9 Wanita Yang Berada Dalam Neraka


1.Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
 Sebab : kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya. 
 Sebab : kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. 
Sebab : kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
 
4.Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. 
Sebab : kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Sebab : kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6.Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Sebab : kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7.Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
Sebab : kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8.Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
Sebab : kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9.Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Sebab : kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

9 Wanita Yang Berada Dalam Neraka 9 Wanita Yang Berada Dalam Neraka Reviewed by Nick Nashram on 20:30:00 Rating: 5

2 comments:

  1. masyaAllah..takutnyeeee ='=
    thanks sebab sudi share :)

    ReplyDelete
  2. info untuk dikongsi bersama :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.