9 Hadiah Birthday Untuk Suami Tersayang

9 Hadiah Birthday Untuk Suami Tersayang l It’s always nice to show your appreciation towards your husband with little gifts here and there. Tapi kan nak cari hadiah birthday untuk lelaki bukan mudah. Kadang-kadang hadiah yang diberikan dah ada pada dia atau hadiah tersebut tak kena dengan taste dan lifestyle dia. Jangan bimbang, di bawah ada disediakan 9 cadangan hadiah birthday kepada suami.

Jam tangan Garmin Forerunner 35
Harga : RM839.00

Jika suami korang cenderung kepada fitness (jenis yang suka jogging atau pergi ke gym), jam tangan Garmin Forerunner 35 sangat sesuai untuk diorang. Yang menarik tentang jam tangan ini ialah ianya dapat mengira kadar dengupan jantung sepanjang hari dan siap install dengan GPS. Kalau diorang sibuk dengan meeting, tak perlu tengok handphone sebab boleh check notification daripada Whatsapp atau mesej melalui jam tangan ini. Hebat kan!

Anti Theft Backpack With USB Port
Harga : RM40.00

Bagi lelaki, backpack ni penting sebab nak letak barang-barang berharga ketika nak pergi kerja seperti laptop, handphone, powerbank, dokumen dan sebagainya. Backpack ini pilihan terbaik untuk dijadikan hadiah birthday kerana ciri keselamatan yang dibuat iaitu susah pencuri nak bukak sebab hanya boleh dibukak melalui zip dibelakang sahaja. Tambah pulak, kalau nak charge handphone, korang tak perlu keluarkan powerbank sebab port UBS external dah dah kat tepi backpack tu.

Ray-Ban Glasses
Harga : RM115.90

Cermin mata hitam ni bukan setakat untuk fashion sahaja, tapi berfungsi jugak untuk melindungi mata dari sinaran matahari. Kalau sayangkan mata suami korang, bolehlah hadiahkan dia dengan cermin mata Ray Ban ni, boleh pakai masa keluar jalan-jalan, nampak stylish sikit.


Polo Vertical Leather Bag
Harga : RM113.65

Polo Vertical Leather Bag sesuai digunakan oleh lelaki untuk pergi mana-mana occasion, samada bawak ke majlis rasmi atau semasa pergi berjalan-jalan. Mudah untuk simpan wallet, handphone bila ada bag macam ni. Hanya sandang kat bahu je. Korang mesti dapatkan satu sebagai hadiah birthday untuk suami tercinta.

Slazenger Polo Tee
Harga : RM50.00

Semua lelaki suka baju Polo. Sekurang-kurangnya mesti ada satu baju jenis ni dalam koleksi pakaian diorang. Jika korang bercadang untuk jadikan hadiah baju Polo ni sebagai hadiah birthday, boleh cuba Slazenger Polo Tee. Confirm nampak smart bila suami korang pakai.

Sony Bluetooth Stereo Headphones
Harga : RM40.00

Bluetooth Stereo Headphones adalah antara salah satu barang yang biasanya lelaki idamkan. Memang puas hati kalau dapat dengar lagu atau tengok movie kat laptop guna headphones. Macam-macam jenis brand headphones yang ada kat pasaran, boleh pilih dan buat suprise hadiah birthday.

Topman Burgundy Tie
Harga : RM36.00

Topman Burgundy Tie, koleksi tie yang mesti ada pada lelaki. Sesuai dipakai untuk majlis santai atau majlis formal. Warnanya memang compliment semua jenis skin tone.

Jam Fossil Grant Chronograph Black Leather
Harga : RM468.00

Bayangkan kalau jam tangan ni yang direka khas untuk kelihatan sleek dan classy berada di pergelangan tangan orang tersayang. Mesti nampak macho kan! Dengan warna hitam, menambahkan lagi kehenseman si pemakai.

Wacaco Minipresso Espresso Maker 
Harga : RM259.00 

Suami korang suka minum kopi? Kalau kopi menjadi minuman kegemaran si dia, pastikan Wacaco Minipresso Espresso Maker ada kat rumah korang. Tunjuk kasih sayang korang tu dengan menghadiahkan mesin buat kopi ni. Lepas ni, bolehlah suami korang buat kopi yang sedap bila-bila masa je kat rumah.

Post a Comment

4 Comments

  1. dalam sepuluh ni akak pilih t-shirt dan jam. thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. ok gak ni... boleh buat modal untuk request kat isteri nanti..hehe

    ReplyDelete
  3. yg last tu mcm best.. sy pon nak.. haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.