Bagaimana Nak Mencari Pasangan Hidup


Sabtu baru ne, seperti biasa saya bertemu dengan klien. Memandangkan saya sampai lebih awal, eloklah saya alas perut dulu. Ketika tengok pilihan hidangan, terlintas dekat minda untuk menikmati hidangan bihun goreng.
 
Tapi bila tengok hidangan bihun goreng yang tersedia, sedikit pun tak menarik minat saya. Warna yang pudar, sayur kurang dan tak menarik langsung. Mata saya lebih tertumpu kepada mee goreng. Tengok nampak macam sedap dan lazat je. So, saya pun ambillah sedikit mee goreng dan bihun goreng dan masukkan ke dalam pinggan.
 
Masa nak makan sudah tentukan masukkan makanan yang sedap dulu ke dalam mulut. Penuh semangat nak suap mee goreng “Ya Allah, masinnya!” Betul-betul membantutkan selera. Rasa terpaksa saya suapkan pula bihun goreng. Subhanallah! Tak sangka bihun goreng yang tak menarik minat saya tadi mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Akhirnya, saya habiskan bihun goreng tersebut dan mee goreng terpaksa ditinggalkan kerana tak tahan dengan ‘keenakan’ garamnya.
 
Sebenarnya bukan nak bercerita pasal selera sarapan tapi nak bercerita macam mana nak mencari pasangan hidup. Macam mee goreng dengan bihun goreng, kita ne cenderung untuk pilih pasangan berdasarkan luaran sahaja. Nampak je yang cantik dan hensem mulalah terpikat. Kalau nampak yang tak cantik dan tak hensem nak tegur pun fikir banyak kali. Ingat yang cantik luaran tak semestinya sempurna dalaman. Begitulah sebaliknya.
 
Kalau dalam Facebook lelaki atau perempuan yang hensem dan cantik mesti yang jadi tumpuan. Tulis status pendek je macam ‘Boringnye hari ne’ berpuluh-puluh komen dan like diterima. Kalau lelaki dan perempuan yang tak hensem tulis status camtu jangan harap nak dikomen. Kalau yang like pun tuan empunya diri sendiri.
 
So, dalam nak menetukan pasangan hidup ne kita kena ingat apa yang Nabi pesan. Sabda Rasulullah: ‘Perempuan dikahwini atas empat perkara, kerana hartanya, keturunanya, kecantikannya atau kerana gamanya. Akan tetapi pilihkah kerana agamanya agar dirimu selamat.’ (Bukhari & Muslim).
 
Memang fitrah manusia suka pada yang cantik dan menawan. Tapi tak mengapa, Nabi pesan dekat kita supaya cari yang cantik dan hensem tapi punya agama.
 
Akhir sekali, buat solat istikharah mohon yang terbaik dari Allah. Syarat nak buat istikharah dengan penuh khusyuk dan berserah kepadanya dan bukan dalam keadaan anda telah punya pilihan atau keputusan. Sentiasa berdoa dan amalkan surah al-Mathurat setiap kali selepas solat subuh dan asar. 
 
 
Bagaimana Nak Mencari Pasangan Hidup Bagaimana Nak Mencari Pasangan Hidup Reviewed by Nick Nashram on 12:11:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Tahniah.
    Sesungguhnya kecantikan terletak pada hati yg jujur, tulus dan berpegang teguh kepadaNya, agama . Semoga menemukan jodoh yang baik ya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih,,ingat apa yg nabi pesan kalo nak cari jodoh.insha allah,selamat dunia akhirat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.