Nak Tahu Anda Kurus Atau Gemuk?

OBESITI adalah suatu masalah yang cukup merisaukan di kalangan remaja. Pada remaja perempuan, kegemukan menjadi masalah yang cukup berat, kerana keinginan untuk tampil sempurna. Maklumlah nak dapat tubuh ramping atau langsing dan cantik, merupakan idaman bagi mereka. 
 
Perkara ini semakin disemarakkan dengan berbagai-bagai iklan di televisyen, surat khabar dan media massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita yang langsing dan iklan pelbagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk merampingkan tubuh.
 
Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan. Lelaki pun sama, takut juga akan jadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk akan ada masalah nak pikat awek. Ramai remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuhnya ideal (menjadi sedikit berotot) dan ramai yang mula pergi gym.Baguslah kalau macam tu.

So, tengok sikit faktor-faktor yang menyebabkan obesiti atau kegemukan ne. Antaranya ialah :
GENETIK
 
Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.


KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK
 
Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain dari otak dan kelenjar di bawah otak. ‘Hipotalamus’ mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.

Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan); ‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas menghalang nafsu makan (pemberhentian atau pusat kenyang).
 
Daripqada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.

POLA MAKAN BERLEBIHAN 
 
Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan, apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebih inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangi berat badan.

KURANG GERAK SUKAN  
 
Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh orang tersebut. Jadi sukan sangat penting dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, melainkan juga kerana dapat membantu mengatur berfungsinya metabolis normal.
PENGARUH EMOSIONAL 

Hal ini demikian kerana dalam suatu masyarakat seringkali tubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehinggakan orang gemuk cenderung berasa malu dengan penampilannya dan kesukarannya mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubungan dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka dalam keadaan tegang atau cemas.


Nak Tahu Anda Kurus Atau Gemuk? Nak Tahu Anda Kurus Atau Gemuk? Reviewed by Nick Nashram on 15:55:00 Rating: 5

No comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.