Kepada Peminat Ramalan Facebook

Tentu anda pernah cuba aplikasi macam ne kan?

sumber gambar : http://comicstriper.blogspot.com

Bukan setakat kat atas tu je, macam-macam ada lagi seperti :
"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".
"Rumah yang sesuai untuk anda".
"Pasangan yang sesuai untuk anda".
"Peratus cinta anda pada si dia".
Mesti akan ada orang yang cakap macam ne "Eleh biarlah, suka-suka je pun. Kalau tak suka remove friend je lah!"

Ini adalah daripada apa yang aku baca dekat blog orang. Bermain ramalan seperti di atas adalah perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang ramal cara moden. Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.  (http://www.isupanas.com) 


Nabi dah pesan tentang hal ini.

من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين يوماً

"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]

Kalau anda nak konpem kan lagi, silalah bertanya USTAZ AZHAR IDRUS
                                                                                                                   
Kadang-kadang aku tak faham kenapa ramai minat buat apps macam tu. Sejak bila facebook jadi ahli nujum? Apalah faedah main benda macam ne. Rasa-rasa sebab ne kot

a. sebab tak ada orang yang nak chatting dengan dia, so jadi bosan giler la.
b. sebab nak suruh orang komen pasal status dia.
c. sebab nak cari publisiti
d.sebab dah ketagih kot dengan app seperti ne.
e.sebab-sebab yang boleh diterima jika ada..hahah

Kepada Peminat Ramalan Facebook Kepada Peminat Ramalan Facebook Reviewed by Nick Nashram on 14:48:00 Rating: 5

3 comments:

  1. aq pun slalu gak main benda nih..walopon xleh nk caye..tetap main...haha

    ReplyDelete
  2. ramai kot maen benda ne,,kalo saje2 xde masalah..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.