Kepada Yang Bernama Nik


Salam semua. Kepada yang bernama NIK, pernahkah anda tahu tentang asal usul keturunan NIK?? Dalam artikel ne ada sedikit info mengenai keturunan NIK. Mesti korang bangga bila tahu keturanan NIK ne macam mana. So, korang bacalah.

NIK adalah merupakan awal nama keluarga yang terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pattani Darus Salam. Terdapat pelbagai teori tentang asal usul nama NIK ini.

Berdasarkan info yang diperolehi daripada Majlis Agama Islam Kelantan, keturunan NIK ada 2 jenis iaitu keturunan yang diberi gelaran atau pangkat oleh raja-raja zaman dulu kala atau dikira keturunan bangsawan atau pembesar. Yang kedua, keturunan NIK yang asli, maknanya nama yang bermula dengan NIK ne berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin, cucu Rasulullah. Tapi awas!!!, keturunan Syed pun terbahagi 2, sama ada yang asli, yang berasal dari nasab Rasulullah, atau pun yang sudah tidak asli seperti Kaum India yang lahir pada hari Jumaat ( Syed malam jumaat).Dan biasanya hanya mereka dan keluarga mereka yang asal (yang masih menjaga nasab) mengetahui keaslian keturunan mereka.

Dalam masyarakat tradisional Kelantan, nama pangkal NIK melambangkan status sosial yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat di mana TENGKU berkedudukan teratas dengan diikuti oleh NIK dan NIK adalah unik bagi Kelantan sahaja.Selain itu, "Tuan", "Wan" dan "Raja" malah "Che" juga, turut digunakan tetapi tidak seluas dan sekerap NIK. Oleh yang demikian, orang Melayu yang bernama pangkal NIK, 99.9% boleh dikesan susur galur mereka dari negeri Kelantan walau bukan menetap atau dilahirkan di Kelantan.

Nama NIK wujud setelah mana kerabat raja lelaki berkahwin dengan bukan kerabat maka anak akan diletakan nama NIK, tidak kira walaupun ayah bergelar raja,tengku atau tuan .So, maknanya NIK adalah campuran kerabat raja + orang biasa.

NIK banyak digunakan kerana ketiga-tiga cabang keluarga diraja Kelantan tak kira Raja Jembal, Long Gaffar atau Long Yunus memang menggunakan nama NIK bila sebelah perempuan berkahwin dengan orang luar. Sebab itulah ramai yg bernama NIK. Lagi satu biasanya org bernama NIK ni GENIUS sikit ,mungkin kerana perkahwinan campur. Ramai yang bernama NIK berjaya orangnya :)

Bila sudah berkahwin, gelaran yang akan diberikan kepada anak-anak adalah seperti berikut :

tengku (lelaki ) kahwin perempuan biasa = tengku.
tengku (perempuan) kahwin lelaki biasa = nik atau tengku
raja (lelaki) kahwin perempuan biasa = nik atau raja
raja (perempuan) kahwin lelaki biasa = nik
nik (lelaki) kahwin perempuan biasa =nik
nik (perempuan) kahwin lelaki biasa = tiada
tuan/wan/che (lelaki) kahwin perempuan biasa =tuan/wan/che
tuan/wan/che (perempuan) kahwin lelaki biasa =nik/tiada/tiada/

Apa-apa hal pun, berbuat baik mestilah kepada semua orang dan Islam sendiri tidak menyukai orang-orang yang berbangga dengan keturunan masing-masing. sebab, keturunan bukanlah jaminan seseorang itu masuk syurga..

Wallahualam..

Kepada Yang Bernama Nik Kepada Yang Bernama Nik Reviewed by Nick Nashram on 18:48:00 Rating: 5

4 comments:

  1. And mostly yg nm Nik comey2.hahaha..but sadly,some are untrustable big liar..not all but some.hoho

    ReplyDelete
  2. And mostly yg nm Nik comey2.hahaha..but sadly,some are untrustable big liar..not all but some.hoho

    ReplyDelete
  3. Selatan Thailand daripada dahulu dan hari ini adalah minat pihak kerabat Raja Siam untuk menaluki dalam apajua cara.Sesudah kejatuhan pemerintahan Raja Jembal Jammu dan Negara Menara,kezaliman telah diletakan keatas sesiapa sahaja yang bergelar kerabat samada daripada Raja Jembal dan sebagainya.Untuk menyelamatkan diri dan keturunan nama NIK telah digunakan kepada ahli kerabat putera dan NANG ahli kerabat Puteri.Oleh itu gelaran NIK untuk putera dan NANG untuk puteri adalah nama pada gelaran kepada ahli-ahli kerabat Raja Siam yang diterima pakai oleh nenek moyang terdahulu untuk "terus hidup".

    ReplyDelete
  4. Ni post angjat bakul..ni nasab Rasulullah jugak kot

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.