK-47 kau tulis. Bahasa pun macam-macam stail keluar, maki hamun carut sume taruk. Maknanya jangan ingat orang di dalam belog tu sama dengan orang di alam maya.Mana lah tahu kot-kot kat luar tu seekor kucing tapi dalam dunia maya menyamar jadi blogger :)
TOPENG ALIM
Kalau ada belog gosip-gosip artis, kau lah yang akan tolong nasihat. "Apa nak jadilah dengan dia ni, ingatlah balasan Tuhan.." contohnya. Tapi sebenarnya kau pun tumpang enjoy jugak layan berita-berita tu. Siap bookmark lagi, kan? Yang ne korang boleh pegi tengok banyak kat belog-belog hiburan.

TOPENG TRAFIK
Ok, kadang-kadang aku pun pakai topeng ne. Maknanya menulis belog bukan untuk menulis apa yang kita suka, tapi semata-mata nak kejar trafik dan follower. Sebagai contoh la sesetengah blogger tulis "new entry ! follow blog i , i will follow u back. Jangan lupa like i punye fanpage sekali ye". Buatlah, memang tak salah. Cuma aku tak buat la macam ne. Bagi aku, kalau entry tersebut bagus, orang akan baca dan komen. Pastu diorang akan follow sebab diorang betul-betul suka belog tersebut!
 
Kadang-kadang kita semua perlukan topeng ne. Aku juga banyak kali terfikir macam-mana nak menjadi penulis belog yang betul-betul jujur, dan menulis hanya kerana diri sendiri. Hakikatnya, memang susah. Setiap apa yang ditulis mesti ada perkara yang nak dicapai disebaliknya.
Jenis-Jenis Topeng Blogger Jenis-Jenis Topeng Blogger Reviewed by Nick Nashram on 21:51:00 Rating: 5

20 comments:

  1. Saya pakai topeng Kane macam dalam wrestling tu je. Haha. Nice entry :)

    ReplyDelete
  2. mai gune konsep diri sendiri kutt..teheee

    ReplyDelete
  3. Hhah, banyak jugak topeng. Jangan bermuka muka sudah.

    ReplyDelete
  4. Hmph.....ada betolnya....tp kite xtau kite ni topeng apa...sebab kite suka berblog berkongsi cerita hasil karya kite....hehe...

    ReplyDelete
  5. aku topeng 2 alam.Realiti aku mmg tak bnyak cakap, pendiam tapi kalau depan keyboard humagaih aku sendiri tatau nak describe camne

    ReplyDelete
  6. heehehe.. kekadang jadi diri sendiri. kekadang terover dos bila dapat keyboard.. hihihi :)

    ReplyDelete
  7. betul2. saya ni jenis yg tak suka tulis bende sensitif. sy kalau boleh nak tulis bende yg semua org boleh terima. Taknak ada org sentap kalau boleh :)

    ReplyDelete
  8. ya memang kita hrs memilih topeng mana yg terbaik..

    ReplyDelete
  9. topeng alim tu ramai.....

    ReplyDelete
  10. Guwa pakai topeng Amuk okeh :)

    ReplyDelete
  11. @Rhea Meera

    Wa.pun sama gak topeng amuk....

    ReplyDelete
  12. thanxs a lot atas komen korang ne..hahaha
    sesetengah blogger ada guna macam-macam topeng..
    pada aku guna la topeng diri sendiri..
    baik buruk pun tu la diri kita..
    apa pun peace :)

    ReplyDelete
  13. Anonymous12 July, 2012

    v3nd3tta puny3....

    ReplyDelete
  14. kdg2 traffik...kdg2 dua alam time bnyak bnde nak tulis...

    ReplyDelete
  15. buka dulu topengmu..
    haha
    jadi diri sendiri lebih baik..

    ReplyDelete
  16. awak rasa sy blogger yg bagaimana ? hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.