Cara Nak Cairkan Hati Wanita Ketika Bertengkar

Anda sebagai wanita merasakan bahawa pasangan anda sudah terlalu jujur untuk menceritakan segala rahsia. Adakah anda cukup mengenali lelaki? Pasti tidak! Ini kerana lelaki biasanya akan menyimpan sedikit rahsia yang terlalu peribadi bagi mereka. Jadi apakah rahsia terbesar yang selalu disimpan oleh lelaki? Disenaraikan lima rahsia terbesar lelaki pada wanita.

1.Jangan Naikkan Suara

Perkara ini kepantangan wanita. Kalau anda menaikkan suara, pasangan akan bertambah baran dan angin. Bagi wanita, lelaki yang suka meninggikan suara adalah lelaki sombong dan angkuh. Suara yang keras dan tinggi lambang keegoan lelaki. Kalau lelaki bersuara tinggi, wanita akan lebih meninggikan suara kerana tidak mahu mengaku kalah. Kesudahannya keadaan menjadi lebih buruk.

2. Jadi Pendengar Yang Baik dan Yang Pertama

''Be the first man to listen''. Lelaki sememangnya mempunyai reputasi yang buruk sebagai pendengar. Mereka jarang menumpukan perhatian pada ayat awal seorang wanita dan juga penyudah kata-kata wanita. Bagi mereka suara wanita ketika bertengkar atau berleter mungkin bagai nyamuk yang hanya kuat berdengung ketika. Ini sering menjadi punca kepada pertelagahan wanita dengan lelaki kerana lelaki akan lebih banyak menjawab dengan, “Aaaa… apa dia?” Setiap kali wanita bercakap.

3. Fokus Satu Topik

Wanita memang suka bercakap malah ada juga berbelit-belit. Kejap begini, kejap begitu. Lebih buruk jika keadaan emosi wanita sedang terganggu. Oleh itu biarkan pasangan anda berleter atau membebel tapi jangan sesekali anda pura-pura tidak dengar atau mengalih topik. Ini akan menjadi kemarahan mereka. Bagi mereka anda tidak boleh dibawa berunding.

4. Mengaku Salah, Anda Akan Menang

Ada satu rahsia tentang wanita tatkala bertengkar dengan kaum hawa. Tak guna berhujah panjang dengan wanita sekiranya bertengkar dengan mereka. Selalunya kaum wanita tetap mahu menang, walaupun mereka salah. Namun kalau anda dengan penuh berhemah dan selamba mengakui sebarang kelemahan, kekurangan atau kesilapan diri anda nescaya isteri atau teman wanita anda akan cair dan terus senyap. Dalam sentap sebenarnya pertelingkahan berakhir. Tetapi bukan mudah melakukannya, ia memerlukan kekuatan diri lelaki agar merendahkan ego mereka.

5. Biarkan Si Dia Melayan Perasaan

Ada ketikanya pertengkaran dengan pasangan berlaku hanya kerana perkara yang kecil dan ia boleh saja terjadi ketika wanita dalam situasi beremosi iaitu ketika kedatangan haid. Jika ia berlaku, pejamkan sajalah sebelah mata, diam dan buat faham sahaja. Walaupun mungkin pasangan akan menangis tapi berdiam diri adalah cara yang terbaik. Itu sahaja ubat kepada emosinya yang tercalar tapi setelah itu jangan lupa pula memujuk dirinya. Wanita kan suka dipujuk!

6 .Ungkapan Maaf

Sukar untuk lelaki melafazkan maaf. Jarang sekali mereka minta maaf pada kesilapan yang berlaku. Tapi tidak rugi sebenarnya anda mengucapkannya kalau anda mahu hubungan sentiasa jernih dan harmoni. Wanita selalu membuat andaian, lelaki pandai membeli jiwa kala sedang memikat. Ketika itu semuanya serba baik, semua tidak menjadi halangan. Namun apabila sudah pasti mendapat cinta wanita, lelaki mulai menyerlah sikap egonya. Jadi apa salahnya kalau lelaki beralah sikit untuk kebah.

Cara Nak Cairkan Hati Wanita Ketika Bertengkar Cara Nak Cairkan Hati Wanita Ketika Bertengkar Reviewed by Nick Nashram on 07:41:00 Rating: 5

No comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.