Kenapa Gaji Cikgu Naik Ada Je Tak Puas Hati?

Mulai Januari 2012, gaji cikgu-cikgu akan dinaikkan. Berita seperti mengembirakan golongan pendidik. Setelah bersusah payah nak didik anak-anak bangsa ne menjadi 'orang' akhirnya dapat jugak imbuhan daripada kerajaan. Tetapi masalahnya ada jugak desas-desus pihak yang tak puas hati dengan mempertikaikan kenaikan gaji cikgu lebih-lebih lagi gaji cikgu yang baru masuk mengajar. Gaji permulaan cikgu baru ialah RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun. 


Antara alasan yang cuba dipertikaikan ialah kerana :

1. Gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta. 
2. Kenaikan gaji asas guru baru lebih tinggi dari gaji asas seorang doktor gred 41.
3. Ada juga kalangan guru yang lama merungut sebab usia mereka semasa masuk DG41 dah lanjut, tetapi  gaji sama banyak dengan guru yang fresh graduate degree. (yang ne antara cikgu dengan cikgu)

Hakikatnya, berita seperti ne memang berita baik untuk para guru. Cuma mungkin ada elemen dengki dan tak puas hati. Biasalah manusia kan. Kalau dekat blog, ramai gak yang komen pasal kenaikan gaji cikgu. Ada yang cuba bandingkan tugas cikgu dengan polis, dengan doktor dan macam-macam lagilah. Kononnya tugas-tugas polis dan doktor lebih teruk dan banyak dari cikgu lagi. Ada jugak yang mengatakan cikgu lebih banyak goyang kaki dari mengajar. Aku malas nak cakap banyak. Yang ne je aku nak bagitahu, polis kalau silap tangkap orang masuk penjara, doktor silap rawat orang boleh bawa kepada kematian. Tetapi kalau cikgu silap mengajar boleh rosak satu generasi. Fikir-fikirkanlah.


ADAKAH ANDA SANGGUP DIHANTAR KE PEDALAMAN UTK BERTUGAS? ”ADAKAH ANDA SANGGUP BEKERJA LEBIH MASA TANPA IMBUHAN? ADAKAH ANDA SANGGUP MENERIMA KERJA INI DGN GAJI KECIL INI? Soalan-soalan inilah yang ditanya semasa seisi temuduga. Kalau anda yang tidak memilih profession perguruan, adakah anda akan berkata 'YA' atau sebaliknya.

Dan berapa ramai yang akan cakap seperti ne : "CIKGU, terima kasih kerana mendidik anak saya.kalau saya ada 11 org anak, cikgu ada lebih 30-50 ramai anak murid yang tiada hubungan darah untuk dididik. Sungguh besar pengorbanan cikgu.”


KESIMPULANNYA

1. Jangan ada dengki, tak puas hati dan meluat dengan kenaikan gaji cikgu.
2. Tubuhkan kesatuan yang kuat dan lantang mewakili kerjaya masing-masing untuk perjuangkan hak dan keistimewaan. Setakat ‘menyalak' sesama rakyat tiada hasil.
3. Semua pekerjaan ada tekanan dan stress, tak kiralah kerja apa pun. Cuma yang rasa banyak tekanan dengan kerja masing-masing sebab tak boleh nak lawan dengan stress. Satu lagi sebab pengurusan masa yang tak cekap.
4. Sebagai contoh JURUTERA, LAWYER & DOKTOR ditaja semasa study oleh JPA & MARA. Guru kebanyakannya terpaksa guna duit sendiri atau pakai duit PTPTN untuk bayar yuran pengajian kecuali guru lepasan IPG kerana mereka diberikan elaun.

P/S: Semua kerja ada stress, ikut kemampuan masing-masing dari segi pengalaman dan keterpelajaran seseorang. Cuba tengok orang yang hidup merempat dan terkial-kial untuk mencari kerja. Bersusah payah diorang berkejar sana sini semata-mata untuk dapatkan kerja. Syukurlah kita yang ada kerja ne. Tak kiralah kerja apa dan berapa banyak gaji yang kita dapat. Sebab itulah profession yang kita dah pilih.

Kenapa Gaji Cikgu Naik Ada Je Tak Puas Hati? Kenapa Gaji Cikgu Naik Ada Je Tak Puas Hati? Reviewed by Nick Nashram on 14:20:00 Rating: 5

7 comments:

  1. SETUJU!!!!!

    ReplyDelete
  2. setuju dgn anda, tq share info.

    ReplyDelete
  3. sgt bernas hujah tuan....

    ReplyDelete
  4. cer btolkan balik poin no 4..ak rase kurang tepat..n artikel ni ade sikit bias..

    ReplyDelete
  5. Masuk pagi balik tengahari pun nak kecoh ke? Orang lain perti kerja pagi balik sampai ke malam tapi gaji masih ciput masih lagi bersyukur...

    ReplyDelete
  6. skunk jd cikgu makin pening sbb nak buat PBS. lau bdk pandai xpe senang.lau bdk y kaki tdo dlm klas n kaki ponteng...warghhhhh

    ReplyDelete
  7. 1. point No. 3 tu betul sbb skim gaji semasa Tun M diubah pada 1 Julai 2007 oleh Pak Lah ikut kiraan JPA dan Cuepacs, mmg skim gaji guru rosak teruk. Skrg dah dibetulkan balik ttp yg untung ialah golongan muda, yg senior telah 'ditendang keluar' secara perlahan2. Guru2 membeli pelbagai alatan kerja sendiri spt laptop, printer, ink printer, kertas cetak (di rumah) dan banyakkkk lagi.....lain2 jabatan dibekalkan perlatannya termasuk uniform! Jadi wajarlah gaji dinaikkan.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.