Apa Lelaki Buat Bila Putus Cinta?

 
Masa bercinta semua indah. Kentut pun wangi. Jalan pun tak jejak kaki. Senyum meleret sampai ke telinga. Pendek kata semua gembira sakan la. Tapi bila putus cinta orang tengok pun kesian. Muka masam 24 jam. Ada juga sanggup terperap dalam bilik, siap tulis sign no entry lagi. Macam ne la adat bila orang putus cinta. Sebelum ne aku ada tulis entri pasal Apa Perempuan Buat Bila Putus Cinta. Sekarang giliran lelaki pulak. So, bila putus cinta lelaki biasanya akan buat salah satu daripada yang di bawah ne.
_________________________________

1. Buat-buat cool sedangkan dalam hati menangis. Segagah mana pun lelaki, tapi dalam bab putus cinta ne berderai jugak air mata tu.

2. Lebih suka menyendiri dan jadi lebih pendiam. Tapi tak lama, seminggu je. Dalam tempoh 'period' ne, dia berusaha nak buang semua kenangan bersama bekas kekasih dia tu.

3. Tutup lampu dan terus masuk tidur walaupun time tu baru pukul 8. Bila roomate tanya kenapa dia jawab "penat main bola petang tadi".

4. Mula merokok sebab nak lupakan kisah lama. Pekena 2 3 batang rokok terus khayal. Jangan terpengaruh dengan dadah sudah la. Ingat, bunga bukan sekuntum.

5. Jadikan bekas kekasih sebagai kawan. Kalau lelaki yang jenis tak kisah walaupun dah putus, tetap berkawan. Kalau lelaki yang emo, bila dah putus cinta tu maknanya putus segalanya.

6. Layan dengar lagu jiwang. Tapi tak pasang kuat takut kantoi. Guna dengar earphone sambil-sambil mengimbau balik kenangan terindah dengan bekas kekasih.

7. Mula bersosial. Kalau dulu, nak lepak dengan kawan tak ada masa sebab duk berkepit dengan awek. Bila dah putus, 25 jam habiskan masa dengan lepak kat luar.

8. Tak kisah dah pasal handphone. Campak macam tu je. Kadang-kadang top up. Bukan ada orang nak SMS pun katanya kecuali Celcom je.
 
9. Masih mengharapkan bekas kekasih dia tu bertanya khabar walaupun satu SMS je.

10. Semua barang dan hadiah yang bekas kekasih dia bagi akan diletakkan dalam kotak dan disimpan dalam stor.

11. Ada jugak yang mula merefleksi kekurangan diri. Kalau masa kapel dulu, pakai selekeh je. Bila dah putus cinta, pandai berfesyen dah.
 
12. Berubah menjadi playboy dengan alasan nak ubati kekecewaan dan balas 'dendam' terhadap bekas kekasih dia pernah buat.

Entri yang korang mesti baca : Apa Perempuan Buat Bila Putus Cinta?


Apa Lelaki Buat Bila Putus Cinta? Apa Lelaki Buat Bila Putus Cinta? Reviewed by Nick Nashram on 15:53:00 Rating: 5

8 comments:

  1. ooo...gitu ek

    tapi yg no5 tu, tak setujulah, kalau dah puts putuslah..nak buat kawan apa lagi heee

    ReplyDelete
  2. hahah..tak tau la.maybe diorang ingat sebab dah lama kapel kalo tak jadi pun kira kawan je la.

    ReplyDelete
  3. erm.. no.6 tu cm pelik plak...
    maybe ade la kot lelaki cmtu? hihi

    ReplyDelete
  4. sure ada yang buat camtu..
    bukan senang nak lupakan kisah lama tu..huhu

    ReplyDelete
  5. haha...
    ni pun baru putus cinta.dulu bukan main blagak.. dh kena tinggal baru nyesal..sedih gila

    ReplyDelete
  6. Act i'm a girl.. no matter what i still membe gan ex i. Rsenya bile jdi membe lagi senang terima dorang n angap mcm nothing happen sblum nie.. tde la rse sedih sngt nnty..

    ReplyDelete
  7. Act i'm a girl.. no matter what i still membe gan ex i. Rsenya bile jdi membe lagi senang terima dorang n angap mcm nothing happen sblum nie.. tde la rse sedih sngt nnty..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.