Kesan Merokok Terhadap Bayi


Menurut kajian terdapat lebih 600,000 perokok sekunder iaitu mereka yang tidak merokok tetapi duduk disamping perokok mati setiap tahun di seluruh dunia. Daripada jumlah itu, 165,000 adalah kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dan 64 peratus daripada jumlah mangsa itu adalah wanita.Tembakau membunuh kira-kira 5.7 juta orang di seluruh dunia setiap tahun. 5.1 juta daripada perokok dan 600,000 daripada perokok sekunder. Terdapat lebih 1.2 billion perokok di seluruh dunia.


Di Malaysia, kita sering melihat bapa yang merokok depan anak-anak mereka yang masih kecil. Ada jugak yang merokok sambil pegang bayi. Apakah mereka ini tidak sayang anak? Buat anak pandai, jaga anak tak pandai. 

Kajian menunjukkan bayi yang mempunyai ibu bapa perokok lebih kerap sakit dan mendapat bronkitis atau pneumonia. Paru-paru bayi lebih kecil berbanding bayi yang dibesarkan dalam persekitaran bebas asap rokok.Kanak-kanak ini juga lebih mudah mendapat asma dan seterusnya asap rokok akan menjadikan asma mereka semakin teruk dan lebih sukar dikawal.

Yang ne belum kira dengan perokok tegar lagi. Biarpun pelbagai kempen dijalankan, termasuk memaparkan grafik ngeri pada kotak rokok dan penghasilan iklan yang sarat dengan natijah merokok, semua itu dipandang sebelah mata oleh perokok tegar. Cakaplah apa saja mengenai bahaya merokok. Namun bagi perokok tegar, rokoklah teman sejati.


Sekarang ne bukan lelaki sahaja yang merokok. Perempuan pun sama dengan alasan mahu mengekalkan bentuk badan supaya kekal langsing. Ingat, wanita yang merokok berisiko tinggi mendapat keguguran, bayi tidak cukup bulan dan bayi meninggal dalam rahim. Ada juga yang merokok sebab nak kelihatan bergaya dan matang. Macam-macam alasan dibagi sebab nak merokok!

Kepada yang merokok, berhentilah merokok. Bakar duit je. Hidup hanya sekali. Bukan setakat menyusahkan diri kita tapi orang lain jugak.

Kesan Merokok Terhadap Bayi Kesan Merokok Terhadap Bayi Reviewed by Nick Nashram on 16:07:00 Rating: 5

No comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.