Susu Fernleaf UHT Pilihan Terbaik Untuk Keluarga Sihat

Susu Fernleaf UHT Pilihan Terbaik Untuk Keluarga Sihat l Masa zaman kecik-kecik dulu, keluarga saya bukan dari golongan berada. Untuk menikmati makanan yang mewah, memang kami tak mampu. Masih ingat lagi masa zaman kanak-kanak, pada tahun 90-an, mak ada beli susu tepung Fernleaf. Pada masa tu, susu Fernleaf dalam bentuk pek mudah dibawa belum ada lagi. Sudah menjadi kebiasaan, sarapan pagi kami hanyalah minum susu jenis yang cair iaitu susu cap teko, dibancuh sekali dengan teh atau kopi. Kali pertama minum susu Fernleaf ni, memang kami adik beradik berebut-rebut untuk merasainya. Maklumlah, bukan selalu dapat rasa. Sampai 3-4 kali kami ke dapur dalam sehari semata-mata nak minum susu tersebut. Siap kena marah dengan mak suruh kami berjimat sikit minum susu Fernleaf tu..haha. 


Keluarga sihat semestinya bermula dengan susu Fernleaf

Sejak daripada itu, saya membesar dengan jenama ini dan sampailah dewasa, peti sejuk di rumah tetap penuh dengan aneka pilihan susu Fernleaf UHT. Rasanya ramai di antara kita telah lama mengenali susu Fernleaf kan? Jenama Fernleaf ni telah berada di Malaysia sudah bertahun-tahun lamanya. Melalui penjenamaan semula dan khasiat tertinggi dalam produk tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ini, tidak hairanlah ianya sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, susu Fernleaf UHT dihasilkan dari sumber susu segar iaitu daripada lembu yang menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Patutlah rasanya berbeza berbanding dengan jenama susu-susu lain di pasaran.

Susu Fernleaf UHT Pilihan Terbaik Untuk Keluarga


Pernahkah korang terfikir ada dikalangan keluarga korang yang tidak mengambil kalsium yang mencukupi daripada pengambilan makanan harian mereka. Perlu ingat, kekurangan khasiat ini boleh membawa kepada masalah tulang rapuh. Tambahan pula, kalau kita ni sebagai ketua keluarga, keperluan pemakanan keluarga perlu dijaga. Sebab itulah, Fernleaf menggalakkan keluarga di Malaysia supaya minum susu sebelum pergi kerja atau sekolah. Hanya dua hidangan sehari boleh membantu memenuhi keperluan pemakanan untuk sekeluarga! Minum satu daripada dua hidangan sewaktu sarapan pagi bererti 200mg kalsium untuk badan korang. 

Isteri cakap minum susu Fernleaf boleh kurus tau

Macam saya buat untuk keluarga saya dengan menghidangkan susu Fernleaf UHT, minuman yang wajib ketika sarapan bersama setiap pagi sebelum kami pergi kerja. Biasanya satu pek  yang bersaiz 1 liter, kami boleh habiskan dalam satu masa sahaja. Sebelum ni, minum susu lain nak habiskan segelas pun dah rasa muak. Tapi susu Fernleaft UHT ini rasanya lain dari yang lain. Rasa segar susu mengalir dalam tekak membuatkan kita tak jemu nak minum. Isteri pulak kegemaran dia perisa coklat. Boleh kurus katanya kalau minum susu Fernleaf UHT setiap hari..hehe

Sarapan pagi cereal campur dengan susu Fernleaf..memang sedap

Kadang-kadang kami makan bersama dengan cereal. Memang tak muak dan serius sedap! Tak manis sangat. Sedang-sedang je rasanya. Dari dulu sampai sekarang, masih lagi jatuh hati dengan susu Fernleaf UHT .  Korang perlu rasai sendiri kelazatannya yang betul-betul Mmmmmmmmmmmmmmmmm!

Apa Yang Membuatkan Susu UHT Fernleaf Sedap?

Korang mesti tertanya apa yang membuatkan susu Fernleaf UHT ini sedap berbanding dengan jenama susu yang lain? Kalau korang nak tahu, susu Fernleaf UHT diusahakan sejak tahun 1893 lagi. Dengan pengalaman lebih 140 tahun dalam bidang ini, semestinya . susu Fernleaf diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand tahap kualiti hasil tenusunya terjaga

Kenapa dari New Zealand?

Di New Zealand, mereka mengusahakan ladang secara semulajadi iaitu dengan memberikan kebebasan kepada lembu ternakan mereka untuk meragut di padang rumput yang suburHasilnya, mereka memperoleh susu yang mempunyai hasil sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien yang sangat penting seperti protien yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.

Tak hairanlah kenapa susu Fernleaf sedap...tengok lembu dan rumput di New Zealand

Selain itu, di New Zealand, tanah subur, kadar hujan yang baik, cahaya matahari yang banyak telah menjadikan ianya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu berkhasiat secara semulajadiIa adalah salah satu negara yang mana lembu dapat meragut rumput secara bebas, tidak terkurung dalam kandang yang mana rumput mereka adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam. Lembu-lembu ini menghabiskan masa 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah dan secara tidak langsung mendapat kandungan Vitamin D yang sihat. Tengok dari segi penjaagaan lembu, memang patut lah susu Fernleaf, 100% susu terbaik dari New Zealand.

Susu Fernleaf UHTFull Cream Kegemaran Nazhan

Untuk kanak-kanak, susu juga merupakan zat penting dalam membantu tumbesaran tulang dan gigi diorang. Jadi, penting bagi saya sebagai seorang bapa untuk memastikan Nazhan  minum susu setiap hari sebab dia pun tak sepenuhnya breastfeed. Biasanya selepas anak kita mencecah umur 2 tahun atau sekurang-kurangnya 1 tahun (yang tak fully breastfeed), diorang dah boleh minum susu segar sebab susu segar lebih baik daripada susu formula.

Tengah syok menikmati susu tanpa guna straw..huhu

Sebab itulah saya belikan susu Fernleaf UHT Full Cream untuk dia kerana dalam produk ini there is no added sugar and the nutrition are well kept. Paling teruja sekali bila tengok dia suka minum. Untuk ibu-ibu diluar sana yang tengah fikir susu apa yang paling sesuai untuk anak yang dah berhenti menyusu badan, cubalah bagi minum susu Fernleaf ni. 

Minum Di Mana Sahaja Dengan Pek Mudah Dibawa

Setiap minggu, kami sekeluarga akan ke supermarket terdekat untuk membeli susu Fernleaf UHT. Jika sebelum ini, susu Fernleaf didatangkan dengan pek serbuk yang perlu dibancuh terlebih dahulu. Tapi produk terbaru diperkenalkan dalam bentuk pek mudah dibawa ke mana sahaja. Jadi, ianya memudahkan untuk kita bekalkan anak-anak kita dengan khasiat susu Fernleaf setiap hari tanpa perlu membancuhkannya terlebih dahulu.Hanya goncang dan minum.

Semestinya susu Fernleaf full cream pilihan Nazhan..shedapp katanya

Yang menariknya terdapat dua jenis pek yang ditawarkan iaitu 200ml dan 1liter yang didatangkan dengan 3 variasi perisa yang berbeza iaitu Full Cream, Low Fat dan juga Coklat. Rasanya yang anti susu pun kalau pertama kali rasa susu Fernleaf UHT ni, terus jadi peminat tegar. 

Jom amalkan susu Fernleaf UHT hari ini bersama keluarga untuk gaya hidup yang lebih sihat! Korang boleh dapatkan di pasaran sekarang! Ingat #fernleafuht, ingat #100Mmmmm !!!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook
Susu Fernleaf UHT Pilihan Terbaik Untuk Keluarga Sihat Susu Fernleaf UHT Pilihan Terbaik Untuk Keluarga Sihat Reviewed by Nick Nashram on 7:16:00 PM Rating: 5

No comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.