Kenapa Cikgu Sekarang Lebih Takutkan Pelajar?

Cikgu zaman dulu dengan zaman sekarang ne jauh bezanya. Kepada yang telah jadi cikgu dan bakal jadi cikgu, tentu anda perasaan perbezaannya. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, pernah jugak la rasa penampar, berdiri atas kerusi dan kena rotan dengan cikgu..hahah. Kalau anda pernah rasa, tentu geramkan! Tapi bila teringat balik rasa macam lucu pulak.Biasalah, masa tu budak-budak lagi. Bila aku dah jadi cikgu, baru faham macam mana susah nak didik pelajar ne jadi manusia.


CIKGU ZAMAN DAHULU


1.Cikgu dahulu sangat garang kepada pelajar. Tak siap kerja rumah siap kena rotan dengan penampar sampai ada yang sanggup tak nak pergi sekolah gara-gara kerja rumah yang tak siap buat.

2.Cikgu dahulu dihormati mengalahkan pak imam masjid. Kalau orang tua yang ada anak dara, mesti teringin nak buat cikgu menantu.

3.Cikgu dahulu ditakuti murid-muridnya. Kalau bertembung dikawasan luar sekolah pun sampai ada yang lari sebab terasa aura cikgu tu.

4.Cikgu dahulu boleh maki hamun pelajarnya yang degil dan nakal. Tak ada masalah sebab murid-muridnya memiliki keimanan kepada Allah dari hasil didikan ibu bapa yang kuat.

5.Cikgu dahulu dapat lesen penuh untuk mendidik anak muridnya. Mak bapak tak kisah kalau anak diorang kena pukul ”Cikgu nak buat ape kat anak saya pun buatlah, yang penting jangan sampai cedera dan mati je".

CIKGU ZAMAN SEKARANG 




Sumber gambar : http://comicstriper.blogspot.com

1.Cikgu sekarang takut nak garang dengan pelajar. Nanti tak pasal-pasal kereta yang tercalar dan mak bapak yang datang mengamuk kat sekolah.

2.Cikgu sekarang orang tak pandang pun. Kalau orang tua yang ada anak dara pun, depa pilih yang engineer dulu yang bergaji lebih besar.

3.Cikgu sekarang kalau bertembung dengan muridnya silap gaya kena langgar pulak.

4.Cikgu sekarang nak marah pun tak boleh sangat takut nanti anak muridnya mengalami tekanan jiwa untuk belajar, nanti anak murid tu akan merosakkan dirinya.

5.Cikgu sekarang sangat terhad untuk mendidik murid-muridnya. Bila nak nasihat sikit mak bapak masuk campur ”Cikgu jangan sentuh anak saya, kalau anak saya mengadu kena pukul, saya akan saman cikgu”



Post a Comment

9 Comments

  1. tak patut la ibu bapa nak letak semua atas kepala cikgu.... pastu apa2 je tuding jari cikgu tak tau ajar...sadis sungguh

    ReplyDelete
  2. ibu bapa salah tafsir niat cikgu.kita bukan sesuka hati nak pukul pelajar.pukul bersebab.bila anak depa x lulus ujian, cikgu dipersalahkan.tugas cikgu kat sekolah je.tanggungjwb selebihnya ibu bapa la yg kena pikul.

    ReplyDelete
  3. btol..aduhh nk jentik bdak pon tkot skng ni

    ReplyDelete
  4. hahah,,jangan mira.dah jadi terbalik skng ne.budak pulak yg ade kuasa.cikgu xleh buat ape2.

    ReplyDelete
  5. budak skang tak boleh nak disentuh langsung...tapi parent nak outcomes yang bagus camna? hahah jadi cikgu memang penuh dugaan nik :)

    ReplyDelete
  6. betul, parents diorang expect 100% dari cikgu suro anak diorang lulus ujian.tu bagus.tapi yg x bagusnye bila cikgu sentuh anak diorang mula la melenting.bukan senang nak ajar budak2 ne.adoii,penat dan banyak dugaan cikgu ne..sabar2..huhu

    ReplyDelete
  7. lawa shiall cikgu dalm gmbr tu :)

    ReplyDelete
  8. this is so right...but only at few schools, sekolah bgus yg pelajar2 nya berakhlak n peribadi tinggi masih lg mghormati guru...in my case, sekolah kedua i mngajar mmg mslah disiplin teruk gila smpai xleh buat ape...turut berpunca dr pihak pngurusan yg x merancang n melaksanakan peraturan dgn betul..dlu mgajar sek premier, ok skit pelajarnya, tp yg ni masyaAllah, Allah shj yg tau...hari2 kena istighfar kita ni...kdg nk lalu kat lorong2, kat tangga2 pn takut, bdk2 suka ati je ponteng kelas tp duk tayang muka lepak kat kaki lima, kat cikgu perempuan jgn hrap la diorg nk takut..siap di'celaka'kan kita ade la..seriously like there's nothing we as a teacher can do to discipline them...kesian kat pelajar skrg sbb diorg xtau pentingnya ilmu..dtg sek semata2 budaya..

    ReplyDelete
  9. weh! mana ada guru takutkan pelajar... tengok entri terbaru nih!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.