Budak 12 Tahun Sara Keluarga. Kita?

Usianya baru 12 tahun tetapi kesempitan hidup memaksa budak ne melupakan alam persekolahan kerana mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga. Memang seorang anak yang bertanggungjawab, sanggup bersusah payah demi keluarga.

Sejak darjah enam ketika berusia 12 tahun lagi, Ahmad Nazri mula membantu neneknya, Fatimah Abdullah, 59, dengan bekerja sambilan di sebuah kawasan pembinaan dengan menyusun bata.

"Saya kesian tengok tok (nenek) kerja seorang saja sebab masa itu mak sakit. Ayah pula dah meninggal beberapa tahun lalu. Bila habis darjah enam saya nekad tak mau sambung belajar dan nak tolong tok cari duit sebab hidup kami susah. Biarlah adik-adik saja yang sekolah," katanya di rumah neneknya di Kampung Peremba dekat Alor Setar.

Ahmad Nazri berkata, selepas tamat darjah enam dua tahun lalu, pelbagai kerja dilakukannya semata-mata mahu melihat emaknya, Nor Aishah Daud (yang baru meninggal dunia bulan lalu) dan adik-adiknya, Nor Hidayu, 13 dan Nor Erdiyani, 8, boleh hidup dengan sempurna.

"Saya pernah kerja basuh ayam di Pasar Besar Alor Setar dan terpaksa berhenti kerana tidak cukup umur dan sekarang ini saya ikut tok kerja katering dengan dibayar gaji antara RM10 hingga RM15 sehari. Lagi pun tok bukannya menyara kami adik beradik sahaja, malah tok juga terpaksa menyara pak cik kami yang sakit kencing manis," katanya.



Ahmad Nazri berkata, semasa dia buat keputusan untuk berhenti sekolah, emak dan neneknya menentang keras hasratnya itu tetapi mereka terpaksa akur apabila memikirkan kesusahan hidup yang dialami.

"Saya memang teringin nak sekolah tapi saya kesiankan tok sebab kalau saya pergi sekolah tok terpaksa kerja seorang dan menanggung persekolahan kami tiga beradik. Bila saya berhenti sekolah sekurang-kurangnya saya dapat bantu ringankan beban tok walaupun pendapatan saya tak seberapa," katanya.



Ahmad Nazri berkata, sebelum emaknya meninggal dunia pada 11 September lalu, emaknya berpesan supaya dia menjaga adik-adik dengan baik. "Saya akan ingat pesanan mak dan saya akan pastikan adik-adik tak terbiar," katanya.

Budak 12 Tahun Sara Keluarga. Kita? Budak 12 Tahun Sara Keluarga. Kita? Reviewed by Nick Nashram on 23:54:00 Rating: 5

8 comments:

  1. Kecil2 dah bertanggungjawab menguruskan adik. Mungkin sifat tu menurun dari ayah dan ibunya. Mudah2an murah rezeki dia lepas ni..

    ReplyDelete
  2. Kita patut amik contoh dengan sikap diorang nie.. kan? Hehehe~ :)

    ReplyDelete
  3. Kadang kala kepayahan hidup mengajar seseorang yang muda menjadi lebih matang dari usia nya..

    http://karyakuideaku.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. bagus lah budak cam tu..
    rasanya zaman kita 50 tahun dulu ada anak2 cam nih
    tp skrg, umur 20 pun cam 12 tahun dulu... :)

    ReplyDelete
  5. terbaek r budak nih...smoga rezeki dia bertambah maju...

    ReplyDelete
  6. Anonymous12 June, 2012

    mana p pej zakat.....hg tau kutip sj....

    ReplyDelete
  7. memang bagus lah budak ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.