Thursday, 5 April 2012

Cara Nak Dapatkan Six Pack


Soalan yang biasa orang tanya kalau nak dapat six pack. Antaranya :

a. Kalau aku gemuk boleh ke dapat six pack?

b. Berapa lama kena workout baru dapat six pack?

c. Kena diet ke baru boleh dapat bentuk badan macam The Rock?

Kalau anda sejak lahir lagi dah jadi Sparta lainlah cerita. Bukan senang nak dapat bentuk badan yang ideal. Motivasi dan disiplin memang penting. Kalau buat sekadar hangat-hangat tahi ayam memang tak tercapai. Sembang je kalau tak buat pun sama. Sekarang sudah masuk setahun aku workout kat gym. Walaupun duit habis tetapi berbaloi jugak dapat 6 six pack,,heheh. Setakat ne aku tak ambik sebarang protein lagi. Hanya workout dekat gym. So, aku nak share lah sikit macam mana cara nak dapatkan six pack ne.


TURUNKAN BERAT BADAN DULU

Yalah, kalau perut boroi macam mana nak dapat six pack. Bagi aku ada 2 cara dimana anda boleh turunkan berat badan iaitu melalui cara yang cepat dan cara yang lambat. Kalau nak cepat kuruskan badan cuba order Polythermex atau Herba Life. Kawan-kawan aku banyak guna produk ne.

Setakat ne dalam masa 2 bulan boleh tengok perubahan pada bentuk badan diorang. Cara lambat adalah melalui diet dan exercise. Kalau yang ne susah sikit. Macam-macam alasan yang selalu kita bagi. Tidak ada masa, penat balik dari kerja dan seribu satu alasanlah. Ingat, nak six pack tak nak 1000 dalih. Tapi kalau exercise yang aku suggest buat cardio macam running,walking and cycling. Exercises seperti ini kalau buat secara berterusan boleh mempercepatkan kadar pembakaran lemak dalam badan.

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan. Terdapat kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaiman ini terjadi? Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

HILANGKAN LEMAK DEKAT PERUT
    
    Kalau berat badan dah mencapai tahap ideal cuba hilangkan belly fat dekat bahagian perut. Kalau orang yang dah kurus tidak ada masalah. Tidak ada exercises yang khusus untuk menghilangkan lemak kat bahagian perut.

Tetapi, kalau dekat gym anda boleh berlari atas treadmill dalam linkungan 10 minit dan buat weight lifting exercise. Dengan cara ini, ianya akan mempercepatkan kadar dengupan jantung dan memaksa tubuh untuk menggunakan lemak yang tersimpan.

Jika anda melakukan exercise ini secara berterusan kemungkinan untuk hilangkan lemak dekat bahagian perut adalah tinggi. Yang penting jangan menimbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum dengan banyak, dan kemudian menimbang berat badan, sudah tentu barat badan anda akan meningkat. ini menyebabkan anda beras putus asa untuk berdiet :)

DAPATKAN SIX PACK

 
Cara yang terbaek untuk dapatkan six pack adalah melalui push up atau crunches. Kalau dekat gym dah ada bench untuk buat push up. Tapi kalau buat dekat rumah anda cari je lah tempat mana-mana yang sesuai. Atas katil pun boleh. Asalkan jangan tertidur sudahlah. 

Tetapi rasanya ramai yang tidak suka buat tekan tubi. Tekan tubi  lebih fokus dekat bahagian dada, bahu dan trisep. Tekan tubi atau push up ada banyak cara. 

Yang selalu aku buat semi-planche push up dengan planche push up. Tapi kalau untuk beginner mula dengan classic push up dan teruskan dengan yang lebih advanced seperti yang disebutkan diatas. Kalau ada dumbell lagi bagus. Yang belum ada dumbell boleh beli kat kedai. Murah je harga. Lebih kurang RM 100.


JAGA MAKANAN BILA DAH DAPAT 6 PACK



Jangan ingat bila dah ada six pack anda boleh makan camtu jer. Nanti tak berbaloi dengan masa dan duit yang dihabiskan tetapi dari segi pemakanan tidak dijaga. Banyakkan makan buah dengan sayur. Air pun kalau boleh minum 8 gelas sehari.Ingat, bukan air pepsi atau air coke. Air masak. Kalau air suam lagi elok.

Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan mengurangkan kadar simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak. Kalau anda makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren keran minuman yang masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula.


19 Orang Puji Entri Ini:

dapat flat tummy pun kira ok dah klu 6pax tu kira bonus heheh nice info :)

hahah,,bole jer bro kalo betol2 nak dpt 6 packs..cuba r pegi gym workout.kalo nak cepat ckt amek supplement cam polythermex ke..

Aku bulan 5 nak masuk gym semula atas nasihat bakal jurulatih

tahniah bro,,sebelum ne dah bape lama main gym??

ape sal aku baru jumpa blog ni malam-malam cm nihh . huhu

baru ingat nak tidoq . terjumpa pulak tips2 kat sini . hehe

jimmy jimbo : ahaha,,baca dulu pastu tido r. selalu ke workout??

selalu push up atas katil je,tp lepas tu lelap terusss.. ape pon tak boleh!

hahah,,kadang2 ramai orang x tahan nak buat push up..sebab tu kena bagi kuat otot lengan dulu dengan dumbbell workout.

memang tak ambil protein shake ker?
wow... respek sgt! XD

hahah,,aku tak guna protein.pakai p gym je.

Hahaha...itulah masalahnya bila sampai part push ups tu...bekas roommate selalu perli sbb badan sy x cantik, badan dia walaupun kurus sekeping ada six pack...jeles betul huhuhuhuhu

lelaki mudah nak dapat six pack sebab dia kurus dan satu lagi sebab dia atlet..huhu..nak badan cantik kena pegi gym jugak la.

six pack ni takde dalam bentuk order form ke? boleh subsrcibe ke *erk

sekarang saya cuba kuruskan badan dgn pengambilan pil kurus dari korea .
ianya berkesan kepada saya. perut saya semakin kecil . tapi saya x pergi ke gym .. tapi setiap pagi saya akan berbasikal :)
kerana malu punya badan yg berlemak dan gemuk !

Nick nashram pmakanan yg elok utk diet ape ea

Tips pemakanan utk diet ade x cik nick nashram???

BMI sy dah ideal..sy cma nk kn 6pack ja xnk ketul2 kt tmpt lain.ada x exercise/workout yg boleh sy praktikan

saya ni perempuan tp teringin gak nak ada six pack, tak nak la tough sangat asal kan ada six pack tu sikit dah kira oky

nak dpatkn abs nie perlu workout stiap hr kh?

Post a Comment

Setiap komen anda amat dihargai : )