Sunday, 10 June 2012

Cara Nak Putus Cinta Dengan Baik

1. Tahu apa yang ingin disampaikan 
Sebelum anda nak putuskan hubungan tu, anda perlu tahu apa yang nak ucapkan. Tak adalah nanti tergagap-gagap. Ingat, ucapan tak boleh sebarangan kerana ada pasangan yang tidak dapat terima dengan mudah. Tak pasal-pasal ada yang kena histeria menangis tak henti-henti. Anda perlu bersedia dengan apa yang ingin disampaikan, jangan sampai percakapan anda dibahas oleh dia kerana tidak dapat menerima perpisahan tersebut.
2. Pilih masa yang sesuai 
Kalau nak lafazkan ayat cinta, dekat mana-mana pun boleh. Tapi, bila bercakap pasal perpisahan ne, ianya seperti bom jangka yang akan meletup. So, jika anda bercadang nak putuskan hubungan dengan si dia, pilih la tempat yang sesuai. Fokus terhadap apa nak dicakap. Jangan berdalih kerana ianya melibatkan emosi dan air mata.
3. Bersikap jujur
Korang kena jujur, tak kiralah masa dalam perhubungan atau ketika nak putuskan hubungan. Berterus terang dengan si dia yang anda dah tak serasi lagi. Anda yang pilih untuk putuskan hubungan, so anda kenalah berlaku jujur. Bagi sebab kenapa hubungan yang sedia ada tak boleh diteruskan lagi. Kalau anda sudah ada orang, berterus teranglah kepadanya. 

4. Jangan sesekali menyalahkan dirinya
Bila anda dah berterus terang tentang hati dan perasaan anda, jangan sesekali menyalahkan si dia. Menyalahkan orang lain adalah sikap yang teruk. Kalau anda terus menyalahinya, sudah tentu perang dunia ke empat akan meletus. 
5. Jangan sesekali bergaduh
Bergaduh bukan satu jalan penyelesaian terbaik. Ini akan menambah lagi ketidakpuasan hati antara satu sama lain. Kalau anda sudah tidak sesuai untuk dirinya, putuskan saja kerana baik anda mahu pun dia sudah tiada ikatan dan dendam dalam hati masing-masing.
6. Jangan sesekali memotong percakapannya
Bila anda bagitahu sebab nak berpisah, pasti dia akan dengar dengan teliti kerana perpisahan adalah sesuatu yang menyakitkan hati. Tapi, bila dia minta penjelasan dan sebab mengapa, jangan cepat memotong percakapannya. Beri dia peluang untuk bertanya dan jawab dengan sejujurnya.
7. Jauhkan jarak anda
Saat anda bercakap, sila jauhkan diri anda darinya. Ini kerana si dia mungkin akan bertindak spontan seperti memukul atau memeluk anda dan sebagainya. Sila jarakkan diri untuk selamat :)

8. Jangan bercakap tentang hubungan baru anda 
Bila anda bercakap pasal perpisahan, jangan bagitahu yang ada orang baru bertakhta di hati anda kerana ini akan menyakitkan hatinya. Berpijaklah di bumi nyata kerana si dia pernah bertakhta di hati anda sebelum ini. 


2 Orang Puji Entri Ini:

selagi boleh , usahalah jaga hubungan tersebut :"|

betul kata cik mai, selagi boleh pertahan hubungan tu, kekalkan.cuma kalo dah smpai tahap x suka sgt2 dan x dpt teruskan hubungan, bole la ikut tip ne.

Post a Comment

Setiap komen anda amat dihargai : )