Rahsia Warna Baju Lelaki

Merah 
Melambangkan sikap dominant, kuasa dan pehatian. Lelaki yang berbaju merah tak takut untuk menonjolkan dirinya dikhalayak ramai. Juga turut dikatakan mempunyai sexual energy yang tinggi. 

Merah Jambu
Mat jambu?..hehehehhe.. mane ade lelaki yg suka digelar camtu. Kalau ada la pasangan korang yang pakai kaler ne, mungkin dia nak mencerminkan attitude dia yang bagus, tenang dan kesihatan dia yang bagus.. (pink of health). Tapi tak semuanya tepat!

Hitam
Em, warna yang paling popular dalam apa gaya sekali pun. Biasanya lelaki yang suka pakai kaler ne, nak kasi tau kat korang yang dia ne mahu dilihat bergaya elegen, mempunyai kuasa dan mempunyai sokongan orang disekeliling dia. Kalau kaler ne dikenakan kemas, ia membayangkan imej yang rapi, simple tapi versatile! Tapi, lelaki yang memakai kaler ne juga dikatakan amat mementingkan dirinya sendiri dan tak suka kena control oleh temannya! Tapi kalau serba hitam sepanjang masa, berkabung la kot! 

Putih
Pakaian putih memberi maksud bersih, suci dan tidak tercemar! (Extrmely clean appearance). Dengan syarat, pakaian tadi tidak kotor, tidak bertompok. Ada juga yang mengatakan kaler ne mencerminkan si pemakai mempunyai status sosial yang tinggi, kerana ia nampak mahal, mungkin juga sebab kaler putih yang sukar dijaga.

Biru 
Menegaskan sikap pemakainya yg boleh dipercayai dan mudah mesra. Kaler ini juga boleh mengubah penampilan si pemakai kepada lebih serius, matang serta menyerlahkan sisi intelektualnya. Lelaki yang suka pakai kaler ne pun, dikatakan berjiwa lembut, mudah mengalah, tidak suka bergaduh dan sanggup buat apa saja untuk pasangannya! (bertuah badan dapat pakwe yang ne)

Kuning
Amat merangsang visual dan pemikiran! Lelaki yang suka pakai kaler ne dikatakan cuba memaparkan sikap optimistic, yakin terhadap kerjaya dan masa depan.

Hijau
Lelaki yang pakai kaler ne, dikatakan selalu bersikap tenang dan relaks dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mudah melatah, marah malah dikatakan bijak megendalikan hal-hal kewangan! 

Coklat
Kaler ne suatu masa dulu pernah dikaitkan dengan gaya tidak formal, tapi sekarang tidak lagi! Ianya menjadi kaler alternative untuk ke office selain kaler hitam, putih atau kelabu. Lelaki yang suka pakai kaler ne, dipercayai selalu bersikap penyabar, tidak suka cakap besar, matang dan bertanggungjawab disamping selalu merendah diri.

Kelabu
A touch of class. Warna kelabu mudah di suaipadan dengan sebarang kaler lain. Ia memperlihatkan personality lelaki yang efisyen, bijak dan tegas! Tapi, lelaki yang berpakaian kelabu turut dikatakan amatlah perlahan dalam membuat keputusan!

Rahsia Warna Baju Lelaki Rahsia Warna Baju Lelaki Reviewed by Nick Nashram on 22:48:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Hai Cikgu English!

    sy budak baru belajar hehehehe

    ReplyDelete
  2. hi azham,,welcome to my blog :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.