Tanda-Tanda Lelaki Merajuk


Rajuk lelaki biasanya dikaitkan dengan wanita. Pantang ditegur sikit, rajuknya berpanjangan. Berikut adalah tanda-tanda lelaki sedang merajuk.

Diam membisu
Kalau sebelum ini mulutnya ramah bercerita tetapi apabila merajuk, lelaki biasanya diam seribu bahasa. Kalau anda bercakap dengannya, dia akan buat tak tahu sahaja. Kalau berhadapan dengan situasi macam ne, pandai-pandailah anda memujuknya. 

Buat tak tahu
Kalau sebelum ini pasangan anda rajin membantu tetapi kali ini, dia akan buat tak tahu saja meski pun anda sudah memanggilnya banyak kali. Kalau anda meminta pertolongan darinya, dia akan buat acuh tak acuh sahaja. Seolah-olah anda bercakap seorang diri. 

Muka masam
Jika buat tak tahu, anda mungkin boleh bersabar lagi tetapi jika pasangan sudah mula menarik muka, tentu anda rasa tertekan. Tetapi bagi lelaki merajuk, muka masam sinonim dengan mereka. Itu tandanya dia sedang protes dan tidak menyenangi sikap anda yang mungkin telah menegurnya.

Enggan makan bersama

Lebih teruk lagi jika lelaki enggan makan bersama meskipun anda sudah mengajaknya berkali-kali. Ia sebagai tanda protes tidak berpuas hati dan dia lebih senang berlapar dari memakan makanan yang anda masakkan untuknya.

Marah-marah
Lelaki mempunyai ego yang tersendiri. Lelaki sering beranggapan mereka betul meskipun pada pandangan anda ianya tidak betul. Namun, demi menegakkan kebenaran, dia tetap marah-marah.

Tidak menelefon
Kita selalunya risau jika tidak memberitahu pasangan di mana kita berada. Lelaki merajuk biasanya tidak akan menelefon memberitahu dimana dia berada, Tujuannya, dia mahu anda risau dan tercari-carinya.

Terus keluar rumah
Satu lagi cara lelaki merajuk ialah dia akan keluar rumah tanpa memberitahu ke mana arah tujuannya. Sebagai pasangan, anda tentu buntu memikirkannya. Lebih teruk lagi jika dia menutup telefonnya dan anda tertunggu-tunggu ke mana dia pergi.

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk Tanda-Tanda Lelaki Merajuk Reviewed by Nick Nashram on 12:04:00 Rating: 5

1 comment:

  1. yeahhhh ! semua jelas sekali. mekacih yer :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.