10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands

10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron HighlandsJika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands. Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highlands yang menjadikan ianya sebagai destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa.

Oh ya, jika anda merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands , dibawah adalah 10 tempat percutian menarik yang wajib anda pergi. Mana tahu ada yang belum pergi, bolehlah singgah masa hujung minggu atau waktu cuti sekolah nanti.

10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands


1. Taman Rama-Rama Kea Farm

Taman Rama-Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang. Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda nanti. Selain dari rama-rama, anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.


2. MARDI Agrotechnology Park

Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands. Seramai 100,000 pengunjung hadir ke sini setiap tahun.Juga merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia. Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.


3. Lata Iskandar

Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan. Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu, tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.


4. Pasar Malam Cameron Highlands

Pada awal Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highlands telah pun berpindah ke Sungai Ruil.Berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu 3.6km dari Pekan Tanah Rata dan 2.3km dari Pekan Brinchang.Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara makanan yg popular adalah sayur goreng tempura, pelbagai jenis seafood tempura, strawberry, "apple Cameron", jagung mutiara. Pastikan kalau beli jangung, tengok isi ye. Kadang-kadang jagung tersebut dijual dengan harga murah, tetapi isinya muda dan kecil.


5. Lavender Garden

Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highlands. Sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.Walaupun kawasannya tidak besar, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar. Selain daripada melihat bunga, anda juga berpeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.


6. Ladang Teh Boh

Sebut saja Cameron Highland, pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas.Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang. Ladang teh yang terletak di Sungai Palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar. Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa.


7. Kebun Anggur

Terdapat 2 buah kebun anggur di Cameron Highlands iaitu di Blue Valley & Bertam Valley. Musim anggur agak unik sikit, anda kena tahu timing yang sesuai untuk datang atau nak bergambar sambil petik anggur.


8. Big Red Strawberry Farm

Apabila anda melawat Cameron Highlands, Strawberry Farm adalah salah satu tempat terbaik untuk melawat di Cameron Highlands. Lokasinya di Brinchang, masuk melalui simpang Star Regency Hotel dan terus hingga 500m sehingga jumpa jambatan kecik - sebelah kanan ada kedai PCK terus ambik kanan dan terus ikut jalan menghala naik ke atas bukit. Jalan terus sehingga jumpa tempat paling atas sekali. Oh ya, yang belah bawah  semua berbayar. Jadi, boleh terus ke atas untuk yang Free Admission.


9. Mossy Forest

Keunikan hutan berlumut di atas Gunung Brinchang yang berada dalam dua negeri iaitu Pahang dan Perak, membolehkan pengunjung melihat keindahan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa. TIanya merupakan pintu masuk ke Gunung Irau. Ia adalah tempat tumpuan pelancong, pendaki dan juga pencinta alam. Mossy Forest terkenal kerana suasana hutan yang istimewa, berkabus, sejuk dan dingin serta mempunyai flora dan fauna yang unik yang jarang terdapat di tempat lain.


10. Rose Centre

Terletak 3.5km dari pekan Brinchang. Tempat ini dihiasi dengan bunga ros yang beraneka jenis. Selain daripada bunga ros, pengunjung juga dapat membeli bunga pasu dan pokok kaktus.
10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands 10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands Reviewed by Nick Nashram on 11:48:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. banyak tempat menarik boleh dikunjungi di CH

    ReplyDelete
  2. lama dah tak gi cameron ni. dah banyak tempat menarik kan sekarang

    ReplyDelete
  3. menariknye...boleh isi dalam iteneri nnti...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.